Assalamualaikum sahabat dan rakan taulan sekalian...
.....nampak tak benda alah ni...hehe...admin saja ngada nak letak...sejak akhir-akhir ni suka sangat dengan gambar animated macam ni...huahua...hobi men'search' benda ciut-ciut macam ni..
Ok, admin baru je lepas kelas Study Circle beberapa jam yang lalu sebelum solat Jumaat lagi...haha...lepas kelas mesti ada je nak share dalam blog ni...in sya allah orang lain pun akan mendapat manfaatnya.
So, apa tajuk perbincangan admin kali ni? Seriously menarik! Confirm! (muka over confident depan laptop dahi berkerut)....kalau tengok tajuk entry je mana cukup...selami la jiwa anda bersama admin dengan entry ni...nampak sangat ayat ni nak suruh orang baca blog kita...haha..
Tanpa melangkahkan kaki ke jalan serong yang tak sampai-sampai tujuan utamanya admin bagitau dulu maksud tersirat pada tajuk entry kali ni. Sebenarnya tajuk ni berkenaan cara terbaik menegur seseorang adalah melalui perbuatan. This is my opinion..what about you? OOOOPPPSS, cuppp dulu..biar admin terangkan sebelum korang mula buat kesimpulan.
Admin bagi satu situasi yang biasa kita lalui. Tipu la kalau ada orang cakap korang tak pernah laluinya. Mungkin tak kerap tapi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Situasinya ialah masa kita kecik-kecik dulu, memang susah kan nak mandi ataupun nak solat bagi Muslim. Time famous masa maghrib la. Mesti mak kita terlolong-lolong jerit nama panggilan kita nak suruh mandi dan solat.
"Along, adik...cepat pergi mandi sekarang kalau tak mak pukul"Alahai, dialog famous sangat, nampak tak admin pernah lalui situasi ni. Tapi korang perasan tak mak kita jarang la nak 'tunaikan' kata-kata terakhir dia. Tak pukul pun kan..kadang-kadang sebab biasa mak-mak membebel masa tengah sibuk kat dapur. Kita pun buat muka selamba and pekakkan telinga.
And then ayah kita pun datang amik alih tugas mak bila mak dah ngadu...."Abang, anak degil tak nak mandi lagi"...huisyyy...bila korang dah berumah tangga korang tahu la perasaan jadi mak bapak (admin cakap macam admin dah ada experience je kan?Hehe)
Bila ayah kita datang, cekak pinggang sikit je BROOMM!! Meloncat dari atas sofa, amik tuala, tinggal tv terbukak camtu je terus masuk bilik air. Nampak tak situ, cakap je tak berkesan, harus ada tindakan yang berkesan.
Sama jugak dalam situasi kita nak menegur orang. Jangan sesuka hati je main redah, marah tak tentu hala walaupun niat baik korang pulak yang kena sumpah seranah. So, apa yang kita kena buat let act than speak about something that people will angry with you.
Admin bagi contoh situasi:
1) Korang ada kawan yang liat nak solat. Masa tengah study tiba-tiba dengar azan. Lepas azan je korang bangun dan berkata: "Waktu solat dah masuk dah, kalau solat awal ni senang jugak kerja aku nanti, pahala pun dapat". Tapi jangan pulak korang tengok muka dia masa bercakap, just macam monolog diri (cakap sorang-sorang). Mesti terdetik jugak di hati kawan korang tentang apa yang korang kata tu betul. Dah selesai tugas dakwah korang.
2) Ayah atau sesiapa sahaja yang tua daripada korang sembahyang ke arah kiblat yang salah. Kalau korang tegur direct mesti antara jawapan diorang,"Hei, aku makan garam dulu dari kau. Aku tahu la kiblat arah mana". Korang nak jawab apa? Memang tak jawab la, lepas tu blah masuk bilik, tidur. Cara terbaik pura-pura la korang nak betulkan sejadah masa diorang solat. Nak ikut arah tuju kiblat yang korang buat tu ke tak nak suka hati la tapi korang dah berdakwah.
3) <KISAH BENAR> Ada sorang mamat arab nak order nasi. Dia pun panggil la mak cik kafe dan cuba cakap Melayu macam kita. "Mak cik, nasi goreng ikan iblis satu." Of course mak cik tu angguk, pergi masuk dapur gelak dengan anak buah dia. Kita yang ada kat tepi tahan je gelak takut kena punch ngan dia. Tapi kita tak sampai hati dan nak betulkan kesilapan dia. Apa kata ajak dia borak ngan kita dulu and tanya kenapa dia sebut order macam tu, so tak ada la nak gaduh and kita tahu situasi sebenar dan tegur dia secara elok.
*Jangan sampai terkena :p
Situasi ketiga-tiga diatas diceritakan sendiri oleh Ustaz Hamimi admin yang mengajar subjek Study Circle. Cuma pasal mamat arab tu memang dia alami sendiri. Korang pun mesti tertanya-tanya kenapa la dia order nasi goreng ikan IBLIS. Dia kata kat ustaz admin, masa dia makan dengan kawan Melayu dia, kawan dia order nasi goreng pedas GILER. Jadi kesimpulan yang dia buat kalau nak ikan bilis lebih 'tambah' la perkataan yang ekstrem sikit...admin harap korang faham.
Masalah yang biasanya berlaku di asrama contohnya kebersihan tandas tak dijaga, ataupun suasana terlampau bising or ada jugak orang yang tak berhati perut, small intestine, hempedu limpa dan yang 'sewaktu' dengannya mencurahkan air basuhan dari tingkat atas dengan selamba, sebagai result nya basah kuyup orang kat bawah. Jadi, apa sebenarnya langkah kita or lebih tepat lagi tindakan kita untuk menegur golongan berkenaan untuk menghormati orang lain tanpa menyakitkan hati mereka. Fikir-fikirkan lah ye?
Admin cuma sampaikan gambaran ustaz admin pada pembaca blog sekalian. Terpulang kepada anda bagaimana methodnya asalkan anda berjaya dalam dakwah anda. Sebarang pertanyaan ataupun teguran boleh komen. Setakat tu je, Wassalam...
No comments:
Post a Comment