ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Sunday, 22 December 2013

SUCCESS OR NOT IN LIFE IS YOUR OPTION

Assalamualaikum, I'm back...kuang2..

Pada entry kali ini admin akan kongsikan sesuatu yang menarik dan In sya Allah berguna untuk anda yang membaca. Title entry kali ini ialah berjaya atau tidak seseorang itu adalah atas kemahuan kita sendiri.

Apa yang admin bakal bincangkan adalah atas pandangan admin sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati..hehe...Ok, berbalik pada tajuk utama, kenapa admin berpendapat begitu?

Ye la, kalau kita rajin buat homework contohnya dah semestinya kerja tak tertangguh, cikgu pun suka, betul tak? Memang conform 90% kita akan jadi pelajar cemerlang. Rajin adalah pilihan kita, nak buat homework sebaik sahaja kita terima tugasan tu atau tangguh esok nak hantar baru buat kerja tu.

Keadaan persekitaran juga mesti mempengaruhi kita untuk jadi orang yang berjaya atau tidak. Kalau dah seseorang tu determine giler nak berjaya dia tak akan kisah keadaan kelas atau bilik tidak ber air-cond dan sebagainya. Sebaliknya dia akan mencari cara alternatif di mana nak belajar dengan selesa. Of course bising salah satu suasana yang kita tak boleh control tapi kita boleh cara tempat yang sesuai untuk kita belajar.

Seterusnya ialah pengaruh dari kawan-kawan. Bila dah jumpa geng mesti susah nak lepas kan...haha...admin pun sama la. Tapi dalam bab belajar ni tak kan kerja berlambak depan mata masih nak bercakap dan mengumpat. Ada jugak jenis kawan yang 'mendorong' kita untuk melepak bersama dan membiarkan segala tugasan anda di tempat yang sama tanpa menyiapkannya.

Kemiskinan atau kekayaan juga bukan faktor kita untuk berjaya atau tidak. Masih ingat ke dengan Nik Nur Madihah, dia pun orang yang lagi miskin dari kita semua tapi mampu mencapai 21A dalam Spm. Tak mustahil bukan? Yang membezakan, orang kaya tidur di atas tilam empuk sedangkan yang miskin tidur berlapikkan tikar mengkuang. Hakikatnya kita sama-sama duduk di bumi Allah dan hidup dengan nikmat diberikanNya.

Keadaan yang admin sebutkan di atas semua anda boleh pilih bukan? Sama jugak dengan kes yang melibatkan masalah rumah tangga ibu bapa. Kenapa perlu menyalahkan diorang atas kegagalan kita mungkin dalam peperiksaan. Mungkin salah satu cara yang berkesan ialah ' membuta' dan 'mentulikan' anggota badan anda yang berkaitan...hehe...maksud admin usah pedulikan sesuatu yang boleh buat kandungan darah atau gula anda meledak tinggi (dah macam doktor beri ceramah kat orang tua pulak..hehe)

Apa pun, admin ada satu kisah yang menarik untuk dikongsi dan direnung bersama...

KISAH DOKTOR DAN PENJENAYAH


Salahuddin (nama rekaan semata-mata) merupakan seorang doktor yang disegani. Namanya sentiasa disebut-sebut dalam bidang perubatan. Pada suatu hari  telah diadakan sidang media secara besar-besaran untuk mencungkil rahsia kejayaannya. Kebetulan pada masa yang sama seorang wartawan telah menceroboh latar belakang keluarganya dan menanyakan soalan yang mengejutkan semua orang.

Wartawan itu bertanya: "Maafkan saya doktor, saya mendapat tahu doktor datang dari golongan yang susah serta dari golongan orang yang bermasalah. Ibu bapa doktor pula merupakan penagih dadah yang tegar. Bagaimana doktor boleh sampai ke tahap ini?"

Doktor Salahuddin menjawabnya dengan tenang: "Kejayaan itu semua atas kemahuan saya. Tidak ada kena mengena dengan latar belakang keluarga saya. Saya tidak menyalahkan mereka. Itu sejarah silam keluarga saya dan kini saya memilih jalan yang berbeza untuk menjadikan keluarga kami lebih baik."

Disebalik kemuncak kejayaannya rupa-rupanya adiknya seorang penjenayah yang sangat dikehendaki. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Abang seorang doktor yang masyhur sedangkan adiknya seorang penjenayah yang dikehendaki.

Sebelum sidang media itu lagi wartawan yang sama menanyakan soalan kepada adik kepada Doktor Salahuddin tersebut. " Mengapa kamu boleh jadi seorang penjenayah sedangkan abang kamu menjadi seorang doktor yang berjaya."

Hanya satu jawapan dari adik doktor tersebut: "Ini semua salah ibu bapa saya. Mereka yang telah menjadikan saya begini. Nah, sekarang lihat, saya menjadi penjenayah yang lagi hebat dari mereka berdua"

Faham tak apa yang admin cuba sampaikan? Anda lebih memilih pendirian doktor tadi atau penjenayah tu? Menyalahkan seseorang atas masa depan yang kita cipta dan pilih sendiri bukan la jalan penyelesaian yang baik. Sebaliknya kita bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh dugaan hidup dengan lebih tabah dan sabar. Hamba yang banyak menerima ujian adalah orang yang disayangi Allah.

Akhir kata dari admin, di mana ada jalan, disitu ada highway! (eh, versi Adnan Sempit ni)
Di mana ada jalan kemahuan, di situ ada jalan. Percaya diri sendiri and nawaitulillahi taala. Wassalam...



Wednesday, 18 December 2013

ALL ABOUT WOMAN..MASYA ALLAH.

Assalamualaikum and a very good morning to......

Hadoi, dah macam public speaking la pulak...haha..admin baru je lepas kuiz yang berlangsung selama lebih kurang 20 minit tadi and terus balik bilik. Kawan-kawan yang lain masing-masing sibuk nak balik. Admin orang jauh ni bermimpikan Terengganu je la malam-malam...haha..

Alhamdulillah kuiz tadi Allah banyak tolong..jangan lupa ye kawan-kawan, sebanyak mana kita menghafal atau mengingati sesuatu pembelajaran, itu semua kehendak Allah untuk kekalkan dalam pemikiran kita atau tak..

Ok, nampak tak apa tajuk entry pada hari ni? It's all about woman ye...yang syabab pulak jangan terasa..lain kali pasti admin akan update entry pasal korang pulak...mula-mula memang niat admin nak tulis tajuk entry  THE BEAUTY OF ISLAM tapi isinya mesti terlalu panjang..

Disebabkan admin seorang kaum hawa apa kata admin bercerita dulu pasal golongan yang disayangi dan disanjung dalam Islam ini...

Kita imbas kembali martabat seorang wanita pada zaman jahiliyyah dahulu...berbeza sangat sebelum kedatangan Islam...mereka ditindas dan dijadikan sesuatu yang boleh diwarisi dan dimiliki oleh sesiapa pun..so, siapa yang tahu dan lagi arif dari admin pasal benda ni pasti boleh memahaminya dengan baik..

Wanita zaman dahulu dipandang hina sehingga la Rasulullah s.a.w (jangan lupa selawat balik) mengangkat darjat mereka dengan segala bukti kukuh yang Allah memuliakan kaum ini di dalam al-quran...

Buktinya telah nyata dalam al-quran right? Allah syaratkan wanita menutup aurat mereka sebab nak jaga maruah malah sehingga ke akhir hayat mereka dilindungi oleh kaum lelaki...Tak percaya jugak? Subhanallah, sejak kecil kita dijaga oleh ayah kita,
  
Daripada Aisyah r.a,, “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Dah berumah tangga nanti berlipat ganda pahala yang terbuka luas untuk wanita kaut. Tambah lagi suami yang tanggung dosa kita. Wanita yang tidak mengikut syariat Allah, yang pertama sekali yang akan disoal kaum adam yang dekat dengannya...kenapa kita boleh jadi begitu...macam kita ni penyelamat bagi mereka di akhirat kelak jika dididik dengan baik...

Yang bergelar ibu itu wanita bukan? Syurga di bawah telapak kaki ibu, berapa banyak pahala yang wanita dapat bila mengandungkan zuriatnya yang halal, melahirkan, menyusukan, mendidik dan sebagainya? Tak nampak lagi...so pasai apa la hang buat lagu tu kat Allah (haa...dah keluar dah kedahnya)



















Maksud admin wanita zaman sekarang macam epal busuk...tahu kenapa? Aurat yang Allah suruh jaga dibuka, kalau boleh nak dibuka seluas-luasnya...berapa banyak kes isteri curang. Allah dah buka chance luas-luas buat pahala hanya dengan taat perintah suami...Orang laki nak pahala lebih kena pergi masjid tak macam kita duk rumah pun dah banyak pahala datang.

Perempuan ni apabila solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, jaga maruah dan taat suami boleh masuk mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya...Hawaku sayang, sedar la ye..ni peringatan untuk kaum wanita di luar sana dan admin jugak..

Ada yang berpendapat yang tak tutup aurat tak semestinya jahat, sedangkan yang berhijab pun perangai macam syaitan...come on la guys...Islam kita bukan separuh-separuh,  yang wajib kena ikut..














Admin teruja dengan kata-kata seorang mualaf yang baru masuk Islam ni, dia kata tengok la Islam dengan keindahan al-quran bukan pada orang Islam (maksudnya yang ISLAM HANYA PADA NAMA)..memang yang berhijab tak semestinya baik sebab semua orang tak immune from commit sin BUT yang tak bertudung tu free je dapat dosa ;p

Ok, then let me share you a story:

A Non Muslim came to a Sufi and asked: Why is it Not Permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sufi said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? The Non Muslim said: Of course not because only certain people can shake hands with her. Sufi replied: Our women are Queens and Queens do not shake hands with strange men.

Then the Non Muslim asked another question: Why do your Girls cover up their body? The Sufi smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw both on the dusty floor and asked the Non Muslim: If I ask you to take one of them, which one you prefer? The Non Muslim replied: The covered one. The Sufi said: That's how we treat and see our women. Women should not be like the Moon which everyone can see and admire, they should be like the Sun which makes the viewers lower their Gaze.

Itu adalah satu story yang di share oleh kawan addmin, thanks to her. Sebenarnya soalan orang bukan Islam kepada Sufi tu ada empat termasuk soalan jika benar Tuhan itu wujud di mana Dia and last one kenapa Muslim makan anggur tapi tak minum arak sedangkan arak berasal dari benda yang sama. Macam yang admin kata entry admin pada kali ni fokus utamanya kepada wanita.

There are so many things related to women right? Admin harap sangat kaum Hawa dan admin sendiri sentiasa sedar diri sebab Allah yang beri segala nikmat dan martabat yang cukup istimewa ni pada kaum wanita. It is not too hard to worship Allah dear...

Penyakit paling serius admin tengok pada kaum wanita ialah hijab itu sendiri. Perbaiki fardhu ain dulu baru membuahkan kebaikan yang lain...tutup la sayang demi maruahmu dan Islam...Wassalam..




MY HOBBY

Assalamualaikum...

Singkat je tajuk entry admin kali ni tapi isinya mungkin banyak dan in sya allah macam biasa admin akan selitkan jugak dengan agama Islam kita..

Admin baru je lepas study sebenarnya and tomorrow is my quiz day..yeahhh (dalam hati Allah je tahu)...you know something? Admin jenis someone yang suka pandang something seriously so setiap kali dengar perkataan exam or segala 'adik-beradik' tu rasa macam tension sangat...wish me luck esok ok?

Salah satu perkara yang admin akan buat untuk release tension ni adalah doing our hobi la...kihkihkih...sekarang admin tengah buat hobi admin la ni...kahkah..menaip untuk kepuasan hati dan untuk tatapan korang yang sudi membaca..

Everyone mesti ada hobi kan, admin pun banyak hobi...antaranya menonton filem or drama kegemaran and reading novels..admin teringin nak kongsi dengan korang semua cerita yang best admin pernah tonton...nak jiwang sikit tengok movie hindustan punyer...

These are some of the best movies..



 Cerita ni best bagi admin..tambah lagi yang berlakon tu Arjun Rampal...indahnya ciptaan Allah..hehe..
Dah lama dah ni, cerita tahun 2004..

Secara ringkas sinopsis dari admin:
Dil Ka Rishta' ialah tentang seorang lelaki kaya bernama Jai (Arjun Rampal). Pada suatu hari, dia berjumpa dengan Tia (Aishwarya Rai), seorang guru dan jatuh cinta kepadanya. Pada saat Jai ingin meluahkan perasaannya Tia mendedahkan bahawa dia telah mempunyai tunang bernama Raj (Priyanshu Chatterjee), .  Tia mengahwini Raj dan mempunyai seorang anak bernama Anshu. Hinggalah pada suatu saat satu kemalangan yang tidak diduga telah berlaku antara Jai dan pasangan suami isteri tersebut. Dalam kemalangan tu Raj terkorban dan Tia hilang ingatan.


Jai rasa bersalah dan menawarkan dirinya untuk memulihkan ingatan Tia dengan kebenaran ibunya. Oleh kerana beberapa reason diorang kena rahsiakan identiti Anshu sebagai anak Tia. But at last Tia fall in love with Jai tapi mak Tia tak suka. Jai avoid Tia walaupun dia sayang sangat dekat Tia. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut search la ye...hehe

Ape pendapat korang? Hehe...panjang jugak sinopsisnya tapi nak bagi korang faham..Satu lagi movie ialah this one:












Ceritanya berkisarkan sepasang suami isteri, lakonan Salman Khan (Rishabh) and Preity Zinta (Pari) yang hidup bahagia. Nak dijadikan cerita Pari yang merupakan seorang doktor telah berkenalan dengan seorang pesakit yang mempunyai masalah jantung bernama Dhani (Bhoomika Chawla). But then Pari accident masa mengandungkan anak diorang. Amanat terakhir dia adalah memberikan jantungnya kepada Dhani. What happen next? Hehehe...search la..

Ok, done bab movies..ada banyak lagi tapi macam panjang sangat kan..ni sekadar perkongsian. Cuma pesan admin apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan seharian tak boleh lalai dari menunaikan tanggungjawab kita.

Maksud admin, jangan la tengok cerita atau buat hobi kita sampai tak solat. Dalam hidup ni kita kena fulfil the rights of Allah which is to worship Him. Admin tak kebal dari melakukan dosa so sama-sama kita perbaiki diri agar lebih baik.  Sebagai contoh kita tengok cerita Playboy itu Suami Aku. Dah la dalam waktu maghrib kan. Entah solat ke tidak, kalau solat pun mesti masa time iklan kan? Haa...situ dah tak khusyuk.

So, what to do? Awak semua, www.tonton.my kan ada...asalkan kita masih tunaikan solat pada waktunya tanpa gangguan lain. Admin pun tengok cerita ni masa hujung minggu dengan roommates. A best way for us untuk rapatkan ukhuwah, seriously tak tipu...apa pun point admin kat sini nawaitu (niat) kena betul.

Lain kali admin akan share pulak benda lain ok? Lupa nak tanya, sape minat Running Man, kite gang...haha...last advice, control ourselves in doing something lawful and don't forget to fulfil Our Lord's rights...Wassalam