ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Sunday, 20 October 2013

DILEMA SEORANG BEKAS PELAJAR...

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Ape entry kali ni? Macam lain macam je bunyinya kan..haha...mesti mana-mana person yang baca entry admin ni tertanya-tanya.."eh, cerpen ke ni? Or novel"...
Eh..bukan ye..hehe...ni kisah yang berlaku pada admin..admin dalam dilema tau semalam..
Admin rancang dengan kawan-kawan sekolah menengah admin nak pergi lawat MRSM QBER tapi em...
Call punyer call semua tak jadi nak pergi..huhu..kawan yang admin maksudkan ialah kawan yang satu universiti dengan admin...

Bila dah tak jadi admin pun call la orang lain, berharap ada schoolmate perempuan admin yang cuti sama dengan budak uia ni...ada tu ada tapi masing-masing busy..
Ada kawan tu sorang buat lesen kereta la, kat kelantan pulak tu..(tempat tinggal dah dekat dah dengan admin tapi melencong jauh pulak dia)

Perasaan admin membuak-buak nak pergi jenguk cikgu-cikgu kat sana. Masa graduasi adik hari tu pun jumpa dua tiga orang je cikgu...tak puas hati lagi..tambah pulak admin pegang amanah orang suruh kirim salam kat cikgu la..
Yang paling sedih tak dapat tunaikan ni...
"Nik, kalau kau jumpa adik-adik junior yang tanya pasal aku kata je kat diorang aku tak dapat datang and kirim salam sekali ye"..

HUWAAA!!! Masalahnya aku tak tahu lagi nak pergi ke tak ni??? Tengok muka pun tak pasti lagi..
Hari tu jugak admin bukak fb tengok kalau-kalau ada budak perempuan batch admin yang pergi.
Admin pun nampak la satu gambar ni...budak lelaki semuanya bergambar kat padang (not la all batch tapi ramainya lelaki, mana perempuannya??)

Admin ada jugak call kawan admin nama Suaidah tapi dia pulak tak nak pergi..dia kata kalau kitaorang je perempuan tak best la pergi tambah-tambah kalau ada dua orang perempuan je ada di sebalik 'gerombolan' lelaki tu...dilema ni dah melanda jiwa sangat-sangat tau..huhu..

Lama jugak la admin fikir nak pergi ke tak..sampai berkerut dahi ni...macam pak cik ni haa..


Tapi admin tak gila lagi..haha..(nasib baik)
Bila dah tak ada yang nak pergi, tak ada geng yang ngam so admin buat keputusan untuk TAK PERGI..(melepas admin nak jumpa crush admin..huhu..niat dah jahat kat situ ..)
Haha..admin ada suka someone tapi biarlah rahsia bak kata Datuk Siti Nurhaliza..haha...

Suka kan fitrah manusia, admin tak dapat lari tapi kan the best lover for me is Rasulullah s.a.w...
Macam mana pun kita suka kat orang tu Allah la tempat paling tenang untuk luahkan perasaan tau..
Haaa..admin terbabas dari landasan entry..haha..

Nak dijadikan cerita hari ni admin ada mesej schoolmate lelaki admin (jangan salah faham ea..bukan pak we, ee..tak kuasa admin)
Admin tanya la dia ada pergi tak maktab..mesej punyer mesej dia kenakan admin (kurang asam itu budak)
Nak je admin tamah asam dengan garam kat mutut dia sikit..lada tak main la..haha..
Dia suruh admin pergi maktab sebab dia kata ramai jugak budak perempuan batch admin yang pergi hari ni (rasa menyesal la pulak tak pergi..kihkih)
Masalah admin tak ada kenderaan nak pergi, nak drive ngeri..(hampir nak langgar buntut kereta orang masa first hari raya aidilfitri)
So, admin suruh la dia datang ambik kat rumah ni..dan apa dia jawab kat admin...

 "Bereh..jap ea, aku ambik basikal aku ambik kau.."
DUSHHH!!!
Macam kena tumbuk kat pipi je rasa.....( -_-)
Memang esok pun tak sampai..annoying betul..haha..tapi admin except je gurauan dia..
Itu je la cerita DILEMA SEORANG BEKAS PELAJAR ni..hehe..bukan cerpen or novel cuma kisah hidup admin...

Apa yang admin dapat dari peristiwa hidup admin ni, kita sebagai manusia hanya merancang je kan...walaupun admin nak sangat pergi ke sekolah lama admin tu tapi tak kesampaian..macam dalam surah al-baqarah ayat 216, Allah berfirman mafhumnya:

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.."
 Haa....bagi pembaca entry ni renung-renungkanlah dan selamat beramal..
Wassalam..



No comments:

Post a Comment