ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Monday 21 October 2013

JATUH CINTA DENGAN MR DANBO

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum and hai!!

Apa yang ceria sangat dengan admin ni ye?? Sebab jatuh cinta? Haha, x pun..ni saja je untuk title entry biar nampak fun sikit..hehe...
Memang admin fall in love pun tapi dengan ni...

Hehe...comel kan..huhu...admin suka dengan danbo ni..dulu masa first tengok kat cover fb kawan pastu selalu sangat kat wall dia ada gambar danbo yang comel ni tapi tak ubah macam MR.LONELY..
Admin dah lama tahu pasal danbo ni tapi baru hari ni dapat update cerita pasal dia..(penting ke??)

Apa je yang admin rasa nak share and luahkan, admin akan tulis kat blog ni..why not? Someday bila admin dah tua ni la bukti kenangan admin semua..ecehhhh...haha..

Mr.danbo ni sebenarnya mengingatkan admin pasal bantal domo yang kawan-kawan admin bagi sempena hari lahir admin tak lama dulu..bila dah search pasal danbo ni rupanya dia ade kaitan jugak dengan danbo ni sebab ada wallpaper diorang..so cute!
Admin sebenarnya teringin sangat nak ada bear..huhu..x pernah dalam hidup admin ada patung bear yang lembut tu...

Hari tu sebelum cuti admin yang panjang ni..(sebab tu tak pernah berenti nak update blog ni), roommate admin Balqis ada bagitau masa family dia pergi UK ke US ( admin tak ingat) diorang pernah la pergi kedai teddy and buat sendiri patung tu..best nye kalau admin ada pengalaman tu..dia cakap dia tak suka, so admin  mintak la dengan dia...

"Kalau kau tak nak simpan, bak la aku...tak payah la aku nak beli or tunggu jatuh dari langit..kihkih"
Tak malu kan admin tapi betul apa, teddy bear sekarang mahal..yang kecik saja dah capai RM 30..(mahal la bagi admin)
So Balqis kata....

"Ok, insya Allah aku bawak ye..tolong ingatkan.."
Bila dah dapat respon macam tu apa lagi..YEAAAAA!!
Haha...Balqis siap tanya lagi nak warna putih je, brown ke. Admin pilih je la warna gelap sikit nanti kalau warna putih susah nak jaga..

Waa..tak sabar rasa nak peluk teddy..kihkih..macam budak-budak kan...ye la, admin ni dari keluarga sederhana je, nak dapat patung bear tu mengharapkan mimpi je la (ye ke admin pernah mimpi patung bear..haaha)

Apa pun, tu salah satu wishlist admin...banyak lagi wishlist  admin yang lain..yang Allah dah makbulkan terlalu banyak..
Antara wishlist yang dah termakbul dalam hidup admin ialah:

1) Dapat 5A dalam UPSR
2) Belajar kat sekolah yang cemerlang
3) Dapat 8A dalam PMR
4) Pegang jawatan tinggi kat sekolah menengah
5) Dapat 9A dalam SPM
6) Belajar bahasa arab
7) Belajar kat universiti yang bagus

Amboi, admin siap list lagi haa..sebenarnya banyak lagi..hehe..tapi setakat ni yang main semua tercapai...alhamdulillah syukur nikmat pada Allah. Kalau admin dapat semua tapi tak ingat Allah tak guna jugak sebab setiap benda yang  berlaku adalah dengan izinNya..Allah kan dah pernah berfirman,
"Berdoalah dan nescaya Aku akan kabulkan"

Tapi jangan upset kalau certain benda Allah tak makbul..macam admin nak makan steambot masa annual dinner dulu tapi tak dapat..baca la ayat yang begitu bermakna dan memberi semangat untuk admin ni:

" Bila Allah memakbulkan doamu bermakna Allah menyayangimu,
  Bila Allah lambat memakbulkan doamu bermakna Allah ingin mengujimu,
            Bila Allah tidak memakbulkan doamu bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
         
             Jadi, sentiasalah bersangka baik pada Allah.."

Itu saja dari admin untuk entry ni, hopefully ayat kat atas tu dapat bagi semangat kat sesiapa yang membacanya jugak...Wassalam..

Sunday 20 October 2013

DILEMA SEORANG BEKAS PELAJAR...

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Ape entry kali ni? Macam lain macam je bunyinya kan..haha...mesti mana-mana person yang baca entry admin ni tertanya-tanya.."eh, cerpen ke ni? Or novel"...
Eh..bukan ye..hehe...ni kisah yang berlaku pada admin..admin dalam dilema tau semalam..
Admin rancang dengan kawan-kawan sekolah menengah admin nak pergi lawat MRSM QBER tapi em...
Call punyer call semua tak jadi nak pergi..huhu..kawan yang admin maksudkan ialah kawan yang satu universiti dengan admin...

Bila dah tak jadi admin pun call la orang lain, berharap ada schoolmate perempuan admin yang cuti sama dengan budak uia ni...ada tu ada tapi masing-masing busy..
Ada kawan tu sorang buat lesen kereta la, kat kelantan pulak tu..(tempat tinggal dah dekat dah dengan admin tapi melencong jauh pulak dia)

Perasaan admin membuak-buak nak pergi jenguk cikgu-cikgu kat sana. Masa graduasi adik hari tu pun jumpa dua tiga orang je cikgu...tak puas hati lagi..tambah pulak admin pegang amanah orang suruh kirim salam kat cikgu la..
Yang paling sedih tak dapat tunaikan ni...
"Nik, kalau kau jumpa adik-adik junior yang tanya pasal aku kata je kat diorang aku tak dapat datang and kirim salam sekali ye"..

HUWAAA!!! Masalahnya aku tak tahu lagi nak pergi ke tak ni??? Tengok muka pun tak pasti lagi..
Hari tu jugak admin bukak fb tengok kalau-kalau ada budak perempuan batch admin yang pergi.
Admin pun nampak la satu gambar ni...budak lelaki semuanya bergambar kat padang (not la all batch tapi ramainya lelaki, mana perempuannya??)

Admin ada jugak call kawan admin nama Suaidah tapi dia pulak tak nak pergi..dia kata kalau kitaorang je perempuan tak best la pergi tambah-tambah kalau ada dua orang perempuan je ada di sebalik 'gerombolan' lelaki tu...dilema ni dah melanda jiwa sangat-sangat tau..huhu..

Lama jugak la admin fikir nak pergi ke tak..sampai berkerut dahi ni...macam pak cik ni haa..


Tapi admin tak gila lagi..haha..(nasib baik)
Bila dah tak ada yang nak pergi, tak ada geng yang ngam so admin buat keputusan untuk TAK PERGI..(melepas admin nak jumpa crush admin..huhu..niat dah jahat kat situ ..)
Haha..admin ada suka someone tapi biarlah rahsia bak kata Datuk Siti Nurhaliza..haha...

Suka kan fitrah manusia, admin tak dapat lari tapi kan the best lover for me is Rasulullah s.a.w...
Macam mana pun kita suka kat orang tu Allah la tempat paling tenang untuk luahkan perasaan tau..
Haaa..admin terbabas dari landasan entry..haha..

Nak dijadikan cerita hari ni admin ada mesej schoolmate lelaki admin (jangan salah faham ea..bukan pak we, ee..tak kuasa admin)
Admin tanya la dia ada pergi tak maktab..mesej punyer mesej dia kenakan admin (kurang asam itu budak)
Nak je admin tamah asam dengan garam kat mutut dia sikit..lada tak main la..haha..
Dia suruh admin pergi maktab sebab dia kata ramai jugak budak perempuan batch admin yang pergi hari ni (rasa menyesal la pulak tak pergi..kihkih)
Masalah admin tak ada kenderaan nak pergi, nak drive ngeri..(hampir nak langgar buntut kereta orang masa first hari raya aidilfitri)
So, admin suruh la dia datang ambik kat rumah ni..dan apa dia jawab kat admin...

 "Bereh..jap ea, aku ambik basikal aku ambik kau.."
DUSHHH!!!
Macam kena tumbuk kat pipi je rasa.....( -_-)
Memang esok pun tak sampai..annoying betul..haha..tapi admin except je gurauan dia..
Itu je la cerita DILEMA SEORANG BEKAS PELAJAR ni..hehe..bukan cerpen or novel cuma kisah hidup admin...

Apa yang admin dapat dari peristiwa hidup admin ni, kita sebagai manusia hanya merancang je kan...walaupun admin nak sangat pergi ke sekolah lama admin tu tapi tak kesampaian..macam dalam surah al-baqarah ayat 216, Allah berfirman mafhumnya:

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.."
 Haa....bagi pembaca entry ni renung-renungkanlah dan selamat beramal..
Wassalam..



Tuesday 15 October 2013

TRUTH AND DARE GAME AFTER EXAM.

Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...


Akhirnya admin berjaya jugak habiskan paper exam admin..paper terakhir adalah pada 11hb Oktober iaitu paper Law & Society (abaikan bagi yang tak berminat atau tak tahu..hehe)

Masa admin jawab kertas soalan tu sejam awal dah habis dah menulis sebenarnya cuma nak lebih teliti check lagi berulang kali walaupun masa tu hati dah sampai ke Terengganu :
Kelas orang lain semua dah cabut dah..kosong tingkat atas tempat admin ambik exam tu..fuh!! Apa la yang diorang jawab...
Alhamdulillah paper law tu tak susah sangat macam yang admin bayangkan..baca punyer la banyak tapi masuk cippppuuttt je....haa....ni la, baca sekadar nak jawab exam je..hehe, jangan jadi macam admin tau..
Bila fikir balik kita ni kena la belajar sesuatu kerana ilmu bukan kerana nak exam semata-mata.
Admin nekad nak belajar untuk ilmu..haha


Nampak tak betapa nekad nye ayam ni...macam tu la admin..haha (bukan rupa ye)

Admin ni dah melalutkan..haha...pasal game TRUTH AND DARE tu roommate admin, Nora dah siap-siap bincang nak main game ni..bersemangat dia...kitaorang buat lepas exam tu jugak, kemas barang siap-siap and we start it..(admin dah siap-siap kemas sebab hari tu jugak naik bas, berharap sampai terengganu cepat nak tengok adik graduasi)

Memang fun game ni, mula-mula Nora yang semangat tapi bila dah main dapat soalan macam-macam dah mula kecut perut..Mira kata tak rasa mencabar sangat asyik pilih TRUTH je ni so we decide untuk buat DARE setiap seorang...macam-macam kena...ada yang kena berlakon jadi model, harimau seksi (can you imagine it???), ada jugak yang kena katakan 'i love you' pada orang yang tak diduga-duga..kihkihkih...

Anyway, admin sangat sayang pada roommates admin kat universiti ni but i never forget anyone yang sentiasa ada dengan admin dan yang pernah singgah dalam hidup admin..cuma admin doakan mereka yang terbaik dalam hidup...

Wassalam..






* terima kasih kerana ceriakan hidupku ^_^

TAK ADA AIR, DUGAAN EXAM...

Bismillah hirramanirrahim...

Assalamualaikum semua,

Kali ni entry admin meluahkan rasa sedih admin..huhu...peristiwa bertarikh 29/9/2013 (amboi, dah macam pengacara dah admin..kuang 3x)
Masa tu admin tengah struggle untuk exam admin yang bakal tiba pada keesokan hari nye..maklumla admin punyer markah masa trial tak sebagus orang lain..
Bayangkan admin dapat band 3 untuk 'data analysis'..hukhuk (T T)...
Tu salah satu bahagian yang admin kena belajar dan dapat markah yang tinggi untuk EXEMPTED (maknanya tak payah ambik lagi masa sem seterusnya, i mean Inggeris la..)

Admin bangun lambat time tu, dah bunyi dah suara riuh roommates kata tak ada air...biar duluuuuuu and dekat pukul 1 tengah hari jugak la bangun (hehe...jangan tiru aksi berbahaya ini)

Dengan mamai-mamai tu capai towel, roommates kata "Air tak ada la, dari subuh tadi lagi. Seluruh CFS ni tak ada"

Aduhai dugaan, time ni la kau datang..admin tak study apa-apa lagi pun tau. Nak study dengan berpeluh badannya memang tak la...huhu...
Sampaikan kitaorang kena pakai air kat pili bomba (sekali lagi, jangan tiru aksi berbahaya ini)
Haha..kitaorang sebenarnya tak dibenarkan pun sentuh pili bomba tu tapi kalau korang ada dekat tempat admin, apa korang akan buat??

Admin time tu dah nangis-nangis call mak....huhuhu....takut esok nak exam still tak ada air...parah la kalau macam tu!!


 Dengan tak ada makanannye.. air tak ada kafe pun tak boleh nak masak makanan..terpaksa la admin pergi keluar dari CFS IIUM dan makan kat kedai mamak dengan roommates..rasanya ada hikmah jugakkan...boleh rapatkan hubungan sesama ahli bilik..bukan senang nak lepak sekali ni..huhu...

Tapi alhamdulillah Allah makbulkan permintaan admin yang menangis-nangis ni (tapi tak lupa study masa tu..haha).....pagi esoknya ada air.

Admin harap sangat exam Inggeris hari tu mampu la memuaskan hati admin.
Pesanan buat sahabat-sahabat, rakan taulan ataupun yang datang singgah sebentar untuk cuci mata tengok blog ni..hehe...berdoa la ketika kita senang dan susah...nikmat kaya, sihat semua tu ujian jugak tau...so pray to Him no matter when or whoever you are...jangan ingat Allah masa susah je tau dan jangan sesekali mengeluh dengan segala ujian yang diberikan kepada kita...

Wassalam....