Uwaa...bosan bila orang lain ada kelas tapi admin duk terperuk je dalam bilik...so admin amik kesempatan ni untuk berblog...hehe..
Semalam sempat berjalan-jalan dengan roommates...mula-mula nak pergi Cold Storage dekat dengan Uia tu je tapi tibe-tibe ade pulak perbualan yang tidak disangka-sangka ni..
"Tempat sama je kita pergi ni..semalam beli sosej pun kat Cold Storage" (admin)"Mid Valley jom..." (Fiqah and nurul)
"Biar betikkk...dah kul 6 kot..." (admin)Tengah-tengah admin bersiap tu..em, berfikir jugak..alang-alang keluar pergi Mid Valley terus la...haha..
"Jom la, kita pergi mid valley..huhu" (admin)Emm...tujuan utama nak pergi beli sosej je pun...haha..nak sambung buat room made pasta...kitorang rebus je dengan air panas, apa susah...ingredientnya cuma perlukan sosej (ayamas sedap), sup cendawan dalam tin (campbell) and pasta.
*kekecohan yang berlaku..hehe...ada jugak barang
yang tak berkenaan ada kat situ..
Yang paling susah sekali nak bukak tin sup cendawan tu...dahsyat betul tin yang kitorang buka tu...hehe..rugi tak amik photo tin tu...well, kitorang masing-masing tak tahu nak guna can opener dengan betul :p..ngehh..ngehh..ngehh..
Tapi akhirnya ini la hasilnya....
* sedap walaupun rupa mungkin tak macam chef punyer..haha
Haa...kebetulan masa admin pergi tu tengah sesak dengan orang-orang yang nak sambut Krismas..ala, baru berapa hari bulan kan...nak kecoh Krismas dah..( tak sedar yang hari raya pun macam tu jugak..hehe)
Masa tu bersesak-sesak ngan orang ramai...amik ko nak pergi sangat mid valley tapi kat sana dah macam luar negara dah...sempat la amik gambar..huhu...cantik kot!!
Macam tempat fairy tale kan...so, main point admin APA ITU KRISMAS? Jom kita buat research sikit..huhu..
Admin tertarik untuk membincangkan perayaan ini dari perspektif islam...setelah menggunakan bantuan Encik Google admin dpat tahu yang maksud atau definisi kepada perayaan Krismas ialah Pesta Kelahiran Tuhan Yesus iaitu Nabi Isa mengikut kepercayaan orang Kristian.
Perayaan ini akan disambut pada tarikh 25 Disember pada setiap tahun. Seperti mana yang kita tahu masa perayaan tersebut ialah pada musim sejuk betul tak?
Kita rujuk pada ayat al-quran, sama ada betul ke Nabi Isa a.s dilahirkan pada 25 Disember yang sinonim dengan musim sejuk...
Al-Qur’an tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat berkenaan hal ini tetapi sekadar gambaran masa kelahiran nabi Isa a.s. Seperti Firman Allah s.w.t.
“Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26)Peristiwa di atas berlaku pada Maryam a.s. selepas melahirkan Nabi Isa a.s. Di dalam ayat di atas ada menyebut tentang buah kurma yang masak di atas pohonnya, ini menunjukkan yang masa kelahiran itu tentu sekali bukan di dalam musim sejuk, bahkan bermungkinan besar di dalam musim bunga ataupun musim panas. (dipetik dari http://malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-hari-krismas/)
Perayaan Krismas itu sendiri bukan lah daripada agamanya sendiri tetapi telah diadiptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno. Bagi orang-orang islam, diharamkan kita menyambutnya secara langsung atau tidak langsung walaupun menyebut "Merry Cristmas"...
Mengapa Krismas diharamkan bagi orang islam? Ini antara jawapannya:
1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.
2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.
3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kebatilan.
So, kesimpulan admin, berbangga la dengan dua perayaan kita yang Nabi Muhammad s.a.w telah bawa khas dari Allah kepada kita. PSSS...nak tahu tak, dari dulu lagi memang admin tak kan tertipu dengan Pak Cik Santa diorang tu...haha..tapi hormat la agama lain kerana tiada paksaan dalam beragama kan..
Akhir kalam, maaf kalau admin khilaf dalam hal ni, cuma berkongsi pendapat..kalau ada yang salah tolong betulkan ye...piuhhh..panjang betul entry kali ni..tq for reading (kalau ada yang baca sampai habis..haha..)
Wassalam
No comments:
Post a Comment