ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Thursday 27 February 2014

CHILLAX AT CERAKAH


Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dear dunia blog, blogger-blogger yang ada merewang kat sini visit my blog or to readers yang sudi membaca my post...haha..panjang pulak my introduction..

Semalam admin duk usha je blog  ni tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun untuk entry post admin. Dah tau dah isinya but feeling of lazy. Setiap kali admin nak start blog I must think first, what the suitable introduction should I make. Dan hari ni, kat atas la hasilnya....hahahaha!!

Gelak sakan ye admin bila semalam adalah last exam untuk minggu ni...sekali lagi ditegaskan untuk MINGGU NI! Huhu...walaupun dah habis exam untuk subjek law tapi admin tetap kena bawak balik buku ke kampung study untuk subjek Understanding Islam, student uia should know this basic subject...(ngade admin hari ni nak speak English)

Guess what guys? Soalan bapak ar......tak susah tak jugak senang but something is going wrong with my brain, lama duk tinggal subjek English nak susun ayat kasi essay dalam exam pun berkerut dahi. Masalah jugak tu....and ni la pertama kali rasanya admin mengigau duk update blog pagi-pagi buta...em....otak, please don't be 'berkarat'......huaaaa!! Entah apa yang admin jawab untuk exam tu, tapi tak pe la sebab admin dah usaha and sekarang admin kena banyak tawakal la.

Post ni main pointnye nak cerita tentang aktiviti club admin yang diadakan 2 hari sebelum exam admin bermula....( faham-faham je la admin punyer study pastu)...

Committee club semua setuju nak rapatkan ukhuwah kitorang dengan members dengan buat aktiviti cycling kat Bukit Cerakah....ala, tempat ni familiar for those yang duduk kat Shah Alam. Dekat je la ngan Uia Pj tu, kalau jalan kaki jawab admin sampai jugak tapi 2 hari lepas tu, maybe...hehe...lawak bodoh...

Apa yang kitorang buat kat sana ialah cycling, bird watching tapi tak ada la watching sangat, lepas tu lawat mini zoo...


*Kawan-kawan seangkatan, Nampak tak basikal tu? Hehe..



 *"Hai, I'm Mr. Jambol"...haha...main hentam je tak tau betina ke jantan but seriously dia suka orang touch its head.



*Semua orang khusyuk dengar briefing masa ni. Haa, yang picit hidung tu kitorang punyer PC (Programme Coordinator) untuk program ni.

Thanks a lot bagi pihak yang menjayakan program ni, we have so much fun walaupun dari pihak committee ada sedikit masalah yang berlaku but semua orang membantu and program tu alhamdulillah berjalan lancar...

Ohhh...lupa nak bagitau, masa admin datang ni excited sangat sebab dapat masuk Rumah Iklim 4 Musim secara FREE!! Tapi tak selalu free sebenarnya, entah la masalah Bukit Cerakah ni, kadang-kadang free, kadang-kadang diorang kena charge untuk pengunjung kat sana.

Semua members dah happy sangat nak pergi sana, so diorang pergi naik bas dalam taman rekreasi yang disediakan free tu sebelum tunggu basikal kitorang sediakan. On the way nak pergi tu, kononya nak join sekali, muka punyer happy, macam joker lastly ada problem ngan basikal, uruskan kejap je and admin ditinggalkan.

I call my friend said that I will follow them. Dengan semangatnye admin nak kejar diorang and I have to walk about 1.3 KM! Tak sangka tempat tu jauh (+_+)

Just to make sure semua member tak ada masalah, I follow je la diorang but then I receive a call disuruh ke tempat cycling and kena bagitau member basikal dah ready and admin PATAH BALIK...fuhh, penat masa tu but a very good experience. Mana nak dapat, sedar-sedar kaki melangkah dah jauh...hahahaha...cun giler..

Lepas program ni je muscle dah sakit and balik hostel terus PENGSAN....(solat tak tinggal ye)
Here, some pictures of us kat Rumah Iklim 4 Musim..





*Cantik wooo...tapi kat belakang tu painting je..haha





* I'm dreaming......hahaha...cantik gambar ni...thanks to my friends, suka cara dia ambik gambar




*Gaya cam promote Bukit Cerakah..."Ni la peta dalam Taman Rekreasi ni ye adik-adik"



    
 


 Thanks Allah, we have such a great time together, sorry la mana-mana gambar kawan-kawan yang tak termasuk tu...bukan tak sayang tapi ni je ada kat den..hehe..

Lupa nak amik gambar ala 'mermaid' roommate admin si Fiqah.."Fiqah!!! Send kat aku gambar mermaid ko kat  Bukit Cerakah tu.." Haha...macam dia dengar je duk teriak tanpa suara dalam dunia blog ni..

Last from me, appreciate your life and grateful to Allah for what you have now. Gambar banyak sikit untuk entry kali ni. Buat readers cuci mata...haha...Wassalam.

Friday 21 February 2014

ACTION IS BETTER THAN TALKING

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat dan rakan taulan sekalian...


.....nampak tak benda alah ni...hehe...admin saja ngada nak letak...sejak akhir-akhir ni suka sangat dengan gambar animated macam ni...huahua...hobi men'search' benda ciut-ciut macam ni..


Ok, admin baru je lepas kelas Study Circle beberapa jam yang lalu sebelum solat Jumaat lagi...haha...lepas kelas mesti ada je nak share dalam blog ni...in sya allah orang lain pun akan mendapat manfaatnya.

So, apa tajuk perbincangan admin kali ni? Seriously menarik! Confirm! (muka over confident depan laptop dahi berkerut)....kalau tengok tajuk entry je mana cukup...selami la jiwa anda bersama admin dengan entry ni...nampak sangat ayat ni nak suruh orang baca blog kita...haha..

Tanpa melangkahkan kaki ke jalan serong yang tak sampai-sampai tujuan utamanya admin bagitau dulu maksud tersirat pada tajuk entry kali ni. Sebenarnya tajuk ni berkenaan cara terbaik menegur seseorang adalah melalui perbuatan. This is my opinion..what about you? OOOOPPPSS, cuppp dulu..biar admin terangkan sebelum korang mula buat kesimpulan.

Admin bagi satu situasi yang biasa kita lalui. Tipu la kalau ada orang cakap korang tak pernah laluinya. Mungkin tak kerap tapi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Situasinya ialah masa kita kecik-kecik dulu, memang susah kan nak mandi ataupun nak solat bagi Muslim. Time famous masa maghrib la. Mesti mak kita terlolong-lolong jerit nama panggilan kita nak suruh mandi dan solat.

"Along, adik...cepat pergi mandi sekarang kalau tak mak pukul"
 Alahai, dialog famous sangat, nampak tak admin pernah lalui situasi ni. Tapi korang perasan tak mak kita jarang la nak 'tunaikan' kata-kata terakhir dia. Tak pukul pun kan..kadang-kadang sebab biasa mak-mak membebel masa tengah sibuk kat dapur. Kita pun buat muka selamba and pekakkan telinga.

And then ayah kita pun datang amik alih tugas mak bila mak dah ngadu...."Abang, anak degil tak nak mandi lagi"...huisyyy...bila korang dah berumah tangga korang tahu la perasaan jadi mak bapak (admin cakap macam admin dah ada experience je kan?Hehe)

Bila ayah kita datang, cekak pinggang sikit je BROOMM!! Meloncat dari atas sofa, amik tuala, tinggal tv terbukak camtu je terus masuk bilik air. Nampak tak situ, cakap je tak berkesan, harus ada tindakan yang berkesan.

Sama jugak dalam situasi kita nak menegur orang. Jangan sesuka hati je main redah, marah tak tentu hala walaupun niat baik korang pulak yang kena sumpah seranah. So, apa yang kita kena buat let act than speak about something that people will angry with you.

Admin bagi contoh situasi:

1) Korang ada kawan yang liat nak solat. Masa tengah study tiba-tiba dengar azan. Lepas azan je korang bangun dan berkata: "Waktu solat dah masuk dah, kalau solat awal ni senang jugak kerja aku nanti, pahala pun dapat". Tapi jangan pulak korang tengok muka dia masa bercakap, just macam monolog diri (cakap sorang-sorang). Mesti terdetik jugak di hati kawan korang tentang apa yang korang kata tu betul. Dah selesai tugas dakwah korang.

2) Ayah atau sesiapa sahaja yang tua daripada korang sembahyang ke arah kiblat yang salah. Kalau korang tegur direct mesti antara jawapan diorang,"Hei, aku makan garam dulu dari kau. Aku tahu la kiblat arah mana". Korang nak jawab apa? Memang tak jawab la, lepas tu blah masuk bilik, tidur. Cara terbaik pura-pura la korang nak betulkan sejadah masa diorang solat. Nak ikut arah tuju kiblat yang korang buat tu ke tak nak suka hati la tapi korang dah berdakwah.

3) <KISAH BENAR> Ada sorang mamat arab nak order nasi. Dia pun panggil la mak cik kafe dan cuba cakap Melayu macam kita. "Mak cik, nasi goreng ikan iblis satu." Of course mak cik tu angguk, pergi masuk dapur gelak dengan anak buah dia. Kita yang ada kat tepi tahan  je gelak takut kena punch ngan dia. Tapi kita tak sampai hati dan nak betulkan kesilapan dia. Apa kata ajak dia borak ngan kita dulu and tanya kenapa dia sebut order macam tu, so tak ada la nak gaduh and kita tahu situasi sebenar dan tegur dia secara elok.



*Jangan sampai terkena :p

Situasi ketiga-tiga diatas diceritakan sendiri oleh Ustaz Hamimi admin yang mengajar subjek Study Circle. Cuma pasal mamat arab tu memang dia alami sendiri. Korang pun mesti tertanya-tanya kenapa la dia order nasi goreng ikan IBLIS. Dia kata kat ustaz admin, masa dia makan dengan kawan Melayu dia, kawan dia order nasi goreng pedas GILER. Jadi kesimpulan yang dia buat kalau nak ikan bilis lebih 'tambah' la perkataan yang ekstrem sikit...admin harap korang faham.

Masalah yang biasanya berlaku di asrama contohnya kebersihan tandas tak dijaga, ataupun suasana terlampau bising or ada jugak orang yang tak berhati perut, small intestine, hempedu limpa dan yang 'sewaktu' dengannya mencurahkan air basuhan dari tingkat atas dengan selamba, sebagai result nya basah kuyup orang kat bawah. Jadi, apa sebenarnya langkah kita or lebih tepat lagi tindakan kita untuk menegur golongan berkenaan untuk menghormati orang lain tanpa menyakitkan hati mereka. Fikir-fikirkan lah ye?

Admin cuma sampaikan gambaran ustaz admin pada pembaca blog sekalian. Terpulang kepada anda bagaimana methodnya asalkan anda berjaya dalam dakwah anda. Sebarang pertanyaan ataupun teguran boleh komen. Setakat tu je, Wassalam...







Sunday 16 February 2014

ADUIHH RAFEST....

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum guys...terima kasih bagi sesiapa yang masih support admin hingga ke hari ini..hehe..
Akhirnya admin keluarkan satu entry baru lepas biarkan blog ni bersawang tanpa tuan buat sementara waktu..haha...ayatt....fuhh!!

Sejak 5 hari yang lalu admin busy dengan Rafest..apa itu Rafest? Haa...nak cerita la ni, jangn gopoh sangat boleh tak..hehe...Rafest stand for Raudhah Festival yang diadakan di UIA pada setiap tahun...ade macam-macam la masa ni. Dari jualan nasi, ayam goreng, mee goreng, semua yang bergoreng, berais krim...lelah la nak sebut tak ketinggalan juga baju-baju and tudung...

Society admin jugak tak melepaskan peluang untuk berniaga la kononnya! Haa.....ada la yang sakit hatinya disitu tapi admin ketepikan lah.. Adat berniaga tak selalu untung tapi alhamdulillah ada la sikit kot (kot kat belakang tu memang tak pasti la...)




Aikk...apa hal tiba-tiba gambar ni..haaha....ni adalah maskot Rafest tadi...huahua...gambar ciplak dari CFS IIUM CHATING GROUP kat facebook. Psstt....admin  sebenarnya takut dengan maskot segala bagai ni and admin tahu dalam tu bukan la sesiapa pun melainkan brother dari uia sendiri...segan nak pergi dekat-dekat...

Admin luangkan masa jugak dengan roommates admin masuk benda alah pertandingan masak....alhamdulillah dapat la jugak no.3 selepas bertungkus lumus menyiapkannya...haha...menu kitorang adalah prosperity ala asia and untuk desert pulak admin buat chocolate cocktail with jam...siapa nak resepi lepas ni boleh la mintak ye...hahaha...

Sepanjang Rafest ni rasa penat jugak la sebab asyik jaga gerai je...tapi bila admin ada di kalangan orang ramai tu admin dapat perhatikan pelbagai gelagat manusia...tadi pun ada jugak member society admin nak bukak malam for the last time tapi masing-masing nak study...haha...admin 2-3 hari ni buku entah ke mana..nasib baik tadi sempat pegang buku and buat sedikit nota law..


Huaaaa....esok kelas la guys...tu je kot nak share...apa pun tanggungjawab yang korang pegang laksana betul-betul walau letih...TETAP SAHUT WALAU SERABUT...HAHA...Wassalam..

Friday 7 February 2014

RAHSIA NAMA 25 RASUL KITA...

Bismillah hirrahmanirrahim.

Assalamualaikum kepada yang setia tengok blog ni...

Hari ni admin nak kongsi ilmu yang admin dapat dari pembelajaran dalam kelas....apakah itu??
Haa....jenguk-jenguk la tajuk entry ni...(memang sah-sah korang baca dulu dari isinya..hehe)

By the way, admin terus ke isi entry kali ni...tak silap admin pada kelas arab minggu lepas (dah tak ingat, banyak makan semut kot..haha)...ustaz admin ada bagitau pasal sedikit isi al-quran..ye la, bila dah belajar bahasa ahli syurga ni mesti la ada kaitannya dengan Al-quran..semua orang mungkin boleh kata bahasa Arab ialah bahasa asing tapi bagi admin tidak...bukan ke kita dah familiar dengan bahasa arab dalam kehidupan harian kita?

Buktinya al-Quran yang selalu kita baca...(kantoi sapa tak bagi tiap hari tak tahu)...ingat tau, hak al-Quran terhadap kita ailah khatam al-Quran, maksudnya baca habis 30 juzu' 2 kali setahun...admin pun tengah usaha ke arah tu...berblog tak halang admin untuk tunaikan tanggungjawab..

Tipu la kalau korang tak ada tanggungjawab. Masyallah, admin banyak responsibility! Korang semua pun....sama je kita, khalifah Allah semuanya (^_^)

Berbalik kepada cerita asal admin...hehehe..ustaz admin kata nama-nama rasul dan nabi dalam al-Quran diambil daripada bahasa yang dah pupus atau dah hilang atau dah hampir hilang dimuka bumi ni tapi al-Quran tetap pelihara bahasa tersebut dengan baik...tak percaya?

Lepas ni pergi search dalam buku nama-nama anak ke? Dalam internet ke? Ada tak dinyatakan maksud nabi-nabi tersebut? Tak ada kan? Cuma dicatatkan  'NAMA NABI'...kan? Ke ada pembaca blog ni tahu apa maksud Yusuf ataupun Isa?

Yang semua tahu hanyalah Muhammad yang maksudnya yang terpuji....(selawat ke atas baginda 3 kali, dapat pahala)





Bila ustaz dah cakap macam tu admin pun terfikir.."em, betul jugak kata ustaz." Ustaz admin cuma bagitau pasal maksud Yusuf je iaitu orang yang memuliakan tetamu berdasarkan beberapa pendapat yang mengatakan Nabi Yusuf memuliakan ayahnya, adik beradiknya termasuk Zulaikha ke rumahnya setelah pelbagai peristiwa pahit yang menimpanya.

Admin ada search dalam internet makna nama nabi-nabi kita dan jumpa sikit je dari blog MYBABAH.COM

1. Musa a.s: Nama ini berasal dari bahasa Mesir kuno yang bermaksud Putera Air, kerana sejarahnya yang       ditemui oleh permaisuri Fir'aun Asiyah di Sungai Nil.

2. Hud a.s: Berasal daripada bangsa Arab berketurunan kaum 'Ad. Nama tersebut diambil dari perkataan         jama' Ha'id  yang bermaksud orang yang bertaubat atau yang kembali ke arah kebenaran.

3. Ismail a.s: Nama putera Nabi Ibrahim a.s ini merupakan bentuk Murakkab (majmuk) daripada perkataan     'isma' yang bermaksud dengar dan 'iel' bermaksud Allah, jadi maksudnya ialah "Allah mengabulkan".

4. Syuib a.s: Nama ini diambil dari perkataan sya'b yang bermaksud yang kelompok atau generasi manusia       kerana baginda berjaya mengumpulkan kembali kaumnya yang terpisah.

5. Soleh a.s: Nama ini bermaksud orang yang sentiasa beribadah dan mendirikan hak-hak Allah (yang ni dah familiar kan dengar orang kata lelaki tyang soleh, perempuan yang solehah)

6. Ibrahim a.s: Nama ini bermaksud bapa kepada orang-orang tertinggi iaitu nabi-nabi. Daripadanya lahirlah     nabi Muhammad s.aw.


Tu je perkongsian kali ni...letih nak menaip panjang-panjang, lagipun ada lagi tanggungjawab admin yang tak dilaksanakan lagi...off to solat zohor...Wassalam