ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Thursday 27 July 2017

INTERNSHIP AT LEGAL AID DEPARTMENT TERENGGANU

Bismillah hirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua,
Lama sangat tak aktif blog ni, admin decide untuk kembali mengepost entry baru..haha.
Alasan admin tak aktif ni bukan setakat tak ada masa, tapi sebab internet UIA ko satu, LOL...benci pulak tak ada. Dan satu lagi memang tak dinafikan la pemalas tahap keturunan ketujuh ...haha.

Sekarang macam biasa la time-time ni UIA tengah cuti 3 bulan tapi kali ni admin bukan duduk saja-saj. Kene kerja daaa...bukan kerja apa tapi kind of praktikal. Alhamdulillah sekarang admin dah in 3rd year dalam Ijazah Undang-Undang ni. Result yang kuar haritu pun ok, tak ada la suam-suam kuku, tak ada la jugak mengecewakan dan gempak. Tapi yang admin syukur sangat lepaslah CGPA untuk maintain for Ummatic Scholarship. Kalau tak ada biasiswa UIA ni macam mana den nak hidup kan.

So, nak dijadikan cerita admin sekarang selamat menjalani internship kat Jabatan Bantuan Guaman. The first reason admin pilih tempat ni sebagai pilihan untuk intern ialah ia sebuah jabatan kerajaan yang banyak tolong bagi khidmat nasihat undang-undang dan buka fail kes untuk orang awam hanya dengan kadar bayaran RM2. Haaa, siapa-siapa yang tak tahu tu, boleh jadi tahu melalui blog admin ni. Tujuan join ni nak la jugak tengok sistem diorang macam mana diorang approach and beri bantuan kepada orang-orang kampung yang tak tahu langsung pasal undang-undang. Yang orang-orang bandar tu pulak jangan nak berlagak macam tahu ok? Ada je ramai yang berlagak pandai datang jabatan ni nak bukak fail kes tapi haprak tak tahu.

Yang paling menyedihkan bila ada yang datang bukak fail cerai tak tahu side-side seorang isteri boleh tuntut dari suami kalau ditakdirkan mahkamah sabit penceraian. Mut'ah, nafkah iddah, harta sepencarian semua layak mengikut certain requirement la.

Oh, admin lupa nak bagitahu yang kebanyakan kes yang dihandle oleh Jabatan Bantuan Guaman seluruh negara, 90% ialah kes syariah. Macam fasakh, takliq, hadhanah and bla-bla. Ada jugak kes sivil dan jenayah tapi limited kepada anggapan kematian, jenayah-jenayah kecil dan jenayah kanak-kanak. And jarang la yang ada. Cerai banyak. Lol, orang kita kahwin 2 tahun dah bercerai. osh, admin tak percaya.

Macam-macam la drama kat sini. Nak cite banyak sangat tpi admin sanggup la cerita separuh untuk pengetahuan pembaca. 2 minggu lepas tak silap admin, admin ada pergi Klinik Bantuan Guaman ke Dungun. Ya, JBG ni biasanya akan ke setiap daerah dalam 2x sebulan untuk reach masyarakat. Hempp, kat situ macam-macam drama la ada. Yang nak cerai cara takliq, cerai cara dia, nak fasakh macam-mcam. Ada sampai akak sorang tu terpaksa ambik ubat penenang sebab meroyan. Sebab apa? Sebab laki dia macam setan la tuh.๐Ÿ˜ช


Ada jugak time tu kawan-kawan admin duk intai ada sorang perempuan ni duk bawak laki ke hulu ke hilir bawak sorang laki tapi mintak cerai?๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ™€ Apa kes kan? Maka bermulalah perbualan rakan-rakan intern admin dengan sorang kerani ni. (Admin time ni sibuk duk layan orang nak bukak fail kes kat pembantu pegawai undang-undang)

Kawan: En. Bukary, kes apa akak tu?
En.Bukary: Emm, macam biasa la cerai tapi dah bawak yang baru. Kihkih.

Admin geleng kepala bila dengar cerita tu dari kawan admin. Macam-macam manusia sekarang.

Tu kat Klinik Bantuan Guaman. Yang haritu admin pergi Mahkamah Tinggi Syariah, lagi macam-macam. Jangan pulak korang terkejut tiba-tiba ada perempuan peluk korang dari belakang. Haa, tu sebab dia tengah lari or menyorok dari laki dia yang duk kejar dia kat dalam mahkamah sebab mintak fasakh.๐Ÿ˜น
Time ni pun bukan admin yang kena, tapi kawan admin. Kahkah, nasib baik pakai baju hitam putih dengan blazer ala-ala peguam la kan, so selamat diorang dari lelaki ganas tu. Tak jadi peguam lagi pun dah macam tu.

Tu apa yang admin dan kawan-kawan experience setakat ni. Kami tiga orang perempuan buat intern kat tempat sama tapi under supervisor lain-lain. Admin and kawan admin Syarifah under master yang sama. My master is such a sweet and knowledgeable person.๐Ÿ˜

    Admin dengan Syarifah dan Sarah. Tak ada gambar dengan master sebab tak nyempat dia banyak kes selalu๐Ÿ˜น

                       
Apa yang admin belajar kat sini bukan sekadar macam mana nak buka file kes, sediakan pleading and petisyen tapi jugak belajar macam mana kita nak apply law tu sendiri secara adil. Kalau dapat satu-satu kes ni, memang tak boleh main emosi dan sebelahkan klien je. Jangan start rambang mata nak kata klien kita semua betul. Kita ni la yang dalam masa yang sama jadi penasihat undang-undang. Tak boleh nak deny hak orang lain macam tu je dan percaya bulat-bulat kata depa.

Apa tak nya, datang court mintak fasakh, saksi dia pulak bercanggah dengan cerita yang sebelum-sebelum ni dia sampaikan. Kalau kita tahulah saksi macam tu boleh buat kes kita lingkup, cara saksi lain yang betul-betul boleh jamin memang betul apa yang si suami buat pada isteri sampai kes dia layak untuk mahkamah sabitkan penceraian under fasakh.

Ni pun satu lagi pasal hadhanah. Memang mak-mak tengah emosi sekarang cerai ngan laki tak nak kasi dia tengok anak-anak. Ada akak tu langsung tak nak bagi bekas suami dia tengok anak sebab dah ceraikan dia TENGAH JALAN. I was like,...what thee......

Tapi kena ingatkan dia, hak lawatan kita tak boleh deny sebab tu memang anak dia. Dalam masa yang sama kena nasihatkan dia hak lawatan ni walaupun diberikan kepada bapak dia tapi si ibu boleh tentukan bila masa dia boleh datang melawat. Dua bulan sekali pun tak apa. (Hak lawatan boleh dipohon kepada mahkamah oleh penjaga yang diberikan hak jagaan anak, tak kira ibu atau bapa kandung)

Baru-baru ni kecoh pasal satu kes kat JBG pasal si bekas isteri mintak mut'ah sampai rm 655 000. Mut'ah ni sagu hati (pemberian) pada bekas isteri dari bekas suami disebabkan penceraian itu telah menyebabkan kesedihan kepada diri dia. Jadi kecoh sebab apa? Mintak sebanyak tu sampai masuk Mahkamah Tinggi Syariah dengan bekas suami yang langsung tak bekerja. You expect him to pay pakai daun? Mut'ah ni tak kira la nak mintak berapa pun tapi berpada la. Banyak faktor-faktor nak dipertimbangkan. But, dalam masa yang sama kita tak leh pun deny isteri dia untuk dapat mut'ah.

Ikut la kalau klien kita tu kata isteri dia ni jahat masa dalam tempoh perkahwinan pun, tak boleh TAK BAGI LANGSUNG sebab mut'ah wajib ya wahai para suami. Macam solat la. Kalau dia sedar tu tanggungjawab dia, dia akan bagi kalau tak nak berdosa even isteri tak mintak pun. Kita sebagai lawyer pulak jangan duk sebelah klien kita sangat. Hangpa pun ikut setuju dengan cerita dia bulat-bulat and terus nak deny hak si bekas isteri. Tak boleh. Ni la kebanyakan peguam-peguam kita gagal untuk tengok hak kedua-dua belah pihak walaupun kita berada di pihak yang lain.

Admin pun cuba juga belajar dari kesilapan sendiri dan orang lain. Jadi peguam ni bukan nak gaduh sana sini kata pekerjaan ni satu langkah lagi nak ke neraka, tak! Bagi orang yang cakap macam tu, admin nak tengok setakat mana korang mampu bertahan tak upah lawyer untuk selesaikan masalah undang-undang korang. 

gambar admin dengan Syarifah



Macam ni la admin kata, anggap la profesion ni sebagai profesion di mana kami jadi wakil orang untuk selesaikan masalah antara dua pihak. Ala, macam cikgu-cikgu leraikan budak-budak gaduh berebut coklat. Haa..camtu ler.

Tu la serba sedikit admin boleh kongsi setakat ni. Sebarang masalah atau pertanyaan boleh comment admin or contact admin through fb pun tak apa.

Hopefully ada maklumat yang korang boleh ambik sebab admin tak specifically bagitau apa yang kami buat kat sini or procedure bagai sebab bosan kan nak baca. Ok korang. Wassalam.

*Doakan admin jadi lawyer yang diredhaiNya







Thursday 20 October 2016

SEKOLAH PONDOK, SEJAUH MANA BENAR SANGKAAN KAU!

Bismillah hirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua! Wah excited admin bila dah start menulis balik. Despite of limited time I have, here I am, eating maggi cup and duk mengadap depan laptop nak tulis entry kali ni bagi hangpa semua baca. Pengalaman yang admin share ni harap-harap la semua baca dan teliti betul-betul. Kalau tak lenguh je tangan menulis (Pastu ada orang kecam sape suruh ko menulis. Tu sadis namanya)

Sebelum admin masukkkan kritik admin tentang sekolah pondok ni, izinkan admin merapu tentang status sekarang. Haha. Admin masih bujang..haha. Gurau. Tak kena mengenak tu. Admin sebenarnya baru je lepas mid test beberapa hari yang lepas. Sumpah criminal adalah subjek yang terpayah di dunia (Waa, nangis). Constitutional law pun exam hari yang sama tapi tak terasa susahnya sebab style jawapan macam true/false je (Biarpun soalan dia sebijik macam kau baca perlembagaan persekutuan, double nangis)

Ni pun sekarang admin 'diseksa' dengan ribuan eksimen dan ditambah pula tengah sakit sekarang. Nama je sakit tapi makan maggi tengah gigih gerakkan jari jemari nih. Ye la, admin kan dah janji nak kupas isu ni untuk korang. Based on my experience. So harap bermanfaat la ye untuk korang.

Macam mana admin boleh terfikir untuk buat entry ni setelah sekian lama mendiamkan diri? Jawapannya ialah tajuk ni la yang terlintas mula-mula dalam fikiran gua. Haha. Lepas tengok page blog admin kat fb dah makin sunyi admin pun decide la this title for today.
Tapi yes, mesti ada yang teka.."Admin ni mesti pergi sekolah pondok ni."
Sekali lagi yes. Admin semestinya akan tulis entry berkait dengan kehidupan seharian admin.

Sebenarnya, start masuk sem baru ni (now, 2nd year 2nd sem), admin telah menghadirkan diri ke program Pondok Sabtu disebuah tempat di KL. Nama institusi admin kena rahsiakan sebab isi yang admin nak kongsi mungkin boleh mencalar hati sesebuah pihak. Satu lagi admin tak nak kena saman. Huhu. Sejak belajar law ni macam tu je la pemikiran admin. Paranoid ke cautious?

So back to the main point, admin sertai program ni pun sebab kawan sebilik admin, si budak mengada sorang tu and tak lupa juga si gemok ajak la admin masuk program tu. Mula-mula admin macam tak nak pergi sebab ye la, jiwa I tak ke sana. Tak nampak lagi la seru tu. Lagipun admin credit hour untuk sem ni 22.5! Giler tak banyak! Menempah maut macam sama banyak credit hour dengan budak law syariah pulak (T-T)
Tapi disebabkan kesungguhan dia, admin ikutkan je la. Lagipun duit biasiswa dah masuk. Huihui. Admin pun joinlah. Kawan kami yang sibuk ngan latihan Palapes dia pula yang sudi hantarkan sebab dia ada kereta. So senang la.

Admin tahu, mesti ramai di antara korang yang berpendapat bahawa sekolah pondok ni old fashion la. Macam zuhud sangat la and seriously mengantuk. Kadang-kadang ada juga yang mungkin berpendapat mereka ini 'anak cicit' ISIS ke, Wahabi ke. Haha. Ok, tempat yang admin belajar ni diiktiraf oleh institusi Islam Malaysia berserta pengiktirafan kitab-kitab daripada mufti neger-negeri tertentu so selamat.

*Smurf boleh menggeliat time ngantuk tapi admin??


Apa yang admin nak kritik tentang program pondok ni ialah dari segi kebaikan dan keburukannya. Orang kata kita ni lebih suka dengar berita buruk dulu dari yang baik kan? So similar approach done, admin cerita keburukannya dulu.

Eh, sekolah pondok pun ada keburukannya? Bukan diorang ajar dan belajar agama ke? Bukan ke jalan menuju ke syurga tu (nampak cliche tak ayat?) Meh sini admin nak bagitahu. Setiap mahkluk yang ada di muka bumi ni ada keburukan dan kebaikannya. Ok, keburukannya......

1) Tempat belajar yang tak kondusif.
Yes, ni definitely perkara pertama yang admin paling tak suka tentang sekolah pondok ni. Sekolah pondok ni di tengah-tengah bandar so jangan berangan la korang imaging pondok ni macam satu rumah panjang yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan nipah. Tak de la you alls. Kenal kan rumah kedai? Haa, macam tu la style dia. Ruang yes, memang la sempit tapi bayangkan admin kena duduk selama hampir tiga jam bersimpuh! Lepas tu tukar position bersila! Oh my Allah! Hari pertama admin join, memang mencabar hati dan keikhlasannya. So apa cadangan admin. Kot ye pun belajar asyik duduk je, bagi la kami bergerak sana sini sikit. Ni pegun je. Kami bukan almari!


 *dari mr.google

 
2) Terlalu malu or zuhud?
Ni memang ada kaitan dengan point pertama. Bayangkan korang static dalam masa dua ketiga jam tu and then ustaz-ustaz semua cakap slow-slow. Bukan suara slow tapi aturan ayatnya tu. Ya Ampun! Ni lagi satu. Pastu kan admin macam terpaksa pandang lantai dan say 'hi' to that tikar getah so kami boleh berkenalan dengan lebih lanjut. Maksud admin ialah, semua orang dalam kelas tu like malu nak pandang muka masing-masing? And I was like...what? Kita kan belajar. So lama-lama apa yang admin buat, admin pandang je muka ustaz tu bila dia mengajar ke tak ke. Tu lagi ok daripada terus mengalami kekejangan otot pada bahagian tengkuk.

 *kalau segan sangat boleh cover kepala dengan kotak kot (opps, sorry deep)

3) Old fashioned.
Ni common la kan. Yes, admin pun rasa macam tu. Admin tak kata yang pembelajaran Islam itu old fashioned. Nauzubillah, tak ada niat admin macam tu. Apa yang admin cuba untuk sampaikan ialah dalam pengajaran kitabnya, ustaz-ustaz tu semua suka tau make things complicated. Dalam Islam benda tu sangatlah mudah tapi diputar belitkan dan akhirnya student tak faham. Lagi satu penyampaian ideanya kadang-kadang admin tak setuju sebab tak sampai maksudnya. Sebab tu ramai yang berguru di pondok akhirnya sesat sebab salah tafsir! Ajaran dah betul tapi explain la sikit bang ustaz. Ada banyak kemungkinannya. Sebagai contoh, kita sebagai umat Islam bergantung pada takdir. Jika pada awalnya Allah menciptakan takdir kita untuk tidak berjaya dalam sesebuah exam tu, maka kita tidak akan berjaya pada akhirnya. Kan macam weird je tu. Explain la balik dengan cara ini: Tapi ini tak bermakna kita tidak perlu berusaha. Usaha itu penting. Selepas itu diiringi dengan tawakal kepada Allah. Pastu ada banyak lagi idea ustaz-ustaz kat situ yang admin tak setuju tapi tak ingat dah. Huhu.

4) Muda-muda semua!
Seriously, ustaz kat situ baya admin. You know what, admin insecure. Bukan jatuh cinta ke apa walaupun hakikatnya dah tangkap cintun dengan sorang ustaz ni tapi alamak, dah nak jadi laki orang. Admin pun memain je. Kihkih. So, bila macam ni la gayanya admin lebih prefer kalau jemaah lelaki dan perempuan diasingkan dan diajar ikut jantina masing-masing. Bukan apa, sebab kita akan jadi lebih selesa nak meluahkan pendapat dan bertanyakan soalan. Ni tak, dah la masing-masing menunduk je. Admin, I just don't care. Aku tenung je ustaz muda kat depan aku tu. Ye, betul la kata orang belajar dari siapa pun tak kira usia still bermanfaat tapi kalau ada alternatif lain why not? Tak kan dua tiga ustazah je dalam institusi diorang ni? Tapi bila Sheikh ajar admin enjoy sebab dia dalam 40 an macam tu dan isi dia lebih padat of course.

5) Boleh pula kau asyik duk "Walahu'alam."
Adoi (sigh)....
Bila ada orang tanya soalan, dia tak dapat jawab. Admin tak kisah lagi yang tu. Tapi bila orang dah tanya tu pandai-pandai la catat dan mula bermusyawarah dengan rakan-rakan seangkatan lain macam mana nak terangkan sesuatu prinsip akidah atau fiqah tu. Ni tak, kawan admin pulak yang terangkan pada kelas apa itu 'illah' sebagai contohnya. Mengeluh lagi. Macam mana orang nak respect kalau gini la gayanya.  Ni buat admin makin tak respect dan tak ikhlas nak belajar.

6) Hafazan
Ya Allah, ni part admin yang paling lemah. Kelas aqidah, fiqah dan seangkatan dengannya ini bermula hari sabtu yang supposedly admin berehat dan belajar law tapi korbankan juga masa memandangkan ini ilmu fardhu ain. Jadi admin harapkan bila pergi pondok ni kita boleh restkan mind sebab kita dekatkan diri dengan Allah kan. Tapi alihnya kena hafal kitab? Satu bijik kitab tu. Like, seriously I'm dead. Ok, admin boleh terima dia kata kalau tak hafaz ni tak masuk dalam otak belajarnya tapi that's not the only way you get on earth? Admin tak pernah masuk hafazan sekolah rendah dulu sebab I'm bad at memorizing verses or Arabic Language. Jangan kata mentang-mentang admin student law senang je hafal. Law bukan menghafal ye sayang. It's about undertanding it.  Ok, tak pe. Admin ketepikan dulu perasaan negatif tu and kita hafal je. Tapi admin rasa kecewa bila mana ustaz suruh hafal matan sahaja! Matan ni bahasa Arabnya lah. Dah tu kalau tak ingat, tak ada option ke kalau kita nak mengingat dari segi maksudnya? Acceptable kan. But they don't!

Fuhh..puas duk luas rasa hati yang membara. Eheh..tapi jangan sangka admin sampai ke sudah tak ikhlas belajar kat pondok ni. Tu sebab admin nak buka cerita pasal kebaikannya.

1) Isi masa lapang
Bagi admin ni, hari jumaat tak ada kelas melainkan ada lecturer buat ganti. So biasenya admin akan melepak je tengok cerita korea or apa ke. Tak pun buat cerpen. So sabtu tu kiranya ruang terisi dengan pembelajaran kat pondok ni. Jadinya, aktiviti tak berfaedah ni dapat admin singkirkan. Alhamdulillah. Rasa macam berbaloi sangat walaupun sesi yang admin amik separuh masa je. Jadi bagi sesiapa yang rasa buang masa banyak tu bolehla korang try join program keagamaan sebegini. Masa kita pun tak lama dah nak menuju ke alam seterusnya so why not for a day in a week we do goodness. Mula-mula tu memang tak ikhlas tapi ikhlas itu boleh dipupuk.

2) Fardhu Ain lebih mendalam.
Dalam hidup kita ni aqidah dan fiqah boleh kata subjek yang paling kritikal and needed dalam hidup kita. Sebab apa? Sebab dia berkait dengan iman kita dan ibadat seharian kita dengan Allah. Banyak perkara baru yang admin belajar dan sememangnya benda tu wajib kita ketahui. Kalau korang kata belajar pondok ni sama je belajar kafa sekolah rendah dulu, korang totally wrong. Sebab apa? Sebab banyak benda wajib yang tak cover masa sekolah dulu. Contoh kata, kita sering dengar Allah ni ada di mana-mana. Tapi sebenarnya itu ialah penyataan yang salah. Sebetulnya Allah wujud tak bertempat. Kalaulah kita kata Allah itu wujud di mana-mana maka Dia seperti udara sedangkan Dia tidak pernah menyerupai makhluk ciptaanNya. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh komen kat blog admin and tanya. Takut korang nak more details.

3) Terdedah dengan ajaran palsu masa kini.
Ni korang jangan salah baca pulak. Maksud admin ialah ustaz-ustaz kat pondok ni banyak dedahkan cara mengenal yang mana ajaran Islam yang betul dan salah. So kita akan aware dengan ajaran yang entah apapa sekarang ni. Ada golongan Mu'tazilah dan sebagainya yang telah membawa ajaran yang terpesong daripada agama Islam yang syumul.

4) Kuatkan daya ingatan
Insya allah ni admin tak tipu. Tadi kan admin ada kutuk pasal hafazan tu. Dulu admin rasa hafazan tu sangat membebankan sebab ye la, kita student jadi banyak lagi ruang otak nak guna untuk hafal benda lain (INI SALAH!). Sebaliknya, hafazan ini menguatkan daya ingatan kita dan akan bantu kita dalam subjek-subjek lain. Kalau tak percaya cubalah. Tapi dengan syarat kena ikhlas la.


*dari mr.google

Panjangnya menaip. Sekarang pun dah pukul berapa ni. Time to slepp.. (o..o)zzzzzz
Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut untuk sebarang aqidah atau bab ibadat ke, boleh tanya admin di bahagian komen. Korang pun boleh request kalau nak admin tulis satu entry khas buat ilmu yang admin belajar di pondok setakat ini. Jadi pengajaran kali ini dari hadith Rasulullah s.a.w, "Belajarlah sehingga ke negeri China."
Ada kaitan ke? Mesti la ada kaitan. Kita belajar ni tak habis-habis ilmunya. Ingatkan dah perfect dah bab aqidah ibadah ni tapi bila time kahwin tergugap-gugap. Haa, baru hangpa tau. Don't worry. Belajar pondok ni tak heavy yang macam kamu fikirkan. Kita bukannya belajar kitab yang dah advance tapi dalam tu sama macam kat sekolah qafa dulu cuma ada penambahan terperinci. Contohnya bab fiqh wanita, bila tarikh suci kita sebetulnya lepas period dan sejauh mana kita kena qada solat kita selepas suci dari haid. Tu semua akan terjawab dalam kitab-kitab tu.

Setakat tu saja entry admin kali ni. Moga bermanfaat. Admin nak tegaskan yang post admin ni bukan untuk korang jadi keyboard warrior yang menyakitkan hati dan viralkan benda yang tak betul. Kritik admin ni tak ada kena mengena pun nak kata admin ni menolak ajaran pondok ke apa ke cuma zaman yang dah berubah ni, pemikiran kuno mereka perlulah diubah dan style pengajaran pun berubah lah. Buat lawak sikit ke, ni hambar je, sebab tu ngantuk. Kepada tenaga pengajar pondok yang mungkin baca post ni, harap-harap ada improvement dari pihak tuan puan sendiri. In sya allah, kalau pemikiran lama berubah makin ramai anak muda nak join pondok. Sekian, ni kisah admin, kisah korang pulak? Wassalam.



Friday 13 November 2015

CERPEN: KEMBALI 'MENDENGAR' TUHAN

Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum to my readers. Finally admin ada masa untuk diri sendiri. Fuhh....semalam baru lepas mid sem test. Alhmadulillah ada yang boleh jawab tapi admin kesal la tak dapat jawab dengan baik bila berkenaan dengan authority quranic verse. Bagi ayat quran lain admin salah tafsir pulak (T^T). Rasa nak menjerit pun ada. Sebenarnya admin takut kalau lecturer yang ajar admin subjek tu kata admin tak tumpukan perhatian masa kelas dia. Ye la, sebenarnya admin ada buat silap jugak masa kelas tutor dia. Dia tanya soalan lain, admin jawab lain pulak. Hisy...hisy..hisy..

Tapi tadi dah energized balik bila menghadirkan diri dalam kelas Leadership and Management pagi tadi (kelas kokurikulum admin). Kitorang dalam kelas suppose to present whatever topic that we choose untuk markah presentation dalam kelas. So, ada la seorang brother ni bercerita tentang barakah. Apa-apa yang kita buat, exam terutamanya walau usaha dah tahap dewa, kalau tak dapat barakah tak guna jugak. Mungkin kita sendiri tak dapat A. Memahami konsep barakah tu sendiri perlu ada dalam setiap diri pelajar. As long as we study hard, respect others, mintak la dengan Allah keredhaanNya. Mana tahu kita tak dapat perform well in exam, ehh tup...tup dapat A paper yang kita jangka akan fail. Not impossible ok. So, tu la kata-kata smangat daripada admin untuk kembali reflex apa yang admin buat hari ni untuk mendapat barakahNya and peringatan untuk pembaca setia admin jugak.

Enough for today. Tetiba korang rasa admin banyak pulak membebel untuk hari ni kan. Hehehehe. Seperti yang admin janji pada entry yang lepas, admin akan post my new cerpen. Jadi sudi-sudi la baca ea. Kepada yang membaca cerpen admin and komen admin ucapkan bebanyak terima kasih. Rasa macam bersemangat untuk create the new one. So, please enjoy the short story below.


KEMBALI 'MENDENGAR' TUHAN

    Hidup umpama roda yang sentiasa berputar.  Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah. Betullah kata-kata pujangga yang suatu ketika dahulu digunakan untuk menggambarkan kehidupan. Ramai yang menggunakan kata-kata hikmah itu untuk dijadikan nasihat bagi sesiapa yang merasakan kegagalan dan kemenangan. Ia memberi makna, tidak selalu hidup kita ini akan selalu dikelilingi dengan nasib yang baik. Kadang-kadang kita juga akan dihujani dengan kepayahan dan pahit getir.Namun pada tahun 2040 ini, ia menyaksikan 'kebenaran' di sebalik kata-kata itu. Tidak ramai yang percaya kata-kata itu menimbulkan rasa takut yang suatu hari nanti kita akan melalui saat dimana islam itu jatuh.
    Zaman ini manusia sibuk benar dengan bangunan-bangunan yang mereka bina, perniagaan yang semakin rancak dan ekonomi yang semakin membangun. Manusia terlampau sibuk memikirkan pasang surut 'saham dunia' ini dan ada juga yang berfikir bagaimana untuk terus selamat daripada tenggelam dalam arus pembangunan kini. Begitulah juga keadaan keluarga Sam. Ayahnya begitu sibuk dengan perniagaan dan begitu juga ibunya. Setiap tahun ayah akan berpindah ke rumah baru, seolah-olah kedudukan dan kebesaran rumah mereka diukur melalui keuntungan perniagaan ayahnya. Kali ini kereta mewah ayahnya dipandu secara automatik ke arah sebuah rumah agam yang mewah. Kata ayahnya, rumah itu telah diubah suai menjadi lebih gah. Pekarangan rumah itu dihiasi dengan pancutan air di tengah-tengah halaman rumah.
    Mata Sam melilau melihat sekitar rumah itu dari dalam perut kereta. Ayah sibuk dengan telefonnya, bercakap tentang perniagaannya. Ibunya disebelah sibuk dengan komputer ribanya. Barangkali mengemas kini data-data, mengira keuntungan yang ayah dapat hasil titik peluhnya dan duit keluar masuk keluarga. Sam menongkat dagunya di cermin kereta. Sekali lagi matanya memandang ke atas, mengira berapa tingkat rumah itu ada. Ibunya keluar dengan tas tangannya dan mengarahkan pembantu rumah mereka mengangkat segala jenis beg di bonet kereta. Sam masih tetap pada posisinya sehinggalah ibu melaung kuat ke arahnya, memaksa dia membuka pintu kereta dengan malas. Sam rasa penat setiap kali mereka berubah tempat tinggal. Sam juga benci bila dia tidak dapat mengenal lama budak-budak sebaya dengannya di sesuatu tempat.
    "Sam, ambil beg kamu dan bawa masuk ke bilik. Bilik kamu di wing west ye." Ibu sempat lagi berpesan supaya dia mengemas sendiri beg pakaiannya di dalam bilik yang sudah ibunya tetapkan. Sam sekadar mengangguk. Malas untuk bercakap banyak dengan ibu bila mata ibunya itu dari tadi tidak berubah posisi mengerling ke mana-mana kecuali pada tab di tangannya. Sam mengheret beg berodanya ke arah barat rumah itu. Geseran roda pada lantai rumah itu menghasilkan bunyi seperti orang mencakar cermin. Ayah menegurnya agar dia berhati-hati mengheret beg itu sambil tangannya menutup sebelah telinganya. Sam tidak peduli teguran ayahnya dan berlalu menuju ke biliknya.
    Sam tolak kuat daun pintu yang berukir corak bunga itu. Di dalam bilik itu dihiasi dengan lampu mewah dan katil bersaiz king. Ada sebuah rak buku penuh dengan pelbagai jenis buku tersusun rapi di sebelah ruangan bilik persalinannya. Sam menghempapkan dirinya ke atas katil empuk yang besar itu. Sebelum ini sudah dia minta dengan ibunya supaya memberinya katil yang lebih kecil. Apalah gunanya sangat katil sebesar itu dengan badan budak 10 tahun sepertinya. Hanya memenuhi suku daripada katil itu. Matanya memandang syiling berwarna emas itu. Setelah bosan, dia bangkit menuju ke arah rak buku. Tangan kecilnya menyentuh buku-buku itu sehinggalah dia mencapai satu buku yang berada di bawah dan paling hujung rak itu. Dia membelek-belek buku itu. Satu pun dia tidak faham. Dengan tulisan berangkai dan titik-titiknya. Tetapi entah kenapa Sam rasa tulisan itu cantik.
    Sam mendakap buku itu erat ke dada sebelum dia memanjat duduk di tingkap biliknya yang besar itu. Dari situ, dia boleh lihat sisi pagar rumahnya yang mula-mula mereka masuk tadi.Tebal juga kabus pagi itu. Entah kabus ataupun jerebu, dia rasa sama sahaja. Sekali lagi dia membelek helaian buku itu. Kenapa sebelum ini dia tidak pernah nampak tulisan asing ini? Bahasa perancis ke? Bukan. Ataupun bahasa Tamil? Bukan juga. Sam mengeluh dan sambil itu tangannya mencapai bunga-bunga kecil berwarna biru yang meliar di dinding luar bilik itu. Dia memandang ke arah pagar yang mulai hilang diselimuti kabus. Dari kejauhan dia nampak kelibat seseorang. Sam mengecilkan matanya dan sekali lagi dia nampak seseorang berdiri di luar pagar rumahnya. Eh, kali ini dia nampak seorang budak lelaki yang lebih kurang sebaya berselindung di sebalik orang tua yang berpakaian putih itu.
    Matahari muncul dari arah timur perlahan-lahan menerangi kawasan rumah itu. Sedikit pancaran matahari mengenai matanya menyebabkan matanya perit seketika. Ketika itu juga dia nampak dua orang lelaki itu beransur pergi dari situ. Sempat lagi budak yang tidak dikenalinya itu berpaling dan tersenyum. Sam mengenyeh-ngenyeh matanya beberapa kali. Ingin kepastian dia bermimpi, berkhayal ataupun bukan. Sekali lagi budak itu berpaling sebelum wajah suci itu dilindungi lengan baju orang tua di sebelahnya.

    15 tahun sudah berlalu dan Sam masih dirumah yang sama. Entah mengapa dia rasakan rumah itu istimewa lantas dia memujuk sedaya upayanya agar ayahnya membeli rumah itu sebagai harta tetap bagi keluarganya. Masih terbayang-bayang wajah budak lelaki yang melemparkan senyuman kepadanya saat kali pertama berada di situ. Dengan susunan perabot dan katil yang sama, Sam membuka luas tingkap kaca itu sekali lagi. Pagi ini sama seperti saat pertama kali terpandang wajah budak itu. Berkabus, sejuk dan tenang. Jarang sekali dia ingin menghirup udara sesegar ini sewaktu dia belajar di London tak lama dahulu. Sam masih mendakap buku asing yang menarik minatnya semasa dia kecil dahulu. Ingin sekali dia mencari seseorang untuk mengajar dia bahasa asing ini. Sedang asyik mengimbas memori lampau, ada tubuh seorang lelaki berada di luar rumah itu sekali lagi. Sam berpaling ke arah pintu pagar itu. Kali ini dia hanya nampak sesusuk tubuh badan dan kali ini lelaki itu jauh lebih muda jikalau ingin dibandingkan dengan orang tua 15 tahun yang lalu.
    Apabila diperhatikan lagi, dia menangkap senyuman yang sama dia terima suatu ketika dahulu. Kali ini tidak seperti dahulu, dia melompat ke luar tingkap dan menuju ke arah lelaki itu yang baru sahaja ingin mengorak langkah pergi.
    "Nanti! Kau, 15 tahun lepas..." Sam bersuara, menyoal untuk mendapatkan kepastian. Lelaki berkulit cerah di luar pagar itu berpaling seraya mengangguk.
    "Ya, saya. Alhamdulillah saudara membesar dengan baik sekali."
    Sam tersenyum. Dapat bercakap dengan 'kawan khayalannya' terasa bagai mimpi. Tapi perkataan itu, alhamdulillah? Mengapa begitu asing di telinganya? Setahunya tidak pernah dia berjumpa dengan mana-mana perkataan itu sebelum ini. Mahu di surat khabar ataupun kamus dan buku-buku.Sam berfikir sejenak sebelum matanya terpacak pada sebuah buku yang dipegang oleh lelaki di hadapannya. Matanya membulat. Buku itu buku yang sama dia jumpa dan teliti sepanjang dia hidup. Sentiasa dibawa hingga merantau ke negara orang putih semata-mata ingin memuaskan kesangsiannya.
    "Itu...buku apa itu?" Sam menuding jari ke arah buku yang dipegang pemuda itu. Sam membuka pintu pagar yang memisahkan mereka dan mendekatinya.
    "Oh, ini buku Allah, al-quran." Jawab lelaki itu tersenyum. Masya Allah, mungkin inilah sebab datuknya mengasingkan dia dari dunia luar. Dibawanya ke suatu tempat belajar ilmu agama, diasuh dan dididik tentang agama Nabi Muhammad s.a.w. Sehingga sekarang manusia masih alpa. Masih lagi Islam tidak bergerak ke puncak. Dia masih ingat kata-kata datuknya yang menyuruhnya menyambung perjuangan mereka agar manusia kembali bertuhankan Allah.
    "Allah? Al-quran? Buku kau sama dengan aku. Sudah lama aku mencari maksud yang terkandung dalam buku ini. Mungkin pertemuan kita 15 tahun dulu menjadi jawapanku pada hari ini. Siapa namamu?" Sam sedikit teruja. Rasa ingin tahu tentang al-quran rasa membuak-buak dalam hatinya. Memandangkan sekarang dia sudah bertemu dengan orang yang memiliki buku yang sama dengannya, mungkin dia dapat belajar sesuatu daripada kawan yang baru dikenalinya itu.
    "Namaku Riyadh al-Fatah, dan kamu?"
    "Aku Sam." Nama yang diberi ibu bapa Sam. Walaupun berbangsa melayu dan didalam kad pengenalannya tertulis Islam, tidak pernah dia tahu apa itu Islam.
    Sam mengajak Riyadh masuk ke rumah agam yang besar itu. Sejak hari itu, Riyadh mengajar Sam tentang Islam. Agama yang selama ini terselindung, pupus dimamah usia dunia yang semakin menenggelamkannya dari pengetahuan manusia. Hanya kerana semua manusia sibuk dengan hal keduniaan, azan-azan tidak lagi berkumandang. Masjid-masjid juga tiada yang dikunjungi, yang ada pun dilitupi hutan belukar. Subhanallah, sedih hati Riyadh bila mengimbas kembali pengalamannya menjelajah pelosok negaranya ini. Tempat rumah agam yang selalu dijenguk arwah datuknya dahulu tempat para ulama berkongsi pendapat tentang islam. Tetapi akhirnya lupus, diganti dengan rumah agam mewah ini. Kata arwah datuk, segala memorinya tentang Islam terbayang di sini. Namun sejak bertemu Sam, dia rasakan masih ada harapan untuk dia terus mengembalikan Islam supaya dikenali orang. Bak kata-kata Hang Tuah, tak akan melayu hilang, bukan itu sahaja yang perlu diambil kira. Namun, Islam terlebih dahulu perlu dibangkitkan semula.
    Setelah beberapa lama mereka bertemu dan berkongsi ilmu, Sam merasakan hidupnya yang dahulu sepi kembali terisi. Pernah juga dia bertanya kepada Riyadh mengapa tidak ada seorang pun di negara mereka ini mengenal Islam. Riyadh memberi jawapan, kerana nenek moyang kita dahulu menjadi alpa dan leka. Sibuk ke hulu ke hilir mencari kemewahan sehinggakan al-quran jarang disentuh, kalimah Allah jadi jarang disebut. Maka, hilanglah ingatan anak cucu cicit mereka tentang Islam dan Islam menjadi agama minoriti bahkan tidak dikenali orang.
    Mendengar kata-kata Riyadh itu, Sam berazam untuk menyebarkan dan meneguhkan islam kembali. Misi dia dan rakannya bermula buat kali pertama. Sam sedaya upayanya menarik kembali ibu dan ayahnya kembali bertuhankan Allah. Sam memegang bahu sahabatnya. Mereka duduk di balkoni menikmati kesegaran alam selepas solat dhuha sebentar tadi.
    "Riyadh sahabatku, aku sudah membuat keputusan untuk mengikuti perjuanganmu."
    Riyadh tersenyum. Dia gembira kerana dapat menyakinkan Sam tentang perjuangannya.
    "Alhamdulillah syukur sahabatku. In sya allah, kita bakal mendengar kembali perkataan Allah di bibir masyarakat kita."
    "In sya allah, dan ini bakal jadi misi kali pertama kita iaitu mengembalikan Islam ke puncak roda. Bukan ke puncak roda, namun hingga ke langit ke tujuh agar tidak akan lagi pernah runtuh." Sam bersemangat. Laungan Allahuakhbar bergema di rumah itu, menyaksikan dua pemuda ini berusaha menghulurkan tali menuju Allah...kembali.