ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Friday 24 January 2014

EVERY CLOUD HAS A SILVER CLOUD

Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Pertama sekali admin nak mintak maaf pada sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan Blog Apabila Hati Bebicara ni sebab dah lama tak update blog ni...waaa...

Sebenarnya admin mengalami kesukaran yang amat sangat bagi permulaan tahun baru ni..dalam erti kata lain permulaan tahun 2014 ini tak berapa baik. Baru-baru ni masa admin dalam mood cuti admin dikejutkan dengan berita kematian arwah tok wan admin..

Tak sangka orang yang begitu rapat dengan admin dah kembali ke rahmatullah. This is the first experience for me la orang yang dekat dengan admin meninggal dunia depan mata. Apa pun admin redha kerana kematian itu pasti bagi setiap orang.




Dengan perasaan yang sedih admin terpaksa tinggalkan rumah yang masih dengan majlis tahlil untuk ke Petaling Jaya. Apa lagi, admin kan student yang masih ada tanggungjawab pada pembelajaran. Satu lagi ujian yang menimpa admin sebaik sahaja kembali ke KL bila semua barang penting admin DICURI...WAA!!

Emm...balik terengganu hadap kubur, balik KL pergi balai polis..bukan admin je terkena masa tu, ada sorang akak tu lagi kesian beg dia semua kena bawak lari..dalam surau tu..haisyy, manusia zaman sekarang.

Admin kena masa tengah duk amik air sembahyang nak solat subuh dekat surau stesen putra. Disebabkan admin dah terkena admin nak ingatkan la semua yang mungkin nak atau pernah ke surau sana jaga la barang baik-baik sikit ye...(dah terkena baru beringat kan..hehe...jangan tiru admin)

Admin pun manusia biasa je so memang la admin yang silap, terkena baru nak beringat. Satu lagi admin macam blur sikit masa tu...dengan pagi-pagi buta nya...menangis tak berlagu pastu..

But admin percaya dengan satu idiom inggeris ni yang berbunyi:

"Every silver cloud has a silver lining"




Admin mampu redha je, mungkin yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan Allah akan gantikan balik harta yang admin hilang dengan benda yang lebih baik...

Yang tak boleh blah perasaan excited, pelik, takut, sedih dan semuanya la bila first time masuk balai polis. Law student enter police station :p

Last dari admin, tolong sedekahkan al fatihah buat tok wan admin and wish me tough to face these challenges...amin...Wassalam

No comments:

Post a Comment