Assalamualaikum pada pembaca setia blog admin....
Entry kali ini admin bawakan khas untuk anda semua dari Malaysia..huahua (bercakap macam orang duk overseas)....sebelum admin melangkau jauh ke topik admin kali ni admin nak bercerita pasal HARI TERHARU SEDUNIA...huhu..
Eh? Ada ke? Cik kak, abang dan adik..memang tak ada pun...tapi tak tahu la kalau search kat internet tu jumpa....ni rekaan admin semata-mata...hari ni admin banyak 'terharu' dengan kawan-kawan yang sangat menghargai admin tak kira la roommates, classmates or ex schoolmates...tq you all hargai aku...haha...
Apa yang membuatkan admin terharu ialah diri ni dapat dengar lagu yang Nora (roommate) titipkan buat semua roommates la...even bukan untuk admin sorang tapi tetap terharu (biarpun dia tak nyanyi lagu Najwa Latif tadi)...sekarang ada buat promotion apa entah kat asrama admin ni, satu lagu 20 sen...tibe-tibe teringat dekat filem P.Ramlee dulu-dulu...
Ok, yang tu roommates, classmate pulak sorang ni...admin gurau benda yang simple je...admin tegur apa la...tak ingat..hehe tapi jawapan dia haa...
"Aku perlukan la roommate macam ko ni..memahami..haha":3......terharuuuuunyyyyaaa...haha..
Pastu yang paling best bila ada ex schoolmate kata nak jumpa admin masa cuti tahun baru cina ni tapi tak boleh...admin kena settlekan beberapa hal peribadi so kena balik rumah bapak saudara tak boleh stay kat UIA...sorry sayang (dedicated to Ida Mohamad)
Dah habis bab meluahkan perasaan ni so apa kata kita kongsi ilmu pulak...apa yang admin tahu ni admin dapatkan dari kehadiran ke kelas matapelajaran Understanding Islam...Ustazah Maznah iaitu lecterur admin pernah cerita antara istiqamah dan qaramah, mana yang lebih baik?
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu istiqamah dan qaramah. Istiqamah bermaksud berterusan melakukan sesuatu yang baik contohnya solat sunat manakala qaramah adalah pemberian istimewa yang Allah berikan kepada orang-orang tertentu biasanya orang-orang yang soleh.
Apa kaitan antara dua benda ni? Jom admin share satu kisah.
KISAH GURU DAN PELAJAR
Suatu ketika dahulu, seorang pelajar berpendapat bersama rakannya gurunya tidak sehebat seorang lagi guru lain yang mempunyai qaramah iaitu suatu keistimewaan yang tidak terdapat pada orang lain. Hal itu menyebabkan mereka memandang rendah akan ilmu gurunya sedangkan beliau selalu istiqamah dalam mengajar dan belajar ilmu agama. Maka perbualan pelajar tersebut bersama rakannya didengari oleh guru itu.
Pada keesokan harinya, guru tersebut berkata pada anak muridnya, "Hari ini aku akan tunjukkan kapur yang aku pegang ini akan menulis di papan hitam dengan sendirinya". Dengan kuasa Allah maka terbukti la kata-kata itu lalu pelajar tersebut berasa takjub dan berkata, "Masyaallah, rupa-rupanya guruku juga seorang yang hebat." Apa yang dibalas oleh gurnya itu, "Apakah kamu lebih merasa takjub kepada kapur yang menulis di papan hitam sedangkan aku telah menulis di papan hitam ini hampir 40 tahun?"
Pada masa itu semua pelajar terdiam.
Jadi apa yang admin boleh simpulkan disini ialah tak semestinya orang yang hebat itu akan menunjukkan kehebatannya secara terang-terangan. Orang yang betul-betul berilmu ialah yang sentiasa menuntut dan mempraktikkan ilmunya secara istiqamah. Admin berpendapat jugak kalau orang yang betul-betul baik tak kan tunjuk depan orang terang-terangan. Buat ibadat bila tengah malam semua orang tido dan bersedekah dengan tangan kanan seolah-olah tangan kiri tak kan tahu. Tak semestinya kalau orang yang ada kebolehan istimewa tu betul-betul hebat. Begitulah ibaratnya.
Cerita di atas adalah rekaan semata-mata yang akan memberi manfaat kepada kita. Istiqamah dalam membuat sesuatu kebaikan penting dalam hidup kita. Renung-renungkanlah untuk keperluan iman kita...
Admin rasa sampai situ je, maaf kalau ada yang tersalah, admin pun bukan pro sangat bab agama ni cuma berkongsi ilmu, pendapat dan sedikit pengalaman....huwaaaa...dah ngantuk...Wassalam
No comments:
Post a Comment