ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Tuesday 15 October 2013

TRUTH AND DARE GAME AFTER EXAM.

Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...


Akhirnya admin berjaya jugak habiskan paper exam admin..paper terakhir adalah pada 11hb Oktober iaitu paper Law & Society (abaikan bagi yang tak berminat atau tak tahu..hehe)

Masa admin jawab kertas soalan tu sejam awal dah habis dah menulis sebenarnya cuma nak lebih teliti check lagi berulang kali walaupun masa tu hati dah sampai ke Terengganu :
Kelas orang lain semua dah cabut dah..kosong tingkat atas tempat admin ambik exam tu..fuh!! Apa la yang diorang jawab...
Alhamdulillah paper law tu tak susah sangat macam yang admin bayangkan..baca punyer la banyak tapi masuk cippppuuttt je....haa....ni la, baca sekadar nak jawab exam je..hehe, jangan jadi macam admin tau..
Bila fikir balik kita ni kena la belajar sesuatu kerana ilmu bukan kerana nak exam semata-mata.
Admin nekad nak belajar untuk ilmu..haha


Nampak tak betapa nekad nye ayam ni...macam tu la admin..haha (bukan rupa ye)

Admin ni dah melalutkan..haha...pasal game TRUTH AND DARE tu roommate admin, Nora dah siap-siap bincang nak main game ni..bersemangat dia...kitaorang buat lepas exam tu jugak, kemas barang siap-siap and we start it..(admin dah siap-siap kemas sebab hari tu jugak naik bas, berharap sampai terengganu cepat nak tengok adik graduasi)

Memang fun game ni, mula-mula Nora yang semangat tapi bila dah main dapat soalan macam-macam dah mula kecut perut..Mira kata tak rasa mencabar sangat asyik pilih TRUTH je ni so we decide untuk buat DARE setiap seorang...macam-macam kena...ada yang kena berlakon jadi model, harimau seksi (can you imagine it???), ada jugak yang kena katakan 'i love you' pada orang yang tak diduga-duga..kihkihkih...

Anyway, admin sangat sayang pada roommates admin kat universiti ni but i never forget anyone yang sentiasa ada dengan admin dan yang pernah singgah dalam hidup admin..cuma admin doakan mereka yang terbaik dalam hidup...

Wassalam..






* terima kasih kerana ceriakan hidupku ^_^

No comments:

Post a Comment