ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Tuesday 29 September 2015

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOREAN DRAMA


Assalamualaikum w.b.t
Panjang pula salam admin bagi kali ni. Maklumlah dah berjanggut korang semua tunggu admin update blog kan, tak nampak-nampak batang hidungnya. Hehehe. But admin ada communicate dengan for those who follow perkembangan blog admin kat fb. Kalau siapa tak follow tu memang tak tahu la apa admin berceloteh kat situ.

By the way, malas nak taip panjang-panjang ni. Sebab admin sebenarnya letih. Masa admin tulis entry ni adalah at UIA Gombak, Mahallah Salahuddin al-Ayyubi. Tapi bukan kat bilik sebab tak dapat lagi kunci biliknya. But don't worry, be happy coz internet ada!! hAHAHA...berguna betul untuk admin masa-masa cam gini ni haa...

Hari ni admin sambung, nak berkongsi pengalaman hidup admin la. Tengok tajuk pun macam dah best kan..haaa...for those kat luar sana, yang tengah ralit duk baca celoteh admin ni, especially girls mesti tak sabar-sabar nak tahu info apa yang admin nak kongsikan ni.

Of course la pasal drama korea. Kalau korang tertanya-tanya admin ni ada tak terfikir nak kongsi sikit cerita apa yang menarik perhatian latest ni? Of course la admin akan share jugak. (Aku tanya dan jawab sendiri..haha)

Ok, sekarang ni budak-budak muda suka sangat tengok drama korea kan. Admin semua suka, jepun, taiwan slow sikit tapi drama korea tu of course setiap kali masa lapang mesti admin nak  cari jugak. Selain daripada rancangan variety diorang.

Tapi biasanya peneman admin tengok cerita ni semua roommate dulu, Afiqah. Admin tahu cerita-cerita korea ni pun daripada dia. Heheh...roommates yang lain tak berapa. Budak law kadang-kadang memboringkan you alls...haha...gurau je. Diorang ialah kawan admin yang paling huha..huha kot...and paling penting sangat memahami and never leave anyone behind.

Ada jugak faedahnya tengok cerita ni semua.

1) Dapat isi masa lapang.

Betul apa admin bagitau kan. Biasa admin study dua jam pagi, dua jam malam...admin tak boleh macam kawan rapat admin tu sorang (si comot Zie), admin respect la dia. Study gempak, result pun fuhhhh.....admin cukup-cukup makan je. Alhamdulillah.
Jadi, apa yang admin buat masa free, tengok drama korea la. Memang banyak lagi aktiviti lain yang korang boleh buat. No hal, buat la aktiviti kegemaran korang masa free. Biasanya admin kalau time makan mesti nak ada walaupun short story depan mata, macam lebih berselera. Emm, maafkan admin kalau ajaran ni ajaran sesat. Under age jangan ikut..hehe

2) Belajar bahasa asing dengan sendiri

Ya, betul tu. Admin jenis orang yang suka belajar ikut apa jua keadaan sekalipun. Walau tengok cerita macam mana sekalipun nak kena tahu sebut dan tahu maksud. Contohnya filem orang putih, depan admin memang tersedai kamus dwibahasa nak tahu apa yang geng-geng depa duk cakap. Tak tahu maksud carilah kan. Kalau korea pulak? Kan ada sarikata. Sebaik-baiknya korang tonton drama bersiri tu yang berbahasa inggeris. Bukan kata tak sayang bahasa ibunda, tapi why not we learn international language?
Admin sampai sekarang kadang-kadang boleh faham cerita korea tu tanpa sarikata. Ada kawan admin ni lagi dahsyat, boleh translate lagi kat kawan-kawan lain yang duk chung cheng chung chen..sayur..sayur depan laptop tu apa maksud dia.Haha...korean language is a fun language.

3) Menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang

Haaa..ni pun tak tipu. Banyak kan cerita korea yang korang boleh belajar dalam bidang apa yang korang ceburi dan boleh bandingkan. Macam admin student law. Bila admin tengok cite korea title dia 'I Hear Your Voice' (ni cerita lawyer punya). Admin boleh bandingkan macam mana sistem dalam mahkamah kita dengan Malaysia punya. Banyak juga info-info yang menarik tu. And dia ada ajar juga cara kita nak buat investigation. Seronok kan? Girls...jangan tengok je hero dia handsome..mak ai...

Kalau medic pulak, banyak, banyak yang teramat. Suka sangat buat crita medik orang korea ni...siap kasi lagi info kat bawah screen, term medic dia tu untuk apa. Haaa.....bagi budak-budak medic tu boleh la hangpa semua tengok betui ke tidak depa kerat-kerat bedah badan orang tu and dengan segala macam procedure tu...
Antara ceritanya ialah:

 Medical top team



I Hear Your Voice:

Haaa...macam-macam la lagi sebenarnya. Malas la admin nak pi letak banyak-banyak poster drama korea ni. Kalau korang nak tau apa lagi cerita-cerita korea yang menarik boleh la search.

4) Boleh belajar tradisi korea.

Macam Malaysia jugak, diorang mestilah ada culture yang unik dan tersendiri. Dari segi makanan, pakaian and adat istiadat istana. Ingat kita je ada raja, korean pun ada what. Paling admin suka bile tengok cerita ancient ni adalah pakaian tradisional diorang yang dipanggil hanbok. Salah satu sebab juga admin suka cerita ancient daripada version moden punya ialah lebih sopan katakan. Pakaian pun tak ada lah mini sangat kan. Hehe..
Tapi ada certain orang tak suka kan. Bagi admin tengok lah cerita-cerita lama ni.. Ok what. Contohnya iljimae, arang and majistrate and latest admin tengok the scholar who walks the night. Vampire punyer cerita. Aumm..(bunyi harimau pun jadilah)

 Scholar Who Walks at Night


* all images credit to google.com
4) Release tension

Bagi peminat-peminat rancangan korea, korang mesti wajib tahu punya rancangan variety diorang yang sangat-sangat kelakar bagi admin. Antaranya ialah runningman. Sesiapa yang kawan korang kata tak minat korea tu at the very least mesti diorang akan suka punya runningman. Ni pernah terjadi pada kawan sebilik admin tau (sekarang ex-roommate). Dia punya la tak suka dengan cerita korea ni semua. Last-last bagitau admin masa cuti dia tengok rancangan tu tak boleh berenti tengok, dah fall in love. Rancangan runningman ni boleh releasekan tension, betul tak? Kadang-kadang admin pun tengok The Return of Superman, rancangan variety pasal parenting. Suka tengok sebab babies semua comel-comel. Jangan pandang rendah dengan variety show diorang sebab The Return of Superman ni memberi impak luar biasa jugak dalam kalangan masyarakat mereka. Parenting become so much easy and fun. Kadang-kadang admin pun suka tengok yang sweet-sweet ni. Kalau rasa nak berangan sikit tengoklah We Got Married, pasal show virtual marriage yang menyatukan selebriti diorang dalam sesebuah perkahwinan rekaan. HUHU, seriously, kalau admin stress admin dapat rasa fun bila tengok cerita korea. Tak perlu fikir masalah di sekeliling kita semua. Tapi kena ingat, assignment yang berlambak-lambak tu bukan masalah ye, ia tanggungjawab. Jangan abaikan assignment semata-mata nak tengok cerita korea. Rotan kan baru tau.

But, korang kena tahu jugak yang drama dan filem korea ni ada keburukannya jugak. Aipp..korang jangan nafikan ye..tengok dulu point admin. Antara keburukannya:

1) Berjaga lewat malam
Ni memang standard kan. Tambah pulak kalau dah drama bersiri tu. Kalau dah start tengok mahu nak habis hari ni terus. Kalau 17 episod, hari ni jugak nak tengok 17 episod tu. Last-last sanggup mata panda esoknya. Tak ada kelas esoknya tak apa la, kalau ada, mahu tak terlepas kelas pagi. Jangan nafikan korang tak buat ea. Sebab admin pun pernah buat tapi admin buat time habis exam je..haha..terus layan sampai kul 6 pagi. Masya allah, admin taubat tak nak buat lagi. Masalah kita, berjaga malam tengok korea boleh tapi tahajud banyak alasannya, ngantuk kononnya.
2) terbayang-bayang hero dan heroinnya.
Haha...ni benda common. Sampai terbawa dalam mimpi. Kadang-kadang yang perempuan terbayang-bayang korang yang jadi heroin cerita tu kan. Hisyy..dah agak dah sebab admin pun pernah lalui. Pernah sekali admin mimpi jumpa lee jun ki dalam mimpi. Siap cakap korea dengan dia tu. Bangun-bangun istighfar tapi senyum sampai ke telinga..haha..

3) Lalai dalam tanggungjawab
Masya allah, yang ni kena hati-hati. Kadang-kadang kita start tengok cerita kul 2 petang..tup..tup asar, azan berkumandang buat tak tahu dulu. Lastly korang solat kul 7 petang. Tak bagus, bukan setakat tak bagus tapi tahap berdosa ni. Bukan nak kata kat korang je, kadang-kdang admin pun macam tu. Admin tak akan bercakap atau menulis bukan daripada pengalaman. Ni antara pengalaman yang 'mengerikan'. Tengok cerita best-best ni confirm khusyuk punyer. Ni tak masuk lagi bab-bab homework yang berlambak-lambak, ditangguhkan. Haisyy..pernah rasa tak yang once korang dah tengok cerita tu tak boleh berhenti? Nak tahu je ending dia. Haaaa....itu parah. Kena letak jam besorrrr punya kat tepi, jaga waktu solat terutamanya.

4) Adegan-adegan yang tidak sepatutnya muncul
Dunia sekarang mana tak lari dengan babak kissing and sebagainya. Tak nak lah nak jelaskan detail sebab admin rasa tak bermoral pulak nak tulis kat sini. Lagi satu tak pasal-pasal korang report admin tulis bukan-bukan dalam blog ni. Hayyookk. So, apa yang tak sepatutnya itu? Pakaian diorang dan admin rasa makin hari ni makin banyak pulak kiss scene dalam drama-drama diorang. Sebab tu la admin suka tengok drama ancient punya. Boleh katakan la diroang punya babak tu light je. Aduhai, tapi bila dah tengok cerita ni mana nak elak kan?

5) Memepersendakan sesetengah isu
Isu kat sini bukanlah refers to politic semata-mata. Setakat ni admin tak pernah lagi la tengok drama korea atau filem diorang yang mempersendakan agama Islam. Tapi admin tak berapa berkenan bila ada certain variety show yang mempersendakan perkahwinan contohnya. Apa yang admin tahu sebagai seorang muslim, perkahwinan ialah satu ikatan yang suci dan tidak boleh dipermainkan. Tapi bagi sesetengah rancangan mereka ada yang mengambil kira benda tu untuk suka-suka. Ye la, logik la bila diorang buat upacara perkahwinan, alah, yang ala-ala kat church tu..kalau tak daftakan marriage diorang kira bukan suami isteri sebenar la atas kertas. But in Islam, once dah akad nikah memang jadi suami isteri betul-betul. Admin pun tak nak la nak point betul-betul kat mana-mana rancangan. Korang pikir la sendiri. Admin sebagai penulis ni pun kena berpada, kan jadi isu pula. Maklumlah, keyboard warrior dah makin bercambah-cambah sekarang.

Ok, sekarang semua dah tahu pasal kebaikan dan keburukan drama-drama korea dan sebagainya. Next, admin nak share la dengan korang macam mana sebenarnya kita nak limit kan tontonan kita dengan such drama and so on. Of course la kita sebagai seorang student and pekerja may be kena ada batas-batas nya. Tak kan korang nak menghadap tv nad laptop 24 jam kan. So, admin nak limit kan diri admin ni macam-macam cara.

1) Tetapkan berapa jam sehari untuk tengok satu drama.
Ok, in sya aallah ini berkesan. Maksudnya korang dah kena set dalam mind, untuk hari ni berapa episod korang nak tengok. Tapi janganlah dalam satu hari terus bantai 5 episod. Mesti limitkan diri. Yang paling penting nafsu tu, kawal la sayang semua. Kawan admin si Cik Rara pun pernah pesan:
"Oi, kalau ko giler sangat ngan cerita korea tu bagai, ko pulun la habis-habis time hari ahad tu. Cuti kan."
Bila admin fikir balik betul juga kata dia, hehe. But ada condition nya nak buat macam tu.

2) Siapkan kerja sekolah terlebih dahulu.
Condition ke dua ni ada kaitan dengan yang tas ni. Kalau korang rasa nak pulun habis-habisan satu hari dengan drama korea je, make sure you all finish all kind of assignment and homework. Kaedah ni berkesan bila korang tungkus lumus buat kerja and korang dapat rasa yang lepas habis semua kerja ni ada habuan menanti anda. Like in mind.." Kalau aku siap semua benda, hari Ahad ni aku tengok cerita je..hehe." Motivate ourselves what! Spa setuju dengan admin?

3) Sentiasa ingatkan diri untuk solat.
Sebenarnya bagus Allah dah buat masa Subuh, Zohor, Asar, Magjrib and Isyak untuk kita beribadat dengannya. Tak susah pun luangkan 5 minit untuk bersama denganNya. Bila dah azan, pause la kejap cerita tu pi solat. Ha, secara logiknya tak semua waktu korang terbuang dengan tengok cerita je. Macam admin, pi solat kejap bila masuk waktu, kadang-kadang rasa tak nak sambung balik tengok cerita. Mungkin berkat solat tu menarik kita kembali daripada terus lalai..waallahu'alam. Tapi admin tak pasti la dengan orang lain. Haha. Tapi korang mesti ok, mesti solat. Set la alarm untuk waktu solat. Kan phone sekarang masing-masing dah canggih.

Mungkin banyak lagi cara-cara yang ada untuk limitkan masa anda daripada terluang dan terbuang sepenuhnya ke arah filem dan drma korea. Make sure you have line in between your life and rancangan tv tu semua. Nanti terlebih leka susah pula. Kalau ada yang nak tambah idea pasal ni boleh la berkongsi dengan admin dan rakan-rakan semua. In sya allah bermanfaat.
Macam yang admin selalu sebut, ni kisah admin, korang pulak? Share ye dengan admin...Wassalam