Assalamualaikum semua,
Lama sangat tak aktif blog ni, admin decide untuk kembali mengepost entry baru..haha.
Alasan admin tak aktif ni bukan setakat tak ada masa, tapi sebab internet UIA ko satu, LOL...benci pulak tak ada. Dan satu lagi memang tak dinafikan la pemalas tahap keturunan ketujuh ...haha.
Sekarang macam biasa la time-time ni UIA tengah cuti 3 bulan tapi kali ni admin bukan duduk saja-saj. Kene kerja daaa...bukan kerja apa tapi kind of praktikal. Alhamdulillah sekarang admin dah in 3rd year dalam Ijazah Undang-Undang ni. Result yang kuar haritu pun ok, tak ada la suam-suam kuku, tak ada la jugak mengecewakan dan gempak. Tapi yang admin syukur sangat lepaslah CGPA untuk maintain for Ummatic Scholarship. Kalau tak ada biasiswa UIA ni macam mana den nak hidup kan.
So, nak dijadikan cerita admin sekarang selamat menjalani internship kat Jabatan Bantuan Guaman. The first reason admin pilih tempat ni sebagai pilihan untuk intern ialah ia sebuah jabatan kerajaan yang banyak tolong bagi khidmat nasihat undang-undang dan buka fail kes untuk orang awam hanya dengan kadar bayaran RM2. Haaa, siapa-siapa yang tak tahu tu, boleh jadi tahu melalui blog admin ni. Tujuan join ni nak la jugak tengok sistem diorang macam mana diorang approach and beri bantuan kepada orang-orang kampung yang tak tahu langsung pasal undang-undang. Yang orang-orang bandar tu pulak jangan nak berlagak macam tahu ok? Ada je ramai yang berlagak pandai datang jabatan ni nak bukak fail kes tapi haprak tak tahu.
Yang paling menyedihkan bila ada yang datang bukak fail cerai tak tahu side-side seorang isteri boleh tuntut dari suami kalau ditakdirkan mahkamah sabit penceraian. Mut'ah, nafkah iddah, harta sepencarian semua layak mengikut certain requirement la.
Oh, admin lupa nak bagitahu yang kebanyakan kes yang dihandle oleh Jabatan Bantuan Guaman seluruh negara, 90% ialah kes syariah. Macam fasakh, takliq, hadhanah and bla-bla. Ada jugak kes sivil dan jenayah tapi limited kepada anggapan kematian, jenayah-jenayah kecil dan jenayah kanak-kanak. And jarang la yang ada. Cerai banyak. Lol, orang kita kahwin 2 tahun dah bercerai. osh, admin tak percaya.
Macam-macam la drama kat sini. Nak cite banyak sangat tpi admin sanggup la cerita separuh untuk pengetahuan pembaca. 2 minggu lepas tak silap admin, admin ada pergi Klinik Bantuan Guaman ke Dungun. Ya, JBG ni biasanya akan ke setiap daerah dalam 2x sebulan untuk reach masyarakat. Hempp, kat situ macam-macam drama la ada. Yang nak cerai cara takliq, cerai cara dia, nak fasakh macam-mcam. Ada sampai akak sorang tu terpaksa ambik ubat penenang sebab meroyan. Sebab apa? Sebab laki dia macam setan la tuh.๐ช
Ada jugak time tu kawan-kawan admin duk intai ada sorang perempuan ni duk bawak laki ke hulu ke hilir bawak sorang laki tapi mintak cerai?๐ฎ๐ Apa kes kan? Maka bermulalah perbualan rakan-rakan intern admin dengan sorang kerani ni. (Admin time ni sibuk duk layan orang nak bukak fail kes kat pembantu pegawai undang-undang)
Kawan: En. Bukary, kes apa akak tu?
En.Bukary: Emm, macam biasa la cerai tapi dah bawak yang baru. Kihkih.
Admin geleng kepala bila dengar cerita tu dari kawan admin. Macam-macam manusia sekarang.
Tu kat Klinik Bantuan Guaman. Yang haritu admin pergi Mahkamah Tinggi Syariah, lagi macam-macam. Jangan pulak korang terkejut tiba-tiba ada perempuan peluk korang dari belakang. Haa, tu sebab dia tengah lari or menyorok dari laki dia yang duk kejar dia kat dalam mahkamah sebab mintak fasakh.๐น
Time ni pun bukan admin yang kena, tapi kawan admin. Kahkah, nasib baik pakai baju hitam putih dengan blazer ala-ala peguam la kan, so selamat diorang dari lelaki ganas tu. Tak jadi peguam lagi pun dah macam tu.
Tu apa yang admin dan kawan-kawan experience setakat ni. Kami tiga orang perempuan buat intern kat tempat sama tapi under supervisor lain-lain. Admin and kawan admin Syarifah under master yang sama. My master is such a sweet and knowledgeable person.๐
Admin dengan Syarifah dan Sarah. Tak ada gambar dengan master sebab tak nyempat dia banyak kes selalu๐น |
Apa yang admin belajar kat sini bukan sekadar macam mana nak buka file kes, sediakan pleading and petisyen tapi jugak belajar macam mana kita nak apply law tu sendiri secara adil. Kalau dapat satu-satu kes ni, memang tak boleh main emosi dan sebelahkan klien je. Jangan start rambang mata nak kata klien kita semua betul. Kita ni la yang dalam masa yang sama jadi penasihat undang-undang. Tak boleh nak deny hak orang lain macam tu je dan percaya bulat-bulat kata depa.
Apa tak nya, datang court mintak fasakh, saksi dia pulak bercanggah dengan cerita yang sebelum-sebelum ni dia sampaikan. Kalau kita tahulah saksi macam tu boleh buat kes kita lingkup, cara saksi lain yang betul-betul boleh jamin memang betul apa yang si suami buat pada isteri sampai kes dia layak untuk mahkamah sabitkan penceraian under fasakh.
Ni pun satu lagi pasal hadhanah. Memang mak-mak tengah emosi sekarang cerai ngan laki tak nak kasi dia tengok anak-anak. Ada akak tu langsung tak nak bagi bekas suami dia tengok anak sebab dah ceraikan dia TENGAH JALAN. I was like,...what thee......
Tapi kena ingatkan dia, hak lawatan kita tak boleh deny sebab tu memang anak dia. Dalam masa yang sama kena nasihatkan dia hak lawatan ni walaupun diberikan kepada bapak dia tapi si ibu boleh tentukan bila masa dia boleh datang melawat. Dua bulan sekali pun tak apa. (Hak lawatan boleh dipohon kepada mahkamah oleh penjaga yang diberikan hak jagaan anak, tak kira ibu atau bapa kandung)
Baru-baru ni kecoh pasal satu kes kat JBG pasal si bekas isteri mintak mut'ah sampai rm 655 000. Mut'ah ni sagu hati (pemberian) pada bekas isteri dari bekas suami disebabkan penceraian itu telah menyebabkan kesedihan kepada diri dia. Jadi kecoh sebab apa? Mintak sebanyak tu sampai masuk Mahkamah Tinggi Syariah dengan bekas suami yang langsung tak bekerja. You expect him to pay pakai daun? Mut'ah ni tak kira la nak mintak berapa pun tapi berpada la. Banyak faktor-faktor nak dipertimbangkan. But, dalam masa yang sama kita tak leh pun deny isteri dia untuk dapat mut'ah.
Ikut la kalau klien kita tu kata isteri dia ni jahat masa dalam tempoh perkahwinan pun, tak boleh TAK BAGI LANGSUNG sebab mut'ah wajib ya wahai para suami. Macam solat la. Kalau dia sedar tu tanggungjawab dia, dia akan bagi kalau tak nak berdosa even isteri tak mintak pun. Kita sebagai lawyer pulak jangan duk sebelah klien kita sangat. Hangpa pun ikut setuju dengan cerita dia bulat-bulat and terus nak deny hak si bekas isteri. Tak boleh. Ni la kebanyakan peguam-peguam kita gagal untuk tengok hak kedua-dua belah pihak walaupun kita berada di pihak yang lain.
Admin pun cuba juga belajar dari kesilapan sendiri dan orang lain. Jadi peguam ni bukan nak gaduh sana sini kata pekerjaan ni satu langkah lagi nak ke neraka, tak! Bagi orang yang cakap macam tu, admin nak tengok setakat mana korang mampu bertahan tak upah lawyer untuk selesaikan masalah undang-undang korang.
gambar admin dengan Syarifah |
Macam ni la admin kata, anggap la profesion ni sebagai profesion di mana kami jadi wakil orang untuk selesaikan masalah antara dua pihak. Ala, macam cikgu-cikgu leraikan budak-budak gaduh berebut coklat. Haa..camtu ler.
Tu la serba sedikit admin boleh kongsi setakat ni. Sebarang masalah atau pertanyaan boleh comment admin or contact admin through fb pun tak apa.
Hopefully ada maklumat yang korang boleh ambik sebab admin tak specifically bagitau apa yang kami buat kat sini or procedure bagai sebab bosan kan nak baca. Ok korang. Wassalam.
Assalamualaikum. Saya nak tanya, macam mana nak join inter di JBG?
ReplyDeleteSorry for the very late reply. Saya kurang aktif blog sekarang. Masa saya intern dulu permohonan dibuat melalui uia. We used to have an intern form and the office would sent there to inform JBG. Kena tunggu pihak JBG reply la. But before you mohon, you can simply contact them and ask if they accept intern student
DeleteHi senior UIA ! Nak tanya can we do chambering at JBG ??
ReplyDeleteHi there. Maaf sis baru reply. Sis tak pasti but if boleh pun sis tak recommendkan sebab awak tak dapat belajar banyak. Fasa chambering la awak nak belajar tau. Satu lagi kes dekat JBG ni limited, nanti awak bosan. Huhu, tak tahu kalau awak ok, tapi sis sukakan cabaran.
Delete