Assalamualaikum kepada yang setia tengok blog ni...
Hari ni admin nak kongsi ilmu yang admin dapat dari pembelajaran dalam kelas....apakah itu??
Haa....jenguk-jenguk la tajuk entry ni...(memang sah-sah korang baca dulu dari isinya..hehe)
By the way, admin terus ke isi entry kali ni...tak silap admin pada kelas arab minggu lepas (dah tak ingat, banyak makan semut kot..haha)...ustaz admin ada bagitau pasal sedikit isi al-quran..ye la, bila dah belajar bahasa ahli syurga ni mesti la ada kaitannya dengan Al-quran..semua orang mungkin boleh kata bahasa Arab ialah bahasa asing tapi bagi admin tidak...bukan ke kita dah familiar dengan bahasa arab dalam kehidupan harian kita?
Buktinya al-Quran yang selalu kita baca...(kantoi sapa tak bagi tiap hari tak tahu)...ingat tau, hak al-Quran terhadap kita ailah khatam al-Quran, maksudnya baca habis 30 juzu' 2 kali setahun...admin pun tengah usaha ke arah tu...berblog tak halang admin untuk tunaikan tanggungjawab..
Tipu la kalau korang tak ada tanggungjawab. Masyallah, admin banyak responsibility! Korang semua pun....sama je kita, khalifah Allah semuanya (^_^)
Berbalik kepada cerita asal admin...hehehe..ustaz admin kata nama-nama rasul dan nabi dalam al-Quran diambil daripada bahasa yang dah pupus atau dah hilang atau dah hampir hilang dimuka bumi ni tapi al-Quran tetap pelihara bahasa tersebut dengan baik...tak percaya?
Lepas ni pergi search dalam buku nama-nama anak ke? Dalam internet ke? Ada tak dinyatakan maksud nabi-nabi tersebut? Tak ada kan? Cuma dicatatkan 'NAMA NABI'...kan? Ke ada pembaca blog ni tahu apa maksud Yusuf ataupun Isa?
Yang semua tahu hanyalah Muhammad yang maksudnya yang terpuji....(selawat ke atas baginda 3 kali, dapat pahala)
Bila ustaz dah cakap macam tu admin pun terfikir.."em, betul jugak kata ustaz." Ustaz admin cuma bagitau pasal maksud Yusuf je iaitu orang yang memuliakan tetamu berdasarkan beberapa pendapat yang mengatakan Nabi Yusuf memuliakan ayahnya, adik beradiknya termasuk Zulaikha ke rumahnya setelah pelbagai peristiwa pahit yang menimpanya.
Admin ada search dalam internet makna nama nabi-nabi kita dan jumpa sikit je dari blog MYBABAH.COM
1. Musa a.s: Nama ini berasal dari bahasa Mesir kuno yang bermaksud Putera Air, kerana sejarahnya yang ditemui oleh permaisuri Fir'aun Asiyah di Sungai Nil.
2. Hud a.s: Berasal daripada bangsa Arab berketurunan kaum 'Ad. Nama tersebut diambil dari perkataan jama' Ha'id yang bermaksud orang yang bertaubat atau yang kembali ke arah kebenaran.
3. Ismail a.s: Nama putera Nabi Ibrahim a.s ini merupakan bentuk Murakkab (majmuk) daripada perkataan 'isma' yang bermaksud dengar dan 'iel' bermaksud Allah, jadi maksudnya ialah "Allah mengabulkan".
4. Syuib a.s: Nama ini diambil dari perkataan sya'b yang bermaksud yang kelompok atau generasi manusia kerana baginda berjaya mengumpulkan kembali kaumnya yang terpisah.
5. Soleh a.s: Nama ini bermaksud orang yang sentiasa beribadah dan mendirikan hak-hak Allah (yang ni dah familiar kan dengar orang kata lelaki tyang soleh, perempuan yang solehah)
6. Ibrahim a.s: Nama ini bermaksud bapa kepada orang-orang tertinggi iaitu nabi-nabi. Daripadanya lahirlah nabi Muhammad s.aw.
Tu je perkongsian kali ni...letih nak menaip panjang-panjang, lagipun ada lagi tanggungjawab admin yang tak dilaksanakan lagi...off to solat zohor...Wassalam
No comments:
Post a Comment