Pada entry kali ini admin akan kongsikan sesuatu yang menarik dan In sya Allah berguna untuk anda yang membaca. Title entry kali ini ialah berjaya atau tidak seseorang itu adalah atas kemahuan kita sendiri.
Apa yang admin bakal bincangkan adalah atas pandangan admin sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati..hehe...Ok, berbalik pada tajuk utama, kenapa admin berpendapat begitu?
Ye la, kalau kita rajin buat homework contohnya dah semestinya kerja tak tertangguh, cikgu pun suka, betul tak? Memang conform 90% kita akan jadi pelajar cemerlang. Rajin adalah pilihan kita, nak buat homework sebaik sahaja kita terima tugasan tu atau tangguh esok nak hantar baru buat kerja tu.
Keadaan persekitaran juga mesti mempengaruhi kita untuk jadi orang yang berjaya atau tidak. Kalau dah seseorang tu determine giler nak berjaya dia tak akan kisah keadaan kelas atau bilik tidak ber air-cond dan sebagainya. Sebaliknya dia akan mencari cara alternatif di mana nak belajar dengan selesa. Of course bising salah satu suasana yang kita tak boleh control tapi kita boleh cara tempat yang sesuai untuk kita belajar.
Seterusnya ialah pengaruh dari kawan-kawan. Bila dah jumpa geng mesti susah nak lepas kan...haha...admin pun sama la. Tapi dalam bab belajar ni tak kan kerja berlambak depan mata masih nak bercakap dan mengumpat. Ada jugak jenis kawan yang 'mendorong' kita untuk melepak bersama dan membiarkan segala tugasan anda di tempat yang sama tanpa menyiapkannya.
Kemiskinan atau kekayaan juga bukan faktor kita untuk berjaya atau tidak. Masih ingat ke dengan Nik Nur Madihah, dia pun orang yang lagi miskin dari kita semua tapi mampu mencapai 21A dalam Spm. Tak mustahil bukan? Yang membezakan, orang kaya tidur di atas tilam empuk sedangkan yang miskin tidur berlapikkan tikar mengkuang. Hakikatnya kita sama-sama duduk di bumi Allah dan hidup dengan nikmat diberikanNya.
Keadaan yang admin sebutkan di atas semua anda boleh pilih bukan? Sama jugak dengan kes yang melibatkan masalah rumah tangga ibu bapa. Kenapa perlu menyalahkan diorang atas kegagalan kita mungkin dalam peperiksaan. Mungkin salah satu cara yang berkesan ialah ' membuta' dan 'mentulikan' anggota badan anda yang berkaitan...hehe...maksud admin usah pedulikan sesuatu yang boleh buat kandungan darah atau gula anda meledak tinggi (dah macam doktor beri ceramah kat orang tua pulak..hehe)
Apa pun, admin ada satu kisah yang menarik untuk dikongsi dan direnung bersama...
KISAH DOKTOR DAN PENJENAYAH
Salahuddin (nama rekaan semata-mata) merupakan seorang doktor yang disegani. Namanya sentiasa disebut-sebut dalam bidang perubatan. Pada suatu hari telah diadakan sidang media secara besar-besaran untuk mencungkil rahsia kejayaannya. Kebetulan pada masa yang sama seorang wartawan telah menceroboh latar belakang keluarganya dan menanyakan soalan yang mengejutkan semua orang.
Wartawan itu bertanya: "Maafkan saya doktor, saya mendapat tahu doktor datang dari golongan yang susah serta dari golongan orang yang bermasalah. Ibu bapa doktor pula merupakan penagih dadah yang tegar. Bagaimana doktor boleh sampai ke tahap ini?"
Doktor Salahuddin menjawabnya dengan tenang: "Kejayaan itu semua atas kemahuan saya. Tidak ada kena mengena dengan latar belakang keluarga saya. Saya tidak menyalahkan mereka. Itu sejarah silam keluarga saya dan kini saya memilih jalan yang berbeza untuk menjadikan keluarga kami lebih baik."
Disebalik kemuncak kejayaannya rupa-rupanya adiknya seorang penjenayah yang sangat dikehendaki. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Abang seorang doktor yang masyhur sedangkan adiknya seorang penjenayah yang dikehendaki.
Sebelum sidang media itu lagi wartawan yang sama menanyakan soalan kepada adik kepada Doktor Salahuddin tersebut. " Mengapa kamu boleh jadi seorang penjenayah sedangkan abang kamu menjadi seorang doktor yang berjaya."
Hanya satu jawapan dari adik doktor tersebut: "Ini semua salah ibu bapa saya. Mereka yang telah menjadikan saya begini. Nah, sekarang lihat, saya menjadi penjenayah yang lagi hebat dari mereka berdua"
Faham tak apa yang admin cuba sampaikan? Anda lebih memilih pendirian doktor tadi atau penjenayah tu? Menyalahkan seseorang atas masa depan yang kita cipta dan pilih sendiri bukan la jalan penyelesaian yang baik. Sebaliknya kita bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh dugaan hidup dengan lebih tabah dan sabar. Hamba yang banyak menerima ujian adalah orang yang disayangi Allah.
Akhir kata dari admin, di mana ada jalan, disitu ada highway! (eh, versi Adnan Sempit ni)
Di mana ada jalan kemahuan, di situ ada jalan. Percaya diri sendiri and nawaitulillahi taala. Wassalam...
salam sukses slalu
ReplyDeletesinggah sini
http://indexiapk.blogspot.com