Bismillah hirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...ehem..hehe..
Dah kenapa entah admin ni gelak mula-mula taip entry. So,you all. Here I am again, writing this entry in the middle of night sebab dah bosan tak tahu nak buat apa. Qada' balik yang selama ni admin tak update sangat blog ni..hehe..
But guys, bukan saja-saja tau admin buat entry kali ni. Something big happened in my beloved CFSIIUM!!
Alamak, apa pulak? (jangan sentap korang).........cfs admin terbakar tadi..
opps, over sangat kan berita nye. Bukan semua bangunan dalam cfs ni. Kalau tak admin dah tak ada duduk depan laptop and mengupdate blog sekarang ni. Tak percaya? Dah masuk berita metro online and also sinar harian. Yang tak boleh bla ayat wartawan tu. Sikit je kebakarannya, melibatkan blok asrama lelaki Mahallah Abu Bakar je pun tapi heboh kata blok asrama lelaki musnah dalam kebakaran. Pssss....dekat dengan asrama admin tu, sebelah je, jarak pun ciput.Korang boleh tengok berita semasa sinar harian
*ni antara gambar yang terjadi petang tadi
*Tengok tu, menyala-nyala. Punca dari tingkat 1.
*keadaan dalam bilik selepas kebakaran
Tu la serba sedikit gambar yang admin boleh share. Get these pictures from my friends. Kejadian ni terjadi dalam pukul 3.02 petang mcam tu la. Admin sebelum tu ada kelas pkul dua but then when I arrive at the class yang hujung dunia tu classamate told me yang kelas cancel. Mak ai, masa tu punyer la admin terkejar-kejar ke kelas lepas solat. Dengan semangatnya bawak laptop sebab nak belajar guna i-taqleem (e-learning untuk uia)
Kalau admin ada kelas and balik pukul 4 of course admin tengok depan-depan peristiwa tu. But then, admin tak ada kelas and terus balik bilik. Sampai je bilik apa lagi, layan hindustan beb. Haahahaha.. Masa tengah tengok cite hindustan tu la admin and roommates tak perasaan pun apa yang jadi. Bilik pulak jauh dari asrama yang menghadap blok lelaki. Selama ni selalu je dapat bilik sebelah blok lelaki.
Tengah syok layan lagu "I'm the Best...I'm the Best..", hero dia pulak shah ru khan, memang melekat mata depan laptop. Cuma ada la dengar sisters berlari-lari, ingatkan benda tu biasa je. Dah common sangat budak-budak ni berlari kat blok menggegarkan seluruh blok asrama tu. At the same time jugak admin dapat whatsapp.
Baca whatsapp baru la sibuk nak berlari tengok keadaan. Nampak la bomba tengah padamkan api tapi masa tu dah tak marak la. Cermin semua pecah-pecah. Admin ni duk mengintai-ngintai dengan Nurul (roommate). Dalam kekalutan tu, sempat lagi la si abang bomba ambik gambar budak-budak ni yang berkerumun macam semut kat asrama tu. Apa lagi, nampak je smartphone posing habis students uia ni. Dasatt-dasat. Yang tak tahan bila polis baru sampai lepas nak selesai semua benda. Barulah bunyi siren kereta. Hahaha, siput betul (no hard feeling k? Kenyataan.)
Yang lagi kelakar bila ada tiba-tiba menyelit mamat motor hantar piza ke asrama. Haha, kelakar weh. Admin tak ada pulak gambar mamat tu. Kesian la semua mata tertumpu kat dia. Apa taknya, jalan semua penuh ngan budak-budak uia ni. Kesian dia duk parking motor and then admin nampak dia call someone. Of course la yang pesan piza tu. Andai kata la yang pesan piza tu dari asrama Abu Bakar tu sendiri admin memang akan gelak tergolek.
But, who knows something will happen today. Only Allah knows everything in every single moment. It remains as Allah's secret. Alhamdulillah tadi tak ada kehilangan jiwa dilaporkan. Walaupun nak tergelak tengok ada some brothers pakai tuala pink keluar dari asrama masa kecemasan masa tu, admin still berdoa semoga orang yang menjadi mangsa dalam ujian Allah ini diberi ketabahan hati. Bukan sikit tau barang yang terbakar. How about their clothes, books and everything that important? Yang sempat bawak lari pun mesti I/C and dompet bagai. Tak ada I/C PATI la jawabnya.
Admin yakin dekat dengan bulan puasa ni dugaan yang kita hadapi mesti dilalui dengan ketabahan hati. Admin tak setuju kalau orang kata semua ini musibah but this is ujian bagi mereka yang lalai dalam mengingatiNya. Orang yang terkena ni juga ialah orang-orang yang terpilih untuk mereka menambah keimanan dalam hati sebab kita ni semua pendosa.
Setakat itu je entry admin kali ni. Cakap pasal kebakaran je hari ni and iktibar di sebaliknya. Sesiapa yang baca entry ni admin berharap sangat korang akan mendoakan ketabahan hati pelajar-pelajar uia untuk meneruskan pembelajaran demi jihad mereka di jalan Allah walaupun dilanda ujian.
So, puasa dah nak dekat. Selamat menjalani bulan puasa semua! Sama-sama cari keredhaan Allah ye.
Ni kisah admin, kisah korang macam mana pulak? Wassalam.
No comments:
Post a Comment