ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Tuesday, 3 December 2013

CARA MELUAHKAN PERASAAN...

Assalamualaikum...

Kali ini admin ade perkongsian yang baik punyer..bukan mudah admin nak perah otak ni beri idea tentang benda-benda macam ni..hehe...nampak kan ape tajuk entry admin pada kali ni...ape lagi, jom rock and roll..huhu..

Admin terlintas untuk share benda ni dengan para pembaca blog APABILA HATI BERBICARA ni lepas kongsi-kongsi cerita dengan Afiqah roommate admin si kecik tu (huhu...mampus kalau dia baca ni, still love you la Fiqah, gurauan semata-mata)..

Ape cerita yang kami kongsi? Haaaa...bermula dengan diari sebenarnya. Ye la, ramai yang suka luahkan perasaan dengan menulisnya dalam diari kan? Jangan nak tipu ye...admin sendiri ada 3 diari kat rumah...huhu..tapi entah kenapa kebelakangan ni dah berenti tulis diari (ehh...blog ni kan ade..hehe)

Admin dari sekolah rendah lagi dah tulis diari...admin selalu sorok diari admin dalam beg sekolah, bawak ke hulur ke hilir..ada peristiwa ciiipuut je mesti cepat-cepat tulis...yang tak tahannye 'crush' admin masa tu boleh pulak pergi geledah beg admin and baca diari tu...of course la dia baca luahan hati admin yang suka kat dia tu...huhu..

Bila dia tanya admin suka dia tak, mati-mati nafikan and pasang kaki seribu lari dari dia...haha...tu zaman kecik punyer cerita. Ok, Afiqah kata dulu dia pun ada diari tapi sebab-sebab tertentu dia dah tak menulisnya lagi..so, perkongsian admin bermula di sini......

Apa yang kita boleh buat kalau kita rasa stress or nak nangis or apa-apa yang berkaitan ngan perasaan la...

1) Tulis dalam diari

Of course la ni satu jalan yang berkesan. Selain melatih tangan kita bersenam dapat jugak release kan kepala otak yang berserabut tu kan..hehe. Luahkan apa yang ada pada hati anda dan in sya allah, anda akan jadi lebih tenang. Tapi satu je masalah diari ni, kalau orang jumpa dan baca memang dah lari jauh privacy yang kita cuba simpan. Paling parah kalau korang tulis maklumat sulit yang menjadi rahsia korang je dalam tu. Setidak-tidaknya beli la diari yang ada lock tu..hehe. Bergantung pada anda menjaganya, jangan letak merata-rata. Orang nampak mesti la instinct kuat nak baca, tapi jangan la pulak korang yang ceroboh diari orang lain. Hormat peribadi orang.

2) Tulis dalam kertas besar-besar kemudian koyakkan.

Ni jugak salah satu cara yang interesting untuk dicuba..hehe. Kalau korang rasa geram sangat dan menyampah dengan seseorang tapi tak nak simpan sebagai 'kenangan' memang sesuai sangat cara ni dengan korang. Masa korang koyakkan kertas tu la rasa macam rasa marah and geram tu terkoyak sekali dengan kertas tu. Cuba la buat, sertakan sekali dengan reaksi muka..haha, gurau.

3) Share dengan kawan baik anda.

Semua ada kawan baik kan? Guna la kawan anda sebaik mungkin. Maksud admin, bukan kongi masalah je tau. Kawan baik adalah orang yang paling kita percaya. Walaupun kita ada mak ayah tapi jarang la yang share masalah dengan mak ayah diorang kan sebab pemikiran tak sama. Kawan baik tahu apa yang kita tak suka dan apa yang kita suka. Secara automatik cara dia pujuk pun buat korang rasa selesa, dah tahu pantang larang korang apa kan. But, madam law admin kata never trust anybody unless you investigate it. Faham kan..hehe

4) Mengadu pada Allah

Yes!! This is the best way. Admin letak ni last way sebab kita manusia akhir sekali memang akan berpaling pada Allah. Sebaik-baik jalan kembali ialah kepada Allah. Dengan buat solat je kita boleh rasa tenang kan? Memang susah nak khusyuk dalam solat and Allah tahu tu, tapi kat akhirat nanti Allah akan tanya apa usaha kita untuk khusyuk dalam solat. By the way, setiap perjalanan hidup kita ni memang akan ada halangan. Dalam surah al-khaf, ayat 63 pun ada disebut bagaimana syaitan memberikan halangan pada Nabi Musa semasa ingin menuntut ilmu dengan Nabi Khidir. So, manusia mana yang tak terlepas dari ujian? Guna sebaik mungkin option dan pertalian antara kita dan Allah.


Dalam al quran pun Allah telah menjawab segala persoalan manusia dengan surah-surah tertentu.Renung-renungkan la dan selamat beramal..


*IMAGE CREDIT TO GOOGLE

Sekian dari admin, wassalam..


No comments:

Post a Comment