ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Friday, 24 January 2014

MINGGU TALK.

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kepada mata-mata yang sudi membaca entry admin ini. Pada entry post kali ini admin bakal bercerita serba sedikit tentang pengalaman admin menghadiri beberapa talk minggu ni...hoho...seriously banyak betul talk awal-awal tahun macam ni (UIA TERBAIK!...emmm,tapi tak de la pergi semua)

Admin sempat pergi talk mengenai arwah Ammar (tak kenal rugi)...mesti semua dah kenal Ammar yang terkenal dengan perjuangannya di usia muda semasa berda di Turki. Bukan perjuangannya saja tetapi peribadinya yang cukup indah sebenarnya.

Talk tadi berlangsung di masjid Kolej Islam Malaya (CFS admin la tu) bermula pukul 9 pagi and berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari tadi...tapi admin and roommates sempat lagi pergi sarapan, pukul 10 pagi baru masuk masjid, lapar...masing-masing bangun lambat tengok cerita hindustan (admin ngan Nurul la tu)

Pengalaman beberapa jam ibu kepada arwah Ammar bercerita tentang peribadi dan boleh dikatakan riwayat hidupnya sangat membuatkan admin rasa "WAA, hebat la...kalau jadi laki aku ni...hemmmm..hehe"

Hehe, gatal kan? Tapi Allah lebih menyayanginya, mesti dah dapat ramai bidadari syurga...in sya allah...jika dilihat betul-betul pendidikan arwah Ammar bermula dengan pendidikan Islam sehinggalah arwah mencapai umur 15 tahun, maksud admin sekolah menengah agama la. Lepas tu mak and ayah arwah masukkan ke maktab tentera.

WHY? Kenapa maktab tentera kan...tapi inilah dikatakan untuk arwah lebih kuat mental dan fizikal menghadapi dunia luar. Lepas tu pergi pulak Turki semata-mata nak belajar sejarah Islam di sana. Masya allah, tanpa kita sedar pendidikannya merangkumi semua aspek yang diperlukan rohani dan jasmani.

Bila fikir-fikir balik, sesuai sangat kalau hantar budak-budak di awal persekolahan untuk dalami ilmu agama. Tapi mesti bermula dengan didikan agama dari ibu bapa di rumah jugak. Kalau tak, tak akan berhasil.
Mak admin ada bagitau admin nak antar adik bongsu admin lepas ni ke sekolah menengah agama....hehe...bagus jugak sebab kakak dia dua-dua sekolah sains BUT kakak sulung dia ni masuk Universiti baru islamic sikit. (prepare untuk bakal anak-anak...huahua)

Nak cerita pasal Ammar ni memang panjang...setakat tu la admin boleh kongsi...korang boleh la google lepas ni ye...admin cuma ada gambar ni je hasil bantuan EN.Google..



Seterusnya semalam admin ada pergi jugak talk BABY DUMPING yang dianjurkan oleh Department Law...sebagai budak law yang bertanggungjawab admin pergi la nak tahu isu semasa jugak kan...hahaha..

Tau tak apa itu baby dumping? Baby dumping ni ialah pengabaian bayi ataupun senang cerita pembuangan bayi. Isu ni memang dah komen sangat dengan masyarakat kita kan...

Apa yang menarik sangat talk tu ialah mengenai satu institut NGO,OrphanCare yang menyelamatkan nyawa bayi-bayi terbuang dan memberikan mereka keluarga. Jangan salah konsep, OrphanCare ni bukan sebuah rumah anak yatim tau..dia lain sikit.

Rumah anak yatim tidak menfokuskan matlamat untuk menemukan anak-anak ni dengan foster parents...it just a place to stay and when they reach age 18 they told to live outside the world...konsep ni sangat la tak betul...anak-anak memang perluka keluarga untuk membesarkan?

Korang pasti tahu pasal baby hatch...ala tempat letak baby tu bagi orang yang tak nak baby diorang, antar kat pusat ni...

*Macam ni haa rupa dia..

Ini adalah penyelesaaian terbaik bagi mereka di luar sana yang tak mampu menjaga baby diorang. Once you letak baby dalam tu automatically it will lock so no second thought ok?

Even ada yang tak nak baby especially yang lahir luar nikah tu ramai married couples kat luar sana yang menunggu giliran untuk mendapatkan baby. Tak silap tahun sebelum ni hampir 614 pasangan nak baby tau...

Dalam gambar tu nampak kan ada anak panah tu tunjuk ke arah satu kotak. Dalam tu ada borang tentang simple soalan yang perlu diisi oleh their biological mother at least pukul berapa lahir? Agama apa?

Kalau tak ada semua maklumat tu susah la sikit and one more kalau ada yang tak tahu agama apa memang secara automatik baby tu Islam. Fair and square...(baby mana nak buddha tau hindu)

Nak kata kat sini mostly yang abandoned their baby adalah dari kalangan student and Melayu...malu la woooo....Kalau student tu sah-sah they have something wrong with their education...banyak anak luar nikah, jadi dengar cakap admin ni..

"A knowledgeable person will never establish illegal relationship"
Bukan kata-kata admin je la korang nak kena amik kira, al quran tu lagi penting dibaca dan difahami sebaik mungkin, sikit pun dah cukup berbaloi.

So, anything about OrphanCare ni boleh la layari www.orphancare.org.my

Itu saja yang admin nak kongsi, semoga mendapat manfaat untuk kita bersama.Wassalam (^_^)

No comments:

Post a Comment