ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Friday, 13 December 2013

THE BIGGEST BOOK FESTIVAL

Assalamualaikum semua...

Lama jugak kan admin tak update blog ni...huhu...tak sempat sebab kebelakangan ni dah start buzy dengan presentation and next week nak kuiz pulak...

Lepas tasmik hari tu banyak benda kena buat...(hoho...jadi hafizah biar hafal surah al-furqan 14 ayat je pun)
Kalau.jadi hafizah ni mas kahwin kena up sikit...huhu...

Ok,done bab yang mengarut je tu...hehe..admin nak bercerita pasal pengalaman admin berjalan sakan minggu lepas dengan roommates...

Biase la...diorang juga yang jadi penemannya..hoho...memang rancangan asal semua orang nak ke Mines sebab nak pegi book festival big bad wolf tu (korang pegi tak...kalau kenal admin patutnye tegur, kalau pegi...ngehhhh)

 * Nampak tak kitorang kat pintu gerbang masuk...haha

Banyak sangat buku yang kitorang beli...satu beg tu penuh ngan buku semuanya...admin tak larat la nak pusing semua yang ada kat situ...pilih dua tiga buku dah cukup...

*Waa...gelombang manusia yang dikelilingi dan ditenggelami buku...


Lepas dah puas kat sana kitorang pegi solat,surau punya la kecik...padat dengan orang semuanya..and then kitorang makan...si afiqah memang dah mengidam nak makan makanan jepun tapi tak ada pulak kat situ...dah la cari buku A Walk To Remember pun tak jumpa, tak dapat pulak makan apa yang dihajati..

So...admin ngan afiqah pilih untuk makan makanan pot clay...Ya Allah panas tak tertahan lidah ni...tobat tak pesan dah makanan dalam clay pot...dari awal makan hingga ke akhir tak dapat sangat nak menikmatinya sebab panas...ni kalau neraka camne kan?

Masa cakap-cakap ngan semua orang admin duk ngade-ngade nak pergi KLCC pulak...jauh sebenarnya...macam perjalanan dari jalan utara nak ke selatan...hehe...tapi disebabkan semua orang setuju so we go there..yepppiiy!!

*Sempat lagi bergambar kat tasik tu...huhu...thanks pada pak cik yang sudi amik gambar kitorang ni;p

Tapi alahai sampai sana dah start pegang botol minyak cap kapak...pening sebab lama sangat dalam lrt...amik ko...admin dah lembik dah kat sana...nasib baek ada roommates yang memahami...thanks guys...admin tak biasa jalan lama- lama ni...nak tengok twin tower punyer pasal...hehe...siap jumpa mantan pm kite lagi, Dato Tun Dr Mahathir Mohamad...tak take picture pun ngan dia...hehe...

*Tepat pada masa kitorang lalu sini lepas solat, cantik kan?

So then tu la hari yang paling memenatkan tapi fun! Dapat merasa macam mana susah cari surau kat klcc camne, berhadapan dengan perangai manusia yang entah apa-apa entah dan jugak berkejaran naik lrt takut kena saman dengan pak guard sebab lewat masuk cfs...fuhhh...macam-macam...but yang tu la yang jadikan kami buddyz selamanya.^_^

Tu je entry admin kali ni...wassalam...

Tuesday, 3 December 2013

CARA MELUAHKAN PERASAAN...

Assalamualaikum...

Kali ini admin ade perkongsian yang baik punyer..bukan mudah admin nak perah otak ni beri idea tentang benda-benda macam ni..hehe...nampak kan ape tajuk entry admin pada kali ni...ape lagi, jom rock and roll..huhu..

Admin terlintas untuk share benda ni dengan para pembaca blog APABILA HATI BERBICARA ni lepas kongsi-kongsi cerita dengan Afiqah roommate admin si kecik tu (huhu...mampus kalau dia baca ni, still love you la Fiqah, gurauan semata-mata)..

Ape cerita yang kami kongsi? Haaaa...bermula dengan diari sebenarnya. Ye la, ramai yang suka luahkan perasaan dengan menulisnya dalam diari kan? Jangan nak tipu ye...admin sendiri ada 3 diari kat rumah...huhu..tapi entah kenapa kebelakangan ni dah berenti tulis diari (ehh...blog ni kan ade..hehe)

Admin dari sekolah rendah lagi dah tulis diari...admin selalu sorok diari admin dalam beg sekolah, bawak ke hulur ke hilir..ada peristiwa ciiipuut je mesti cepat-cepat tulis...yang tak tahannye 'crush' admin masa tu boleh pulak pergi geledah beg admin and baca diari tu...of course la dia baca luahan hati admin yang suka kat dia tu...huhu..

Bila dia tanya admin suka dia tak, mati-mati nafikan and pasang kaki seribu lari dari dia...haha...tu zaman kecik punyer cerita. Ok, Afiqah kata dulu dia pun ada diari tapi sebab-sebab tertentu dia dah tak menulisnya lagi..so, perkongsian admin bermula di sini......

Apa yang kita boleh buat kalau kita rasa stress or nak nangis or apa-apa yang berkaitan ngan perasaan la...

1) Tulis dalam diari

Of course la ni satu jalan yang berkesan. Selain melatih tangan kita bersenam dapat jugak release kan kepala otak yang berserabut tu kan..hehe. Luahkan apa yang ada pada hati anda dan in sya allah, anda akan jadi lebih tenang. Tapi satu je masalah diari ni, kalau orang jumpa dan baca memang dah lari jauh privacy yang kita cuba simpan. Paling parah kalau korang tulis maklumat sulit yang menjadi rahsia korang je dalam tu. Setidak-tidaknya beli la diari yang ada lock tu..hehe. Bergantung pada anda menjaganya, jangan letak merata-rata. Orang nampak mesti la instinct kuat nak baca, tapi jangan la pulak korang yang ceroboh diari orang lain. Hormat peribadi orang.

2) Tulis dalam kertas besar-besar kemudian koyakkan.

Ni jugak salah satu cara yang interesting untuk dicuba..hehe. Kalau korang rasa geram sangat dan menyampah dengan seseorang tapi tak nak simpan sebagai 'kenangan' memang sesuai sangat cara ni dengan korang. Masa korang koyakkan kertas tu la rasa macam rasa marah and geram tu terkoyak sekali dengan kertas tu. Cuba la buat, sertakan sekali dengan reaksi muka..haha, gurau.

3) Share dengan kawan baik anda.

Semua ada kawan baik kan? Guna la kawan anda sebaik mungkin. Maksud admin, bukan kongi masalah je tau. Kawan baik adalah orang yang paling kita percaya. Walaupun kita ada mak ayah tapi jarang la yang share masalah dengan mak ayah diorang kan sebab pemikiran tak sama. Kawan baik tahu apa yang kita tak suka dan apa yang kita suka. Secara automatik cara dia pujuk pun buat korang rasa selesa, dah tahu pantang larang korang apa kan. But, madam law admin kata never trust anybody unless you investigate it. Faham kan..hehe

4) Mengadu pada Allah

Yes!! This is the best way. Admin letak ni last way sebab kita manusia akhir sekali memang akan berpaling pada Allah. Sebaik-baik jalan kembali ialah kepada Allah. Dengan buat solat je kita boleh rasa tenang kan? Memang susah nak khusyuk dalam solat and Allah tahu tu, tapi kat akhirat nanti Allah akan tanya apa usaha kita untuk khusyuk dalam solat. By the way, setiap perjalanan hidup kita ni memang akan ada halangan. Dalam surah al-khaf, ayat 63 pun ada disebut bagaimana syaitan memberikan halangan pada Nabi Musa semasa ingin menuntut ilmu dengan Nabi Khidir. So, manusia mana yang tak terlepas dari ujian? Guna sebaik mungkin option dan pertalian antara kita dan Allah.


Dalam al quran pun Allah telah menjawab segala persoalan manusia dengan surah-surah tertentu.Renung-renungkan la dan selamat beramal..


*IMAGE CREDIT TO GOOGLE

Sekian dari admin, wassalam..


Monday, 2 December 2013

APA ITU PERAYAAN KRISMAS?

Assalamualaikum...
Uwaa...bosan bila orang lain ada kelas tapi admin duk terperuk je dalam bilik...so admin amik kesempatan ni untuk berblog...hehe..

Semalam sempat berjalan-jalan dengan roommates...mula-mula nak pergi Cold Storage dekat dengan Uia tu je tapi tibe-tibe ade pulak perbualan yang tidak disangka-sangka ni..

"Tempat sama je kita pergi ni..semalam beli sosej pun kat Cold Storage"  (admin)
          "Mid Valley jom..." (Fiqah and nurul)
"Biar betikkk...dah kul 6 kot..." (admin)
Tengah-tengah admin bersiap tu..em, berfikir jugak..alang-alang keluar pergi Mid Valley terus la...haha..
 "Jom la, kita pergi mid valley..huhu" (admin)
Emm...tujuan utama nak pergi beli sosej je pun...haha..nak sambung buat room made pasta...kitorang rebus je dengan air panas, apa susah...ingredientnya cuma perlukan sosej (ayamas sedap), sup cendawan dalam tin (campbell) and pasta.


*kekecohan yang berlaku..hehe...ada jugak barang
  yang tak berkenaan ada kat situ..

Yang paling susah sekali nak bukak tin sup cendawan tu...dahsyat betul tin yang kitorang buka tu...hehe..rugi tak amik photo tin tu...well, kitorang masing-masing tak tahu nak guna can opener dengan betul :p..ngehh..ngehh..ngehh..

Tapi akhirnya ini la hasilnya....


  * sedap walaupun rupa mungkin tak macam chef punyer..haha


Haa...kebetulan masa admin pergi tu tengah sesak dengan orang-orang yang nak sambut Krismas..ala, baru berapa hari bulan kan...nak kecoh Krismas dah..( tak sedar yang hari raya pun macam tu jugak..hehe)

Masa tu bersesak-sesak ngan orang ramai...amik ko nak pergi sangat mid valley tapi kat sana dah macam luar negara dah...sempat la amik gambar..huhu...cantik kot!!



Macam tempat fairy tale kan...so, main point admin APA ITU KRISMAS? Jom kita buat research sikit..huhu..

Admin tertarik untuk membincangkan perayaan ini dari perspektif islam...setelah menggunakan bantuan Encik Google admin dpat tahu yang maksud atau definisi kepada perayaan Krismas ialah Pesta Kelahiran Tuhan Yesus iaitu Nabi Isa mengikut kepercayaan orang Kristian.

Perayaan ini akan disambut pada tarikh 25 Disember pada setiap tahun. Seperti mana yang kita tahu masa perayaan tersebut ialah pada musim sejuk betul tak?

Kita rujuk pada ayat al-quran, sama ada betul ke Nabi Isa a.s dilahirkan pada 25 Disember yang sinonim dengan  musim sejuk...

Al-Qur’an tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat berkenaan hal ini tetapi sekadar gambaran masa kelahiran nabi Isa a.s. Seperti Firman Allah s.w.t.
“Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26)
Peristiwa di atas berlaku pada Maryam a.s. selepas melahirkan Nabi Isa a.s. Di dalam ayat di atas ada menyebut tentang buah kurma yang masak di atas pohonnya, ini menunjukkan yang masa kelahiran itu tentu sekali bukan di dalam musim sejuk, bahkan bermungkinan besar di dalam musim bunga ataupun musim panas. (dipetik dari http://malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-hari-krismas/)

Perayaan Krismas itu sendiri bukan lah daripada agamanya sendiri tetapi telah diadiptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno. Bagi orang-orang islam, diharamkan kita menyambutnya secara langsung atau tidak langsung walaupun menyebut "Merry Cristmas"...

Mengapa Krismas diharamkan bagi orang islam? Ini antara jawapannya:

1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.

2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.

3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kebatilan.

So, kesimpulan admin, berbangga la dengan dua perayaan kita yang Nabi Muhammad s.a.w telah bawa khas dari Allah kepada kita. PSSS...nak tahu tak, dari dulu lagi memang admin tak kan tertipu dengan Pak Cik Santa diorang tu...haha..tapi hormat la agama lain kerana tiada paksaan dalam beragama kan..

Akhir kalam, maaf kalau admin khilaf dalam hal ni, cuma berkongsi pendapat..kalau ada yang salah tolong betulkan ye...piuhhh..panjang betul entry kali ni..tq for reading (kalau ada yang baca sampai habis..haha..)
Wassalam