ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Sunday 22 December 2013

SUCCESS OR NOT IN LIFE IS YOUR OPTION

Assalamualaikum, I'm back...kuang2..

Pada entry kali ini admin akan kongsikan sesuatu yang menarik dan In sya Allah berguna untuk anda yang membaca. Title entry kali ini ialah berjaya atau tidak seseorang itu adalah atas kemahuan kita sendiri.

Apa yang admin bakal bincangkan adalah atas pandangan admin sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati..hehe...Ok, berbalik pada tajuk utama, kenapa admin berpendapat begitu?

Ye la, kalau kita rajin buat homework contohnya dah semestinya kerja tak tertangguh, cikgu pun suka, betul tak? Memang conform 90% kita akan jadi pelajar cemerlang. Rajin adalah pilihan kita, nak buat homework sebaik sahaja kita terima tugasan tu atau tangguh esok nak hantar baru buat kerja tu.

Keadaan persekitaran juga mesti mempengaruhi kita untuk jadi orang yang berjaya atau tidak. Kalau dah seseorang tu determine giler nak berjaya dia tak akan kisah keadaan kelas atau bilik tidak ber air-cond dan sebagainya. Sebaliknya dia akan mencari cara alternatif di mana nak belajar dengan selesa. Of course bising salah satu suasana yang kita tak boleh control tapi kita boleh cara tempat yang sesuai untuk kita belajar.

Seterusnya ialah pengaruh dari kawan-kawan. Bila dah jumpa geng mesti susah nak lepas kan...haha...admin pun sama la. Tapi dalam bab belajar ni tak kan kerja berlambak depan mata masih nak bercakap dan mengumpat. Ada jugak jenis kawan yang 'mendorong' kita untuk melepak bersama dan membiarkan segala tugasan anda di tempat yang sama tanpa menyiapkannya.

Kemiskinan atau kekayaan juga bukan faktor kita untuk berjaya atau tidak. Masih ingat ke dengan Nik Nur Madihah, dia pun orang yang lagi miskin dari kita semua tapi mampu mencapai 21A dalam Spm. Tak mustahil bukan? Yang membezakan, orang kaya tidur di atas tilam empuk sedangkan yang miskin tidur berlapikkan tikar mengkuang. Hakikatnya kita sama-sama duduk di bumi Allah dan hidup dengan nikmat diberikanNya.

Keadaan yang admin sebutkan di atas semua anda boleh pilih bukan? Sama jugak dengan kes yang melibatkan masalah rumah tangga ibu bapa. Kenapa perlu menyalahkan diorang atas kegagalan kita mungkin dalam peperiksaan. Mungkin salah satu cara yang berkesan ialah ' membuta' dan 'mentulikan' anggota badan anda yang berkaitan...hehe...maksud admin usah pedulikan sesuatu yang boleh buat kandungan darah atau gula anda meledak tinggi (dah macam doktor beri ceramah kat orang tua pulak..hehe)

Apa pun, admin ada satu kisah yang menarik untuk dikongsi dan direnung bersama...

KISAH DOKTOR DAN PENJENAYAH


Salahuddin (nama rekaan semata-mata) merupakan seorang doktor yang disegani. Namanya sentiasa disebut-sebut dalam bidang perubatan. Pada suatu hari  telah diadakan sidang media secara besar-besaran untuk mencungkil rahsia kejayaannya. Kebetulan pada masa yang sama seorang wartawan telah menceroboh latar belakang keluarganya dan menanyakan soalan yang mengejutkan semua orang.

Wartawan itu bertanya: "Maafkan saya doktor, saya mendapat tahu doktor datang dari golongan yang susah serta dari golongan orang yang bermasalah. Ibu bapa doktor pula merupakan penagih dadah yang tegar. Bagaimana doktor boleh sampai ke tahap ini?"

Doktor Salahuddin menjawabnya dengan tenang: "Kejayaan itu semua atas kemahuan saya. Tidak ada kena mengena dengan latar belakang keluarga saya. Saya tidak menyalahkan mereka. Itu sejarah silam keluarga saya dan kini saya memilih jalan yang berbeza untuk menjadikan keluarga kami lebih baik."

Disebalik kemuncak kejayaannya rupa-rupanya adiknya seorang penjenayah yang sangat dikehendaki. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Abang seorang doktor yang masyhur sedangkan adiknya seorang penjenayah yang dikehendaki.

Sebelum sidang media itu lagi wartawan yang sama menanyakan soalan kepada adik kepada Doktor Salahuddin tersebut. " Mengapa kamu boleh jadi seorang penjenayah sedangkan abang kamu menjadi seorang doktor yang berjaya."

Hanya satu jawapan dari adik doktor tersebut: "Ini semua salah ibu bapa saya. Mereka yang telah menjadikan saya begini. Nah, sekarang lihat, saya menjadi penjenayah yang lagi hebat dari mereka berdua"

Faham tak apa yang admin cuba sampaikan? Anda lebih memilih pendirian doktor tadi atau penjenayah tu? Menyalahkan seseorang atas masa depan yang kita cipta dan pilih sendiri bukan la jalan penyelesaian yang baik. Sebaliknya kita bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh dugaan hidup dengan lebih tabah dan sabar. Hamba yang banyak menerima ujian adalah orang yang disayangi Allah.

Akhir kata dari admin, di mana ada jalan, disitu ada highway! (eh, versi Adnan Sempit ni)
Di mana ada jalan kemahuan, di situ ada jalan. Percaya diri sendiri and nawaitulillahi taala. Wassalam...



Wednesday 18 December 2013

ALL ABOUT WOMAN..MASYA ALLAH.

Assalamualaikum and a very good morning to......

Hadoi, dah macam public speaking la pulak...haha..admin baru je lepas kuiz yang berlangsung selama lebih kurang 20 minit tadi and terus balik bilik. Kawan-kawan yang lain masing-masing sibuk nak balik. Admin orang jauh ni bermimpikan Terengganu je la malam-malam...haha..

Alhamdulillah kuiz tadi Allah banyak tolong..jangan lupa ye kawan-kawan, sebanyak mana kita menghafal atau mengingati sesuatu pembelajaran, itu semua kehendak Allah untuk kekalkan dalam pemikiran kita atau tak..

Ok, nampak tak apa tajuk entry pada hari ni? It's all about woman ye...yang syabab pulak jangan terasa..lain kali pasti admin akan update entry pasal korang pulak...mula-mula memang niat admin nak tulis tajuk entry  THE BEAUTY OF ISLAM tapi isinya mesti terlalu panjang..

Disebabkan admin seorang kaum hawa apa kata admin bercerita dulu pasal golongan yang disayangi dan disanjung dalam Islam ini...

Kita imbas kembali martabat seorang wanita pada zaman jahiliyyah dahulu...berbeza sangat sebelum kedatangan Islam...mereka ditindas dan dijadikan sesuatu yang boleh diwarisi dan dimiliki oleh sesiapa pun..so, siapa yang tahu dan lagi arif dari admin pasal benda ni pasti boleh memahaminya dengan baik..

Wanita zaman dahulu dipandang hina sehingga la Rasulullah s.a.w (jangan lupa selawat balik) mengangkat darjat mereka dengan segala bukti kukuh yang Allah memuliakan kaum ini di dalam al-quran...

Buktinya telah nyata dalam al-quran right? Allah syaratkan wanita menutup aurat mereka sebab nak jaga maruah malah sehingga ke akhir hayat mereka dilindungi oleh kaum lelaki...Tak percaya jugak? Subhanallah, sejak kecil kita dijaga oleh ayah kita,
  
Daripada Aisyah r.a,, “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Dah berumah tangga nanti berlipat ganda pahala yang terbuka luas untuk wanita kaut. Tambah lagi suami yang tanggung dosa kita. Wanita yang tidak mengikut syariat Allah, yang pertama sekali yang akan disoal kaum adam yang dekat dengannya...kenapa kita boleh jadi begitu...macam kita ni penyelamat bagi mereka di akhirat kelak jika dididik dengan baik...

Yang bergelar ibu itu wanita bukan? Syurga di bawah telapak kaki ibu, berapa banyak pahala yang wanita dapat bila mengandungkan zuriatnya yang halal, melahirkan, menyusukan, mendidik dan sebagainya? Tak nampak lagi...so pasai apa la hang buat lagu tu kat Allah (haa...dah keluar dah kedahnya)



















Maksud admin wanita zaman sekarang macam epal busuk...tahu kenapa? Aurat yang Allah suruh jaga dibuka, kalau boleh nak dibuka seluas-luasnya...berapa banyak kes isteri curang. Allah dah buka chance luas-luas buat pahala hanya dengan taat perintah suami...Orang laki nak pahala lebih kena pergi masjid tak macam kita duk rumah pun dah banyak pahala datang.

Perempuan ni apabila solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, jaga maruah dan taat suami boleh masuk mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya...Hawaku sayang, sedar la ye..ni peringatan untuk kaum wanita di luar sana dan admin jugak..

Ada yang berpendapat yang tak tutup aurat tak semestinya jahat, sedangkan yang berhijab pun perangai macam syaitan...come on la guys...Islam kita bukan separuh-separuh,  yang wajib kena ikut..














Admin teruja dengan kata-kata seorang mualaf yang baru masuk Islam ni, dia kata tengok la Islam dengan keindahan al-quran bukan pada orang Islam (maksudnya yang ISLAM HANYA PADA NAMA)..memang yang berhijab tak semestinya baik sebab semua orang tak immune from commit sin BUT yang tak bertudung tu free je dapat dosa ;p

Ok, then let me share you a story:

A Non Muslim came to a Sufi and asked: Why is it Not Permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sufi said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? The Non Muslim said: Of course not because only certain people can shake hands with her. Sufi replied: Our women are Queens and Queens do not shake hands with strange men.

Then the Non Muslim asked another question: Why do your Girls cover up their body? The Sufi smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw both on the dusty floor and asked the Non Muslim: If I ask you to take one of them, which one you prefer? The Non Muslim replied: The covered one. The Sufi said: That's how we treat and see our women. Women should not be like the Moon which everyone can see and admire, they should be like the Sun which makes the viewers lower their Gaze.

Itu adalah satu story yang di share oleh kawan addmin, thanks to her. Sebenarnya soalan orang bukan Islam kepada Sufi tu ada empat termasuk soalan jika benar Tuhan itu wujud di mana Dia and last one kenapa Muslim makan anggur tapi tak minum arak sedangkan arak berasal dari benda yang sama. Macam yang admin kata entry admin pada kali ni fokus utamanya kepada wanita.

There are so many things related to women right? Admin harap sangat kaum Hawa dan admin sendiri sentiasa sedar diri sebab Allah yang beri segala nikmat dan martabat yang cukup istimewa ni pada kaum wanita. It is not too hard to worship Allah dear...

Penyakit paling serius admin tengok pada kaum wanita ialah hijab itu sendiri. Perbaiki fardhu ain dulu baru membuahkan kebaikan yang lain...tutup la sayang demi maruahmu dan Islam...Wassalam..




MY HOBBY

Assalamualaikum...

Singkat je tajuk entry admin kali ni tapi isinya mungkin banyak dan in sya allah macam biasa admin akan selitkan jugak dengan agama Islam kita..

Admin baru je lepas study sebenarnya and tomorrow is my quiz day..yeahhh (dalam hati Allah je tahu)...you know something? Admin jenis someone yang suka pandang something seriously so setiap kali dengar perkataan exam or segala 'adik-beradik' tu rasa macam tension sangat...wish me luck esok ok?

Salah satu perkara yang admin akan buat untuk release tension ni adalah doing our hobi la...kihkihkih...sekarang admin tengah buat hobi admin la ni...kahkah..menaip untuk kepuasan hati dan untuk tatapan korang yang sudi membaca..

Everyone mesti ada hobi kan, admin pun banyak hobi...antaranya menonton filem or drama kegemaran and reading novels..admin teringin nak kongsi dengan korang semua cerita yang best admin pernah tonton...nak jiwang sikit tengok movie hindustan punyer...

These are some of the best movies..



 Cerita ni best bagi admin..tambah lagi yang berlakon tu Arjun Rampal...indahnya ciptaan Allah..hehe..
Dah lama dah ni, cerita tahun 2004..

Secara ringkas sinopsis dari admin:
Dil Ka Rishta' ialah tentang seorang lelaki kaya bernama Jai (Arjun Rampal). Pada suatu hari, dia berjumpa dengan Tia (Aishwarya Rai), seorang guru dan jatuh cinta kepadanya. Pada saat Jai ingin meluahkan perasaannya Tia mendedahkan bahawa dia telah mempunyai tunang bernama Raj (Priyanshu Chatterjee), .  Tia mengahwini Raj dan mempunyai seorang anak bernama Anshu. Hinggalah pada suatu saat satu kemalangan yang tidak diduga telah berlaku antara Jai dan pasangan suami isteri tersebut. Dalam kemalangan tu Raj terkorban dan Tia hilang ingatan.


Jai rasa bersalah dan menawarkan dirinya untuk memulihkan ingatan Tia dengan kebenaran ibunya. Oleh kerana beberapa reason diorang kena rahsiakan identiti Anshu sebagai anak Tia. But at last Tia fall in love with Jai tapi mak Tia tak suka. Jai avoid Tia walaupun dia sayang sangat dekat Tia. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut search la ye...hehe

Ape pendapat korang? Hehe...panjang jugak sinopsisnya tapi nak bagi korang faham..Satu lagi movie ialah this one:












Ceritanya berkisarkan sepasang suami isteri, lakonan Salman Khan (Rishabh) and Preity Zinta (Pari) yang hidup bahagia. Nak dijadikan cerita Pari yang merupakan seorang doktor telah berkenalan dengan seorang pesakit yang mempunyai masalah jantung bernama Dhani (Bhoomika Chawla). But then Pari accident masa mengandungkan anak diorang. Amanat terakhir dia adalah memberikan jantungnya kepada Dhani. What happen next? Hehehe...search la..

Ok, done bab movies..ada banyak lagi tapi macam panjang sangat kan..ni sekadar perkongsian. Cuma pesan admin apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan seharian tak boleh lalai dari menunaikan tanggungjawab kita.

Maksud admin, jangan la tengok cerita atau buat hobi kita sampai tak solat. Dalam hidup ni kita kena fulfil the rights of Allah which is to worship Him. Admin tak kebal dari melakukan dosa so sama-sama kita perbaiki diri agar lebih baik.  Sebagai contoh kita tengok cerita Playboy itu Suami Aku. Dah la dalam waktu maghrib kan. Entah solat ke tidak, kalau solat pun mesti masa time iklan kan? Haa...situ dah tak khusyuk.

So, what to do? Awak semua, www.tonton.my kan ada...asalkan kita masih tunaikan solat pada waktunya tanpa gangguan lain. Admin pun tengok cerita ni masa hujung minggu dengan roommates. A best way for us untuk rapatkan ukhuwah, seriously tak tipu...apa pun point admin kat sini nawaitu (niat) kena betul.

Lain kali admin akan share pulak benda lain ok? Lupa nak tanya, sape minat Running Man, kite gang...haha...last advice, control ourselves in doing something lawful and don't forget to fulfil Our Lord's rights...Wassalam



Friday 13 December 2013

THE BIGGEST BOOK FESTIVAL

Assalamualaikum semua...

Lama jugak kan admin tak update blog ni...huhu...tak sempat sebab kebelakangan ni dah start buzy dengan presentation and next week nak kuiz pulak...

Lepas tasmik hari tu banyak benda kena buat...(hoho...jadi hafizah biar hafal surah al-furqan 14 ayat je pun)
Kalau.jadi hafizah ni mas kahwin kena up sikit...huhu...

Ok,done bab yang mengarut je tu...hehe..admin nak bercerita pasal pengalaman admin berjalan sakan minggu lepas dengan roommates...

Biase la...diorang juga yang jadi penemannya..hoho...memang rancangan asal semua orang nak ke Mines sebab nak pegi book festival big bad wolf tu (korang pegi tak...kalau kenal admin patutnye tegur, kalau pegi...ngehhhh)

 * Nampak tak kitorang kat pintu gerbang masuk...haha

Banyak sangat buku yang kitorang beli...satu beg tu penuh ngan buku semuanya...admin tak larat la nak pusing semua yang ada kat situ...pilih dua tiga buku dah cukup...

*Waa...gelombang manusia yang dikelilingi dan ditenggelami buku...


Lepas dah puas kat sana kitorang pegi solat,surau punya la kecik...padat dengan orang semuanya..and then kitorang makan...si afiqah memang dah mengidam nak makan makanan jepun tapi tak ada pulak kat situ...dah la cari buku A Walk To Remember pun tak jumpa, tak dapat pulak makan apa yang dihajati..

So...admin ngan afiqah pilih untuk makan makanan pot clay...Ya Allah panas tak tertahan lidah ni...tobat tak pesan dah makanan dalam clay pot...dari awal makan hingga ke akhir tak dapat sangat nak menikmatinya sebab panas...ni kalau neraka camne kan?

Masa cakap-cakap ngan semua orang admin duk ngade-ngade nak pergi KLCC pulak...jauh sebenarnya...macam perjalanan dari jalan utara nak ke selatan...hehe...tapi disebabkan semua orang setuju so we go there..yepppiiy!!

*Sempat lagi bergambar kat tasik tu...huhu...thanks pada pak cik yang sudi amik gambar kitorang ni;p

Tapi alahai sampai sana dah start pegang botol minyak cap kapak...pening sebab lama sangat dalam lrt...amik ko...admin dah lembik dah kat sana...nasib baek ada roommates yang memahami...thanks guys...admin tak biasa jalan lama- lama ni...nak tengok twin tower punyer pasal...hehe...siap jumpa mantan pm kite lagi, Dato Tun Dr Mahathir Mohamad...tak take picture pun ngan dia...hehe...

*Tepat pada masa kitorang lalu sini lepas solat, cantik kan?

So then tu la hari yang paling memenatkan tapi fun! Dapat merasa macam mana susah cari surau kat klcc camne, berhadapan dengan perangai manusia yang entah apa-apa entah dan jugak berkejaran naik lrt takut kena saman dengan pak guard sebab lewat masuk cfs...fuhhh...macam-macam...but yang tu la yang jadikan kami buddyz selamanya.^_^

Tu je entry admin kali ni...wassalam...

Tuesday 3 December 2013

CARA MELUAHKAN PERASAAN...

Assalamualaikum...

Kali ini admin ade perkongsian yang baik punyer..bukan mudah admin nak perah otak ni beri idea tentang benda-benda macam ni..hehe...nampak kan ape tajuk entry admin pada kali ni...ape lagi, jom rock and roll..huhu..

Admin terlintas untuk share benda ni dengan para pembaca blog APABILA HATI BERBICARA ni lepas kongsi-kongsi cerita dengan Afiqah roommate admin si kecik tu (huhu...mampus kalau dia baca ni, still love you la Fiqah, gurauan semata-mata)..

Ape cerita yang kami kongsi? Haaaa...bermula dengan diari sebenarnya. Ye la, ramai yang suka luahkan perasaan dengan menulisnya dalam diari kan? Jangan nak tipu ye...admin sendiri ada 3 diari kat rumah...huhu..tapi entah kenapa kebelakangan ni dah berenti tulis diari (ehh...blog ni kan ade..hehe)

Admin dari sekolah rendah lagi dah tulis diari...admin selalu sorok diari admin dalam beg sekolah, bawak ke hulur ke hilir..ada peristiwa ciiipuut je mesti cepat-cepat tulis...yang tak tahannye 'crush' admin masa tu boleh pulak pergi geledah beg admin and baca diari tu...of course la dia baca luahan hati admin yang suka kat dia tu...huhu..

Bila dia tanya admin suka dia tak, mati-mati nafikan and pasang kaki seribu lari dari dia...haha...tu zaman kecik punyer cerita. Ok, Afiqah kata dulu dia pun ada diari tapi sebab-sebab tertentu dia dah tak menulisnya lagi..so, perkongsian admin bermula di sini......

Apa yang kita boleh buat kalau kita rasa stress or nak nangis or apa-apa yang berkaitan ngan perasaan la...

1) Tulis dalam diari

Of course la ni satu jalan yang berkesan. Selain melatih tangan kita bersenam dapat jugak release kan kepala otak yang berserabut tu kan..hehe. Luahkan apa yang ada pada hati anda dan in sya allah, anda akan jadi lebih tenang. Tapi satu je masalah diari ni, kalau orang jumpa dan baca memang dah lari jauh privacy yang kita cuba simpan. Paling parah kalau korang tulis maklumat sulit yang menjadi rahsia korang je dalam tu. Setidak-tidaknya beli la diari yang ada lock tu..hehe. Bergantung pada anda menjaganya, jangan letak merata-rata. Orang nampak mesti la instinct kuat nak baca, tapi jangan la pulak korang yang ceroboh diari orang lain. Hormat peribadi orang.

2) Tulis dalam kertas besar-besar kemudian koyakkan.

Ni jugak salah satu cara yang interesting untuk dicuba..hehe. Kalau korang rasa geram sangat dan menyampah dengan seseorang tapi tak nak simpan sebagai 'kenangan' memang sesuai sangat cara ni dengan korang. Masa korang koyakkan kertas tu la rasa macam rasa marah and geram tu terkoyak sekali dengan kertas tu. Cuba la buat, sertakan sekali dengan reaksi muka..haha, gurau.

3) Share dengan kawan baik anda.

Semua ada kawan baik kan? Guna la kawan anda sebaik mungkin. Maksud admin, bukan kongi masalah je tau. Kawan baik adalah orang yang paling kita percaya. Walaupun kita ada mak ayah tapi jarang la yang share masalah dengan mak ayah diorang kan sebab pemikiran tak sama. Kawan baik tahu apa yang kita tak suka dan apa yang kita suka. Secara automatik cara dia pujuk pun buat korang rasa selesa, dah tahu pantang larang korang apa kan. But, madam law admin kata never trust anybody unless you investigate it. Faham kan..hehe

4) Mengadu pada Allah

Yes!! This is the best way. Admin letak ni last way sebab kita manusia akhir sekali memang akan berpaling pada Allah. Sebaik-baik jalan kembali ialah kepada Allah. Dengan buat solat je kita boleh rasa tenang kan? Memang susah nak khusyuk dalam solat and Allah tahu tu, tapi kat akhirat nanti Allah akan tanya apa usaha kita untuk khusyuk dalam solat. By the way, setiap perjalanan hidup kita ni memang akan ada halangan. Dalam surah al-khaf, ayat 63 pun ada disebut bagaimana syaitan memberikan halangan pada Nabi Musa semasa ingin menuntut ilmu dengan Nabi Khidir. So, manusia mana yang tak terlepas dari ujian? Guna sebaik mungkin option dan pertalian antara kita dan Allah.


Dalam al quran pun Allah telah menjawab segala persoalan manusia dengan surah-surah tertentu.Renung-renungkan la dan selamat beramal..


*IMAGE CREDIT TO GOOGLE

Sekian dari admin, wassalam..


Monday 2 December 2013

APA ITU PERAYAAN KRISMAS?

Assalamualaikum...
Uwaa...bosan bila orang lain ada kelas tapi admin duk terperuk je dalam bilik...so admin amik kesempatan ni untuk berblog...hehe..

Semalam sempat berjalan-jalan dengan roommates...mula-mula nak pergi Cold Storage dekat dengan Uia tu je tapi tibe-tibe ade pulak perbualan yang tidak disangka-sangka ni..

"Tempat sama je kita pergi ni..semalam beli sosej pun kat Cold Storage"  (admin)
          "Mid Valley jom..." (Fiqah and nurul)
"Biar betikkk...dah kul 6 kot..." (admin)
Tengah-tengah admin bersiap tu..em, berfikir jugak..alang-alang keluar pergi Mid Valley terus la...haha..
 "Jom la, kita pergi mid valley..huhu" (admin)
Emm...tujuan utama nak pergi beli sosej je pun...haha..nak sambung buat room made pasta...kitorang rebus je dengan air panas, apa susah...ingredientnya cuma perlukan sosej (ayamas sedap), sup cendawan dalam tin (campbell) and pasta.


*kekecohan yang berlaku..hehe...ada jugak barang
  yang tak berkenaan ada kat situ..

Yang paling susah sekali nak bukak tin sup cendawan tu...dahsyat betul tin yang kitorang buka tu...hehe..rugi tak amik photo tin tu...well, kitorang masing-masing tak tahu nak guna can opener dengan betul :p..ngehh..ngehh..ngehh..

Tapi akhirnya ini la hasilnya....


  * sedap walaupun rupa mungkin tak macam chef punyer..haha


Haa...kebetulan masa admin pergi tu tengah sesak dengan orang-orang yang nak sambut Krismas..ala, baru berapa hari bulan kan...nak kecoh Krismas dah..( tak sedar yang hari raya pun macam tu jugak..hehe)

Masa tu bersesak-sesak ngan orang ramai...amik ko nak pergi sangat mid valley tapi kat sana dah macam luar negara dah...sempat la amik gambar..huhu...cantik kot!!



Macam tempat fairy tale kan...so, main point admin APA ITU KRISMAS? Jom kita buat research sikit..huhu..

Admin tertarik untuk membincangkan perayaan ini dari perspektif islam...setelah menggunakan bantuan Encik Google admin dpat tahu yang maksud atau definisi kepada perayaan Krismas ialah Pesta Kelahiran Tuhan Yesus iaitu Nabi Isa mengikut kepercayaan orang Kristian.

Perayaan ini akan disambut pada tarikh 25 Disember pada setiap tahun. Seperti mana yang kita tahu masa perayaan tersebut ialah pada musim sejuk betul tak?

Kita rujuk pada ayat al-quran, sama ada betul ke Nabi Isa a.s dilahirkan pada 25 Disember yang sinonim dengan  musim sejuk...

Al-Qur’an tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat berkenaan hal ini tetapi sekadar gambaran masa kelahiran nabi Isa a.s. Seperti Firman Allah s.w.t.
“Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26)
Peristiwa di atas berlaku pada Maryam a.s. selepas melahirkan Nabi Isa a.s. Di dalam ayat di atas ada menyebut tentang buah kurma yang masak di atas pohonnya, ini menunjukkan yang masa kelahiran itu tentu sekali bukan di dalam musim sejuk, bahkan bermungkinan besar di dalam musim bunga ataupun musim panas. (dipetik dari http://malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-hari-krismas/)

Perayaan Krismas itu sendiri bukan lah daripada agamanya sendiri tetapi telah diadiptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno. Bagi orang-orang islam, diharamkan kita menyambutnya secara langsung atau tidak langsung walaupun menyebut "Merry Cristmas"...

Mengapa Krismas diharamkan bagi orang islam? Ini antara jawapannya:

1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.

2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.

3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kebatilan.

So, kesimpulan admin, berbangga la dengan dua perayaan kita yang Nabi Muhammad s.a.w telah bawa khas dari Allah kepada kita. PSSS...nak tahu tak, dari dulu lagi memang admin tak kan tertipu dengan Pak Cik Santa diorang tu...haha..tapi hormat la agama lain kerana tiada paksaan dalam beragama kan..

Akhir kalam, maaf kalau admin khilaf dalam hal ni, cuma berkongsi pendapat..kalau ada yang salah tolong betulkan ye...piuhhh..panjang betul entry kali ni..tq for reading (kalau ada yang baca sampai habis..haha..)
Wassalam



Friday 29 November 2013

FIRST MOVIE IN CINEMA EVER!

Assalamualaikum semua...

Untuk entry kali ni admin semangat sikit..yahhh!!
Admin dapat follower baru...hehe...tq ye kepada followers blog admin...moga you dapat ilmu bermanfaat yang admin share kat blog ni...

Kali ni admin nak bercerita mengenai pengalaman pertama admin masuk cinema...huhu...admin mencipta 'memori' admin ni dengan Mak cik Cun tersayang...hehe, sape lagi kalau bukan Mira, roommate admin (hoho...ayat tak boleh blahh)

Mula- mula admin malas sangat nak kuar walaupun hari tu weekend...sorang lagi roommates admin si budak nurul awai- awai lagi dah cabut pergi jalan TAR...(-_-)...yang si afiqah dengan nora pulak balik...huhu...last sekali masa tengah hari tu jugak mira ajak tengok wayang...yeaaa!!

Disebabkan sebelum ni mira ada cerita pasal movie ni ape lagi excited nak tengok...means masa dia tengok dengan admin tu dah kali yang kedua...bez sangat ke...memang bez pun, terbaek!

Mula-mula admin ingat dah tak dapat dah tiket masuk sebab ramai sangat orang and tambah pulak weekend kan...dah mintak doa siap-siap kat Allah janganlah lewat sangat sebab takut terlepas solat..

Mamat kat belakang admin pulak nak amik tiket movie yang sama...nasib baek la admin ade depan dia...hehe:p
Siap call kawan lagi...
"Wei...tiket dah nak habis ni, tak tau la sempat tak lagi beli tiket"
Amboi admin...hafal ea kau...haha...lebih kurang la dialog dia...akhirnya sampai kat kaunter tiket...

 Dapat jugak admin merasa tengok The Hunger Game, Catching Fire (tak sabar nak tunggu movie ketiga...love peeta and katniss so much...huhu)


Ok...dah sudah cerita admin ni...biasa la, admin suka nak kaitkan cerita kisah admin dengan islam...

Dulu sebelum admin masuk cinema ramai la yang kata masuk cinema ni haram...betul ke??
So admin google la untuk dapatkan penjelasan yang clear about this matter...

So...ni la ape yang admin dapat...
Dibolehkan ke cinema tapi dengan beberapa syarat...

1) Tajuk dan isinya tidak bercanggah dengan aqidah dan akhlak

2) Tidak menghalang seseorang daripada melakukan ibadat kepada Allah s.w.t

3) Tidak ada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan                                                                                        

Jika semua syarat diatas tidak dilanggar maka menonton wayang tidak dilarang sama sekali...cuma persoalannya panggung wayang yang sedia ada mampu ke memenuhi syarat tersebut...bagi admin cukup la kalau kite yang menghalang diri kite dari berbuat perkara yang melanggar syariah dan berusaha mematuhi syarat-syarat tersebut bila ke cinema...

Admin tak berani lawan hukum Allah and admin tak nak jadi golongan ma'siyah...

Ni admin dedahkan sikit je tau...kalau nak tahu lebih lanjut pasal benda ni boleh la lawat blog Islam Itu Mudah dengan url matnorz88.blogspot.com...ingat pesanan dari admin, islam itu mudah dan indah...apa yang Allah suruh dan larang adalah untuk kebaikan manusia sejagat...Wassalam..





Friday 22 November 2013

CIVIL LAW PUN JADI LA...

 Assalamualaikum...
Hohoo...dah lama admin tak update entry kat blog ni...jadi sementara tak mengantuk ni jadi admin amik kesempatan ni untuk tulis apa yang terbuku di dalam otak admin buat sekian lamanya..

Tajuk entry ni awal-awal lagi dah ada dalam draft admin cuma isi nye tak ditulis lagi..haha...

Ok..admin menulis draft ni tepat pada pukul 1.07 pagi semalam....lepas kena penangan cerita Highland Tower terus tak dapat tidur (maaf la ye, admin ni penakut orangnya..hehe)

Entry kali ni bukan la nak bercerita tentang sifat penakut admin tetapi tentang admin perjalanan degree admin..ke mana arah tujunya...

Berdasarkan pada pengetahuan admin sekarang dengan result admin baru- baru ni admin hanya layak untuk sambung degree for civil law only..dalam erti kata laen admin tak dapat la nak buat double degree...huhu...walaupun hati ni teringin sangat...

Seminggu selepas kelas admin bermula, admin dengan kawan admin pergi la jumpa advisor law department kitorang untuk dapatkan pandangan dia tentang degree in law ni...

Masa tu keputusan admin adalah level 4 untuk APT (Arabic Placement Test), exempted level for EPT (English Placement Test) and alhamdulillah ict and subjek law dapat A-...

Berkat usaha selama ni dapat jugak tersenarai dalam dean list...syukur nikmat segala puji bagi Allah...

Yang menjadi masalah bagi admin sekarang ialah admin dapat tahu sesiapa yang nak amik double degree kena dapat sekurang- kurangnya level 6 for arabic sebelum masuk ke sem 3..

So bagi sape- sape yang bercita- cita ke arah tu boleh amik subjek arabic untuk semestar 2 BUT hanya bagi mereka yang dapat level 5 untuk exam sebelum ni.....maknanya admin tak dapat la..huhuhu...

Nak buat camne kan...admin ade la bercakap- cakap dengan advisor law admin ( sebenarnya kawan je yang cakap...kahkah...admin diam je)

She said like this:

"You kalau setakat nak amik syriah law because you want to be a lawyer in that scope it does not mean you can work as you wish. Even yang tak amik double degree pun boleh terlibat sama dalam bidang ni"
So then banyak la lagi kitorang cakap...bla..bla..bla and satu je madam pesan dekat kitorang do something within our limit...ye la...bukan senang nak belajar syariah ni...

You....kalau kat uia ni, syariah law everything will be in arabic...bagi admin ni yang memang tak kuat basic arabic memang susah la...tambah-tambah nak kena baca kitab arab woooo...mampu ke?

Memang ada senior admin yang tak ada basic arab pun dapat je buat syariah law ni BUT dia laki...huhu...akal 9 kali dari admin...macam madam admin kata budak laki senang pegi belajar kat sekolah pondok...huhu...

By the way, kalau nak tak jadi masalah kan cuma admin tak berpeluang kot...maybe Allah dah aturkan something yang lagi baik buat admin...in sya allah...

Ilmu apa-apa pun bagi admin terima je asalkan berguna buat islam and menjadi amalan sepanjang hayat...ingat tau, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah...

Ini kisah admin...huhu...oh...it's time to sleep...tibe- tibe rasa seram menulis sorang- sorang dalam gelap ni...wassalam



Wednesday 13 November 2013

HATI INI MERINTIH..

Assalamualaikum....

Haiii..ade apa pulak dengan admin kali ni ye?
Untuk entry kali ni sebenarnya luahan hati admin tentang takutnya admin akan kehilangan sahabat-sahabat admin...

Apa yang korang rasa bile sahabat-sahabat korang dah mula ade orang lain dalam hidupnya selain mak ayah la I mean...like boyfriend? (suami admin tak kisah la pulak)

Macam orang yang dah biasa dengan environment ni mesti tak kisah kan tapi admin ni it's something yang new la..because selama ni memang tak sangka pada perubahan ni..

Mesti di antara kita yang tahu couple itu diharamkan, so no istilah couple islamik yang diguna pakai kebanyakan remaja sekarang tapi admin berfikiran terbuka je tapi tak bermakna admin membenarkan segala kata-kata orang yang sakan bercinta..nak buat camne, semua tu fitrah manusia yang tak dapat dielakkan...

Ade dalam satu ayat Allah, state in al quran, Surah al isra' 17:32, mafhumnya..
" Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sesungguhnya suatu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk"

Allah dah berfirman dalam ayat ini jangan sesekali mendekati zina...ulama' berpendapat couple adalah salah satu jalan ke arah itu.



Ramai sebenarnya yang tidak memahami sepenuhnya tentang ayat ini...Allah memang dah larang kita mendekati perkara-perkara yang mendekati ke arah zina apatah lagi berzina..

Memang orang akan kata mereka tak akan buat apa-apa, just couple, tak pegang tangan, tak berpelukan...but how panggilan 'sayang', 'abang', 'baby' dan sebagainya...dan mungkin hampir setiap malam menghabiskan top up demi si dia and bergambar bersama..

Admin tak boleh sangkal semua manusia fitrahnya untuk menyayangi dan disayangi...memang tak salah..
Admin pun mengaku nak disayangi dan menyayangi...admin pun ada minat orang..kihkih..tapi apa salahnya pendamkan rasa tu dan kalau nak sangat dia jadi pasangan hidup kita berdoalah pada Allah..bukan ke doa itu senjata orang mukmin?



Bagi diri admin, admin nak tunaikan wishlist yang admin buat masa form 3 dulu..shhh...rahsia admin...kahkah...

Ini cerita admin so mesti la admin tak nak mimpi ngeri tu berulang lagi..admin tahu admin tak patut tinggalkan dia macam apa yang Nabi Yunus buat..(ada satu peristiwa ni yang admin berusaha untuk lupakan)

Tapi admin ada sebab tertentu berbuat demikian..
So last dari admin:

"If you leave someone  for Allah, He will send you a better person and also don't be sad if you are alone because Allah already save you for someone special.."

Sweet tak ayat admin..haha..bukan copy paste dari mana-mana tau..sampai di sini je..Wassalam...




* ALL IMAGES CREDIT TO GOOGLE, ILUVISLAM.COM

Sunday 10 November 2013

La Tahzan - Heliza Helmi Official Video (Gaza)


Assalamualaikum...ni admin saja je tau nak kongsi dengan semua orang yang membaca blog BILA HATI BERBICARA ni...disebabkan admin minat dengan si penyanyi ni..hehe...

Terima la lagu terbaru dari Heliza Helmi..(dah macam penyampai radio dah..hehe)




SHORT SEMESTAR BEGIN!!

Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dari admin..kihkih...
Admin nak cerita pasal permulaan short sem admin..yeaaaa!!!
(dalam hati bukan main nak duduk kat rumah...orang lain dapat cuti 3 bulan, unfair)

Admin antara orang yang kena ambik s.sem ni..budak Art la katakan..admin cuma di offer ambik satu subjek iaitu Basic Theme of Al quran...

Admin memang tak nak sangat cerita kat blog ni pasal subjek yang admin ambik ni, orang yang membacanya pun mesti tak dapat nak hadam smua..hehehe..
 Cuma nak memendekkan cerita admin kena banyak hafaz surah and sekali dengan tafsirannya in English...waaa, satu cabaran yang baru buat admin (korang ingat senang ke?)

Bukan senang tau nak belajar bab2 al quran ni semua...walaupun kelas admin seminggu 4x and 1 hari dua jam je (best membuta kalau kelas sebelah petang :p)

Mula-mula dengar kawan kata nama lecterur untuk subjek ni macam garangggg je (tengok tak video budak annoyed tu..nyampah)

Nama dia Madam Salmiah..kalau ikutkan zaman admin sekolah rendah and menengah dulu nama cikgu ni la yang paling garang..kawan-kawan pun cakap benda yang sama, satu pendapat..

But at last, bila dah mula belajar dengan dia for the first time.. tak garang la, kelakar adalah..haha..alhamdulillah dapat lecturer yang memahami kitorang

So, for the lesson don't judge name by the history (hoho..idiom baru)

Admi harap sesiapa yang baca post ni faham apa yag admin cube sampaikan..admin curi-curi masa tau masa nak tulis entry ni..yang ni cuma copy and paste..haha...

Fuhh, mula-mula masok kelas pun dah banyak nak kena baca...ok la, entry kali ni berakhir di sini...
Wassalam...


Monday 21 October 2013

JATUH CINTA DENGAN MR DANBO

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum and hai!!

Apa yang ceria sangat dengan admin ni ye?? Sebab jatuh cinta? Haha, x pun..ni saja je untuk title entry biar nampak fun sikit..hehe...
Memang admin fall in love pun tapi dengan ni...

Hehe...comel kan..huhu...admin suka dengan danbo ni..dulu masa first tengok kat cover fb kawan pastu selalu sangat kat wall dia ada gambar danbo yang comel ni tapi tak ubah macam MR.LONELY..
Admin dah lama tahu pasal danbo ni tapi baru hari ni dapat update cerita pasal dia..(penting ke??)

Apa je yang admin rasa nak share and luahkan, admin akan tulis kat blog ni..why not? Someday bila admin dah tua ni la bukti kenangan admin semua..ecehhhh...haha..

Mr.danbo ni sebenarnya mengingatkan admin pasal bantal domo yang kawan-kawan admin bagi sempena hari lahir admin tak lama dulu..bila dah search pasal danbo ni rupanya dia ade kaitan jugak dengan danbo ni sebab ada wallpaper diorang..so cute!
Admin sebenarnya teringin sangat nak ada bear..huhu..x pernah dalam hidup admin ada patung bear yang lembut tu...

Hari tu sebelum cuti admin yang panjang ni..(sebab tu tak pernah berenti nak update blog ni), roommate admin Balqis ada bagitau masa family dia pergi UK ke US ( admin tak ingat) diorang pernah la pergi kedai teddy and buat sendiri patung tu..best nye kalau admin ada pengalaman tu..dia cakap dia tak suka, so admin  mintak la dengan dia...

"Kalau kau tak nak simpan, bak la aku...tak payah la aku nak beli or tunggu jatuh dari langit..kihkih"
Tak malu kan admin tapi betul apa, teddy bear sekarang mahal..yang kecik saja dah capai RM 30..(mahal la bagi admin)
So Balqis kata....

"Ok, insya Allah aku bawak ye..tolong ingatkan.."
Bila dah dapat respon macam tu apa lagi..YEAAAAA!!
Haha...Balqis siap tanya lagi nak warna putih je, brown ke. Admin pilih je la warna gelap sikit nanti kalau warna putih susah nak jaga..

Waa..tak sabar rasa nak peluk teddy..kihkih..macam budak-budak kan...ye la, admin ni dari keluarga sederhana je, nak dapat patung bear tu mengharapkan mimpi je la (ye ke admin pernah mimpi patung bear..haaha)

Apa pun, tu salah satu wishlist admin...banyak lagi wishlist  admin yang lain..yang Allah dah makbulkan terlalu banyak..
Antara wishlist yang dah termakbul dalam hidup admin ialah:

1) Dapat 5A dalam UPSR
2) Belajar kat sekolah yang cemerlang
3) Dapat 8A dalam PMR
4) Pegang jawatan tinggi kat sekolah menengah
5) Dapat 9A dalam SPM
6) Belajar bahasa arab
7) Belajar kat universiti yang bagus

Amboi, admin siap list lagi haa..sebenarnya banyak lagi..hehe..tapi setakat ni yang main semua tercapai...alhamdulillah syukur nikmat pada Allah. Kalau admin dapat semua tapi tak ingat Allah tak guna jugak sebab setiap benda yang  berlaku adalah dengan izinNya..Allah kan dah pernah berfirman,
"Berdoalah dan nescaya Aku akan kabulkan"

Tapi jangan upset kalau certain benda Allah tak makbul..macam admin nak makan steambot masa annual dinner dulu tapi tak dapat..baca la ayat yang begitu bermakna dan memberi semangat untuk admin ni:

" Bila Allah memakbulkan doamu bermakna Allah menyayangimu,
  Bila Allah lambat memakbulkan doamu bermakna Allah ingin mengujimu,
            Bila Allah tidak memakbulkan doamu bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
         
             Jadi, sentiasalah bersangka baik pada Allah.."

Itu saja dari admin untuk entry ni, hopefully ayat kat atas tu dapat bagi semangat kat sesiapa yang membacanya jugak...Wassalam..

Sunday 20 October 2013

DILEMA SEORANG BEKAS PELAJAR...

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Ape entry kali ni? Macam lain macam je bunyinya kan..haha...mesti mana-mana person yang baca entry admin ni tertanya-tanya.."eh, cerpen ke ni? Or novel"...
Eh..bukan ye..hehe...ni kisah yang berlaku pada admin..admin dalam dilema tau semalam..
Admin rancang dengan kawan-kawan sekolah menengah admin nak pergi lawat MRSM QBER tapi em...
Call punyer call semua tak jadi nak pergi..huhu..kawan yang admin maksudkan ialah kawan yang satu universiti dengan admin...

Bila dah tak jadi admin pun call la orang lain, berharap ada schoolmate perempuan admin yang cuti sama dengan budak uia ni...ada tu ada tapi masing-masing busy..
Ada kawan tu sorang buat lesen kereta la, kat kelantan pulak tu..(tempat tinggal dah dekat dah dengan admin tapi melencong jauh pulak dia)

Perasaan admin membuak-buak nak pergi jenguk cikgu-cikgu kat sana. Masa graduasi adik hari tu pun jumpa dua tiga orang je cikgu...tak puas hati lagi..tambah pulak admin pegang amanah orang suruh kirim salam kat cikgu la..
Yang paling sedih tak dapat tunaikan ni...
"Nik, kalau kau jumpa adik-adik junior yang tanya pasal aku kata je kat diorang aku tak dapat datang and kirim salam sekali ye"..

HUWAAA!!! Masalahnya aku tak tahu lagi nak pergi ke tak ni??? Tengok muka pun tak pasti lagi..
Hari tu jugak admin bukak fb tengok kalau-kalau ada budak perempuan batch admin yang pergi.
Admin pun nampak la satu gambar ni...budak lelaki semuanya bergambar kat padang (not la all batch tapi ramainya lelaki, mana perempuannya??)

Admin ada jugak call kawan admin nama Suaidah tapi dia pulak tak nak pergi..dia kata kalau kitaorang je perempuan tak best la pergi tambah-tambah kalau ada dua orang perempuan je ada di sebalik 'gerombolan' lelaki tu...dilema ni dah melanda jiwa sangat-sangat tau..huhu..

Lama jugak la admin fikir nak pergi ke tak..sampai berkerut dahi ni...macam pak cik ni haa..


Tapi admin tak gila lagi..haha..(nasib baik)
Bila dah tak ada yang nak pergi, tak ada geng yang ngam so admin buat keputusan untuk TAK PERGI..(melepas admin nak jumpa crush admin..huhu..niat dah jahat kat situ ..)
Haha..admin ada suka someone tapi biarlah rahsia bak kata Datuk Siti Nurhaliza..haha...

Suka kan fitrah manusia, admin tak dapat lari tapi kan the best lover for me is Rasulullah s.a.w...
Macam mana pun kita suka kat orang tu Allah la tempat paling tenang untuk luahkan perasaan tau..
Haaa..admin terbabas dari landasan entry..haha..

Nak dijadikan cerita hari ni admin ada mesej schoolmate lelaki admin (jangan salah faham ea..bukan pak we, ee..tak kuasa admin)
Admin tanya la dia ada pergi tak maktab..mesej punyer mesej dia kenakan admin (kurang asam itu budak)
Nak je admin tamah asam dengan garam kat mutut dia sikit..lada tak main la..haha..
Dia suruh admin pergi maktab sebab dia kata ramai jugak budak perempuan batch admin yang pergi hari ni (rasa menyesal la pulak tak pergi..kihkih)
Masalah admin tak ada kenderaan nak pergi, nak drive ngeri..(hampir nak langgar buntut kereta orang masa first hari raya aidilfitri)
So, admin suruh la dia datang ambik kat rumah ni..dan apa dia jawab kat admin...

 "Bereh..jap ea, aku ambik basikal aku ambik kau.."
DUSHHH!!!
Macam kena tumbuk kat pipi je rasa.....( -_-)
Memang esok pun tak sampai..annoying betul..haha..tapi admin except je gurauan dia..
Itu je la cerita DILEMA SEORANG BEKAS PELAJAR ni..hehe..bukan cerpen or novel cuma kisah hidup admin...

Apa yang admin dapat dari peristiwa hidup admin ni, kita sebagai manusia hanya merancang je kan...walaupun admin nak sangat pergi ke sekolah lama admin tu tapi tak kesampaian..macam dalam surah al-baqarah ayat 216, Allah berfirman mafhumnya:

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.."
 Haa....bagi pembaca entry ni renung-renungkanlah dan selamat beramal..
Wassalam..



Tuesday 15 October 2013

TRUTH AND DARE GAME AFTER EXAM.

Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...


Akhirnya admin berjaya jugak habiskan paper exam admin..paper terakhir adalah pada 11hb Oktober iaitu paper Law & Society (abaikan bagi yang tak berminat atau tak tahu..hehe)

Masa admin jawab kertas soalan tu sejam awal dah habis dah menulis sebenarnya cuma nak lebih teliti check lagi berulang kali walaupun masa tu hati dah sampai ke Terengganu :
Kelas orang lain semua dah cabut dah..kosong tingkat atas tempat admin ambik exam tu..fuh!! Apa la yang diorang jawab...
Alhamdulillah paper law tu tak susah sangat macam yang admin bayangkan..baca punyer la banyak tapi masuk cippppuuttt je....haa....ni la, baca sekadar nak jawab exam je..hehe, jangan jadi macam admin tau..
Bila fikir balik kita ni kena la belajar sesuatu kerana ilmu bukan kerana nak exam semata-mata.
Admin nekad nak belajar untuk ilmu..haha


Nampak tak betapa nekad nye ayam ni...macam tu la admin..haha (bukan rupa ye)

Admin ni dah melalutkan..haha...pasal game TRUTH AND DARE tu roommate admin, Nora dah siap-siap bincang nak main game ni..bersemangat dia...kitaorang buat lepas exam tu jugak, kemas barang siap-siap and we start it..(admin dah siap-siap kemas sebab hari tu jugak naik bas, berharap sampai terengganu cepat nak tengok adik graduasi)

Memang fun game ni, mula-mula Nora yang semangat tapi bila dah main dapat soalan macam-macam dah mula kecut perut..Mira kata tak rasa mencabar sangat asyik pilih TRUTH je ni so we decide untuk buat DARE setiap seorang...macam-macam kena...ada yang kena berlakon jadi model, harimau seksi (can you imagine it???), ada jugak yang kena katakan 'i love you' pada orang yang tak diduga-duga..kihkihkih...

Anyway, admin sangat sayang pada roommates admin kat universiti ni but i never forget anyone yang sentiasa ada dengan admin dan yang pernah singgah dalam hidup admin..cuma admin doakan mereka yang terbaik dalam hidup...

Wassalam..






* terima kasih kerana ceriakan hidupku ^_^

TAK ADA AIR, DUGAAN EXAM...

Bismillah hirramanirrahim...

Assalamualaikum semua,

Kali ni entry admin meluahkan rasa sedih admin..huhu...peristiwa bertarikh 29/9/2013 (amboi, dah macam pengacara dah admin..kuang 3x)
Masa tu admin tengah struggle untuk exam admin yang bakal tiba pada keesokan hari nye..maklumla admin punyer markah masa trial tak sebagus orang lain..
Bayangkan admin dapat band 3 untuk 'data analysis'..hukhuk (T T)...
Tu salah satu bahagian yang admin kena belajar dan dapat markah yang tinggi untuk EXEMPTED (maknanya tak payah ambik lagi masa sem seterusnya, i mean Inggeris la..)

Admin bangun lambat time tu, dah bunyi dah suara riuh roommates kata tak ada air...biar duluuuuuu and dekat pukul 1 tengah hari jugak la bangun (hehe...jangan tiru aksi berbahaya ini)

Dengan mamai-mamai tu capai towel, roommates kata "Air tak ada la, dari subuh tadi lagi. Seluruh CFS ni tak ada"

Aduhai dugaan, time ni la kau datang..admin tak study apa-apa lagi pun tau. Nak study dengan berpeluh badannya memang tak la...huhu...
Sampaikan kitaorang kena pakai air kat pili bomba (sekali lagi, jangan tiru aksi berbahaya ini)
Haha..kitaorang sebenarnya tak dibenarkan pun sentuh pili bomba tu tapi kalau korang ada dekat tempat admin, apa korang akan buat??

Admin time tu dah nangis-nangis call mak....huhuhu....takut esok nak exam still tak ada air...parah la kalau macam tu!!


 Dengan tak ada makanannye.. air tak ada kafe pun tak boleh nak masak makanan..terpaksa la admin pergi keluar dari CFS IIUM dan makan kat kedai mamak dengan roommates..rasanya ada hikmah jugakkan...boleh rapatkan hubungan sesama ahli bilik..bukan senang nak lepak sekali ni..huhu...

Tapi alhamdulillah Allah makbulkan permintaan admin yang menangis-nangis ni (tapi tak lupa study masa tu..haha).....pagi esoknya ada air.

Admin harap sangat exam Inggeris hari tu mampu la memuaskan hati admin.
Pesanan buat sahabat-sahabat, rakan taulan ataupun yang datang singgah sebentar untuk cuci mata tengok blog ni..hehe...berdoa la ketika kita senang dan susah...nikmat kaya, sihat semua tu ujian jugak tau...so pray to Him no matter when or whoever you are...jangan ingat Allah masa susah je tau dan jangan sesekali mengeluh dengan segala ujian yang diberikan kepada kita...

Wassalam....

Wednesday 25 September 2013

A WALK TO REMEMBER...


Bismillah hirrahmanirrahim...

Admin rasa macam dah lama tak menaip ni..em...final exam just around the corner so admin jarang la nak update blog sekarang..
Apa kaitan tajuk entry admin kali ni..haaa...A Walk to Remember ni tajuk story yang admin sangat suka...huhu...tapi cerita ni dah lama dah cuma admin dengan roommate baru tengok..
Kisah dia memang memberi kesan pada jiwa admin..huhu...semua roommates admin yang tengok cerita ni ulang dua kali! Haha...bagi korang yang suka jiwang-jiwang ni boleh la try search full cerita ni kat youtube...

Admin ada juga terfikir nak kasi korang tengok trailer cerita ni tapi untuk suspen apa kata korang yang cari??
Apa pun enjoy cerita dia dan ambik yang positif ye...admin cuma sediakan korang video untuk lirik main song cerita ni je..(theme song for my blog..huhu..^_^)..

Entry kali ni tak banyak sangat...bukan tujuan nak promote cerita ni semata-mata cuma sebagai 'melepaskan rindu' mengarang kisah blog 'APABILA HATI BERBICARA'..haha..wassalam







Tuesday 10 September 2013

I'M BEST & MAHER...

Bismillah hirrahmanirrahim..

Ok, apa cerita admin pada entry kali ni...can I talk about event in CFS? Boleh kn..kn...kn...hehe..
Baru-baru ni FSCC (Foundation Student Coordination Center) telah mengatur satu event untuk semua pelajar kat dalam CFS ni...admin nak bercerita sikit pasal FSCC ni...kalau korang rasa la nak famous, korang boleh apply untuk jadi committee untuk kelab ni..haha...macam roommate admin si Mak Cik Cun, everyone know her BUT kerja banyak wooo.....pukul 3 pagi tu belum tentu korang boleh tido nyenyak atas katil...silap-silap haribulan katil pun tak dapat nak jejak..(yang nak apply ni khusus untuk adik-adik junior yang rasa berminat nak jadi student kat CFSIIUM ni)

Berbalik pada cerita admin, I'M BEST AND MAHER telah berlangsung di CFSIIUM seminggu sebelum admin masukkan entry ni dalam blog. Apa tu I'M BEST AND MAHER?

I'M BEST stand for Intellectual Muslim Book Festival and Exhibition, MAHER pulak singkatan kepada Malay and Islamic Heritage Week..

Masa ni banyak la sell buku, game, tulisan khat and lukisan kartunis pun ada...of course semua tu ada bayarannya..haha...By the way, admin hanya pergi tengok-tengok je buku tu, tak dapat nak beli la buku sebab semua macam dah baca..haha (mustahil la kan..haha..alasan sebenarnya nak jimat duit.)

Admin tak pergi pun masa hari pelancarannya..malas..haha tapi hari penutupannya admin pergi tau..bukan tiba-tiba kena virus rajin tapi disebabkan permintaan roommate yang jadi salah seorang dari FSCC so i just go....
Ok, admin sambung entry admin lain kali, mak cik ni seorang dah bising..haha (mampus admin kalau dia baca)...wassalam...


ANNUAL GRAND DINNER TAK JADI!!

Bismillah hirrahmanirrahim...

Setelah sekian lama admin tak letak entry ni haa apa lagi, admin sambung balik la coretan  blog APABILA HATI BERBICARA ni..

Entry kali ni melahirkan rasa tak puas hati admin dengan  plan AGD Green Attache Club yang tak jadi (Tu nama kelab yang admin sertai, ala-ala nature club gitu)..

Kitaorang sebagai committee bersungguh-sungguh plan untuk rancangan ni, nak raikan hari-hari, i mean kenangan terakhir bersama ex-comittee..siap jemput madam lagi, adviser kelab kitaorang...

Bila tiba pada hari yang dijanjikan, admin pakai la jubah hitam (tema kitaorang masa tu hitam, macam dull kan tapi nampak elegan la)...admin ditugaskan untuk konfemkan nama ahli yang nak turut serta dalam program ni...(liat masing-masing nak kasi nama, sakit hati rasa)

Semua dah settle hari rabu tu...lupa nak bagitau yang kejadian ni berlaku pada rabu lepas...kitaorang naik bass uia yang kecik punyer..mula-mula start jalan dah rasa tak best je bas ni...tapi nak buat maca mana, bersyukur la ada pengangkutan nak ke tempat yanag kami rancang. Oh ye, kitaorang decide nak pergi makan kat restoran De' Manggis, restoran yang menyediakan steamboat (admin dah lama nak makan sebenarnya...)
                             
                                  * Masih melekat rasanya steamboat di ingatan admin...huhu...

Bas masa tu bertolak dalam pukul 7 petang sebab masing-masing kelas habis pukul 6, termasuk la admin.
Semua orang berhenti sembahyang dan berbuka puasa (kan masih dalam bulan syawal, semua nak jalankan puasa sunat 6 tu). Lokasi pilihan ialah di R&R, Sungai Buluh..cantik jugak tempatnya.

Lepas semua dah selesai sembahyang and so on apa lagi cepat-cepat naik bas dan teruskan perjalanan.....nak dijadikan cerita sikitttttt lagi nak sampai bas pun rosak...huwaaaa.....

Melepas admin nak makan steamboat, masing-masing dah lapar. Nasib baik masa bas rosak tu dekat je dengan kawasan restoran. So, we choose Tempayan Restaurant to eat..

Emmmm...terpaksa la ubah plan asal but AGD tak jadi kitaorang success jugak lepas semua dah kenyang dan kasi sedikit hadiah penghargaan untuk madam dan ex-committee kelab GAC...

Apa pun admin dapat conclude kat sini yang kita manusia cuma merancang, yang menentukan Allah S.W.T jua....tak apa, lain kali admin dapat la makan steamboat tu...dengan husband lagi sweet kan..haha (admin tiba-tiba menggatal...just for laugh)...wassalam

                                           
*Hai.....admin dapat tengok gambar steamboat ni je setakat ni..huhu...insya Allah ada rezeki dapat la merasa..Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....