ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Thursday, 20 October 2016

SEKOLAH PONDOK, SEJAUH MANA BENAR SANGKAAN KAU!

Bismillah hirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua! Wah excited admin bila dah start menulis balik. Despite of limited time I have, here I am, eating maggi cup and duk mengadap depan laptop nak tulis entry kali ni bagi hangpa semua baca. Pengalaman yang admin share ni harap-harap la semua baca dan teliti betul-betul. Kalau tak lenguh je tangan menulis (Pastu ada orang kecam sape suruh ko menulis. Tu sadis namanya)

Sebelum admin masukkkan kritik admin tentang sekolah pondok ni, izinkan admin merapu tentang status sekarang. Haha. Admin masih bujang..haha. Gurau. Tak kena mengenak tu. Admin sebenarnya baru je lepas mid test beberapa hari yang lepas. Sumpah criminal adalah subjek yang terpayah di dunia (Waa, nangis). Constitutional law pun exam hari yang sama tapi tak terasa susahnya sebab style jawapan macam true/false je (Biarpun soalan dia sebijik macam kau baca perlembagaan persekutuan, double nangis)

Ni pun sekarang admin 'diseksa' dengan ribuan eksimen dan ditambah pula tengah sakit sekarang. Nama je sakit tapi makan maggi tengah gigih gerakkan jari jemari nih. Ye la, admin kan dah janji nak kupas isu ni untuk korang. Based on my experience. So harap bermanfaat la ye untuk korang.

Macam mana admin boleh terfikir untuk buat entry ni setelah sekian lama mendiamkan diri? Jawapannya ialah tajuk ni la yang terlintas mula-mula dalam fikiran gua. Haha. Lepas tengok page blog admin kat fb dah makin sunyi admin pun decide la this title for today.
Tapi yes, mesti ada yang teka.."Admin ni mesti pergi sekolah pondok ni."
Sekali lagi yes. Admin semestinya akan tulis entry berkait dengan kehidupan seharian admin.

Sebenarnya, start masuk sem baru ni (now, 2nd year 2nd sem), admin telah menghadirkan diri ke program Pondok Sabtu disebuah tempat di KL. Nama institusi admin kena rahsiakan sebab isi yang admin nak kongsi mungkin boleh mencalar hati sesebuah pihak. Satu lagi admin tak nak kena saman. Huhu. Sejak belajar law ni macam tu je la pemikiran admin. Paranoid ke cautious?

So back to the main point, admin sertai program ni pun sebab kawan sebilik admin, si budak mengada sorang tu and tak lupa juga si gemok ajak la admin masuk program tu. Mula-mula admin macam tak nak pergi sebab ye la, jiwa I tak ke sana. Tak nampak lagi la seru tu. Lagipun admin credit hour untuk sem ni 22.5! Giler tak banyak! Menempah maut macam sama banyak credit hour dengan budak law syariah pulak (T-T)
Tapi disebabkan kesungguhan dia, admin ikutkan je la. Lagipun duit biasiswa dah masuk. Huihui. Admin pun joinlah. Kawan kami yang sibuk ngan latihan Palapes dia pula yang sudi hantarkan sebab dia ada kereta. So senang la.

Admin tahu, mesti ramai di antara korang yang berpendapat bahawa sekolah pondok ni old fashion la. Macam zuhud sangat la and seriously mengantuk. Kadang-kadang ada juga yang mungkin berpendapat mereka ini 'anak cicit' ISIS ke, Wahabi ke. Haha. Ok, tempat yang admin belajar ni diiktiraf oleh institusi Islam Malaysia berserta pengiktirafan kitab-kitab daripada mufti neger-negeri tertentu so selamat.

*Smurf boleh menggeliat time ngantuk tapi admin??


Apa yang admin nak kritik tentang program pondok ni ialah dari segi kebaikan dan keburukannya. Orang kata kita ni lebih suka dengar berita buruk dulu dari yang baik kan? So similar approach done, admin cerita keburukannya dulu.

Eh, sekolah pondok pun ada keburukannya? Bukan diorang ajar dan belajar agama ke? Bukan ke jalan menuju ke syurga tu (nampak cliche tak ayat?) Meh sini admin nak bagitahu. Setiap mahkluk yang ada di muka bumi ni ada keburukan dan kebaikannya. Ok, keburukannya......

1) Tempat belajar yang tak kondusif.
Yes, ni definitely perkara pertama yang admin paling tak suka tentang sekolah pondok ni. Sekolah pondok ni di tengah-tengah bandar so jangan berangan la korang imaging pondok ni macam satu rumah panjang yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan nipah. Tak de la you alls. Kenal kan rumah kedai? Haa, macam tu la style dia. Ruang yes, memang la sempit tapi bayangkan admin kena duduk selama hampir tiga jam bersimpuh! Lepas tu tukar position bersila! Oh my Allah! Hari pertama admin join, memang mencabar hati dan keikhlasannya. So apa cadangan admin. Kot ye pun belajar asyik duduk je, bagi la kami bergerak sana sini sikit. Ni pegun je. Kami bukan almari!


 *dari mr.google

 
2) Terlalu malu or zuhud?
Ni memang ada kaitan dengan point pertama. Bayangkan korang static dalam masa dua ketiga jam tu and then ustaz-ustaz semua cakap slow-slow. Bukan suara slow tapi aturan ayatnya tu. Ya Ampun! Ni lagi satu. Pastu kan admin macam terpaksa pandang lantai dan say 'hi' to that tikar getah so kami boleh berkenalan dengan lebih lanjut. Maksud admin ialah, semua orang dalam kelas tu like malu nak pandang muka masing-masing? And I was like...what? Kita kan belajar. So lama-lama apa yang admin buat, admin pandang je muka ustaz tu bila dia mengajar ke tak ke. Tu lagi ok daripada terus mengalami kekejangan otot pada bahagian tengkuk.

 *kalau segan sangat boleh cover kepala dengan kotak kot (opps, sorry deep)

3) Old fashioned.
Ni common la kan. Yes, admin pun rasa macam tu. Admin tak kata yang pembelajaran Islam itu old fashioned. Nauzubillah, tak ada niat admin macam tu. Apa yang admin cuba untuk sampaikan ialah dalam pengajaran kitabnya, ustaz-ustaz tu semua suka tau make things complicated. Dalam Islam benda tu sangatlah mudah tapi diputar belitkan dan akhirnya student tak faham. Lagi satu penyampaian ideanya kadang-kadang admin tak setuju sebab tak sampai maksudnya. Sebab tu ramai yang berguru di pondok akhirnya sesat sebab salah tafsir! Ajaran dah betul tapi explain la sikit bang ustaz. Ada banyak kemungkinannya. Sebagai contoh, kita sebagai umat Islam bergantung pada takdir. Jika pada awalnya Allah menciptakan takdir kita untuk tidak berjaya dalam sesebuah exam tu, maka kita tidak akan berjaya pada akhirnya. Kan macam weird je tu. Explain la balik dengan cara ini: Tapi ini tak bermakna kita tidak perlu berusaha. Usaha itu penting. Selepas itu diiringi dengan tawakal kepada Allah. Pastu ada banyak lagi idea ustaz-ustaz kat situ yang admin tak setuju tapi tak ingat dah. Huhu.

4) Muda-muda semua!
Seriously, ustaz kat situ baya admin. You know what, admin insecure. Bukan jatuh cinta ke apa walaupun hakikatnya dah tangkap cintun dengan sorang ustaz ni tapi alamak, dah nak jadi laki orang. Admin pun memain je. Kihkih. So, bila macam ni la gayanya admin lebih prefer kalau jemaah lelaki dan perempuan diasingkan dan diajar ikut jantina masing-masing. Bukan apa, sebab kita akan jadi lebih selesa nak meluahkan pendapat dan bertanyakan soalan. Ni tak, dah la masing-masing menunduk je. Admin, I just don't care. Aku tenung je ustaz muda kat depan aku tu. Ye, betul la kata orang belajar dari siapa pun tak kira usia still bermanfaat tapi kalau ada alternatif lain why not? Tak kan dua tiga ustazah je dalam institusi diorang ni? Tapi bila Sheikh ajar admin enjoy sebab dia dalam 40 an macam tu dan isi dia lebih padat of course.

5) Boleh pula kau asyik duk "Walahu'alam."
Adoi (sigh)....
Bila ada orang tanya soalan, dia tak dapat jawab. Admin tak kisah lagi yang tu. Tapi bila orang dah tanya tu pandai-pandai la catat dan mula bermusyawarah dengan rakan-rakan seangkatan lain macam mana nak terangkan sesuatu prinsip akidah atau fiqah tu. Ni tak, kawan admin pulak yang terangkan pada kelas apa itu 'illah' sebagai contohnya. Mengeluh lagi. Macam mana orang nak respect kalau gini la gayanya.  Ni buat admin makin tak respect dan tak ikhlas nak belajar.

6) Hafazan
Ya Allah, ni part admin yang paling lemah. Kelas aqidah, fiqah dan seangkatan dengannya ini bermula hari sabtu yang supposedly admin berehat dan belajar law tapi korbankan juga masa memandangkan ini ilmu fardhu ain. Jadi admin harapkan bila pergi pondok ni kita boleh restkan mind sebab kita dekatkan diri dengan Allah kan. Tapi alihnya kena hafal kitab? Satu bijik kitab tu. Like, seriously I'm dead. Ok, admin boleh terima dia kata kalau tak hafaz ni tak masuk dalam otak belajarnya tapi that's not the only way you get on earth? Admin tak pernah masuk hafazan sekolah rendah dulu sebab I'm bad at memorizing verses or Arabic Language. Jangan kata mentang-mentang admin student law senang je hafal. Law bukan menghafal ye sayang. It's about undertanding it.  Ok, tak pe. Admin ketepikan dulu perasaan negatif tu and kita hafal je. Tapi admin rasa kecewa bila mana ustaz suruh hafal matan sahaja! Matan ni bahasa Arabnya lah. Dah tu kalau tak ingat, tak ada option ke kalau kita nak mengingat dari segi maksudnya? Acceptable kan. But they don't!

Fuhh..puas duk luas rasa hati yang membara. Eheh..tapi jangan sangka admin sampai ke sudah tak ikhlas belajar kat pondok ni. Tu sebab admin nak buka cerita pasal kebaikannya.

1) Isi masa lapang
Bagi admin ni, hari jumaat tak ada kelas melainkan ada lecturer buat ganti. So biasenya admin akan melepak je tengok cerita korea or apa ke. Tak pun buat cerpen. So sabtu tu kiranya ruang terisi dengan pembelajaran kat pondok ni. Jadinya, aktiviti tak berfaedah ni dapat admin singkirkan. Alhamdulillah. Rasa macam berbaloi sangat walaupun sesi yang admin amik separuh masa je. Jadi bagi sesiapa yang rasa buang masa banyak tu bolehla korang try join program keagamaan sebegini. Masa kita pun tak lama dah nak menuju ke alam seterusnya so why not for a day in a week we do goodness. Mula-mula tu memang tak ikhlas tapi ikhlas itu boleh dipupuk.

2) Fardhu Ain lebih mendalam.
Dalam hidup kita ni aqidah dan fiqah boleh kata subjek yang paling kritikal and needed dalam hidup kita. Sebab apa? Sebab dia berkait dengan iman kita dan ibadat seharian kita dengan Allah. Banyak perkara baru yang admin belajar dan sememangnya benda tu wajib kita ketahui. Kalau korang kata belajar pondok ni sama je belajar kafa sekolah rendah dulu, korang totally wrong. Sebab apa? Sebab banyak benda wajib yang tak cover masa sekolah dulu. Contoh kata, kita sering dengar Allah ni ada di mana-mana. Tapi sebenarnya itu ialah penyataan yang salah. Sebetulnya Allah wujud tak bertempat. Kalaulah kita kata Allah itu wujud di mana-mana maka Dia seperti udara sedangkan Dia tidak pernah menyerupai makhluk ciptaanNya. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh komen kat blog admin and tanya. Takut korang nak more details.

3) Terdedah dengan ajaran palsu masa kini.
Ni korang jangan salah baca pulak. Maksud admin ialah ustaz-ustaz kat pondok ni banyak dedahkan cara mengenal yang mana ajaran Islam yang betul dan salah. So kita akan aware dengan ajaran yang entah apapa sekarang ni. Ada golongan Mu'tazilah dan sebagainya yang telah membawa ajaran yang terpesong daripada agama Islam yang syumul.

4) Kuatkan daya ingatan
Insya allah ni admin tak tipu. Tadi kan admin ada kutuk pasal hafazan tu. Dulu admin rasa hafazan tu sangat membebankan sebab ye la, kita student jadi banyak lagi ruang otak nak guna untuk hafal benda lain (INI SALAH!). Sebaliknya, hafazan ini menguatkan daya ingatan kita dan akan bantu kita dalam subjek-subjek lain. Kalau tak percaya cubalah. Tapi dengan syarat kena ikhlas la.


*dari mr.google

Panjangnya menaip. Sekarang pun dah pukul berapa ni. Time to slepp.. (o..o)zzzzzz
Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut untuk sebarang aqidah atau bab ibadat ke, boleh tanya admin di bahagian komen. Korang pun boleh request kalau nak admin tulis satu entry khas buat ilmu yang admin belajar di pondok setakat ini. Jadi pengajaran kali ini dari hadith Rasulullah s.a.w, "Belajarlah sehingga ke negeri China."
Ada kaitan ke? Mesti la ada kaitan. Kita belajar ni tak habis-habis ilmunya. Ingatkan dah perfect dah bab aqidah ibadah ni tapi bila time kahwin tergugap-gugap. Haa, baru hangpa tau. Don't worry. Belajar pondok ni tak heavy yang macam kamu fikirkan. Kita bukannya belajar kitab yang dah advance tapi dalam tu sama macam kat sekolah qafa dulu cuma ada penambahan terperinci. Contohnya bab fiqh wanita, bila tarikh suci kita sebetulnya lepas period dan sejauh mana kita kena qada solat kita selepas suci dari haid. Tu semua akan terjawab dalam kitab-kitab tu.

Setakat tu saja entry admin kali ni. Moga bermanfaat. Admin nak tegaskan yang post admin ni bukan untuk korang jadi keyboard warrior yang menyakitkan hati dan viralkan benda yang tak betul. Kritik admin ni tak ada kena mengena pun nak kata admin ni menolak ajaran pondok ke apa ke cuma zaman yang dah berubah ni, pemikiran kuno mereka perlulah diubah dan style pengajaran pun berubah lah. Buat lawak sikit ke, ni hambar je, sebab tu ngantuk. Kepada tenaga pengajar pondok yang mungkin baca post ni, harap-harap ada improvement dari pihak tuan puan sendiri. In sya allah, kalau pemikiran lama berubah makin ramai anak muda nak join pondok. Sekian, ni kisah admin, kisah korang pulak? Wassalam.



Friday, 13 November 2015

CERPEN: KEMBALI 'MENDENGAR' TUHAN

Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum to my readers. Finally admin ada masa untuk diri sendiri. Fuhh....semalam baru lepas mid sem test. Alhmadulillah ada yang boleh jawab tapi admin kesal la tak dapat jawab dengan baik bila berkenaan dengan authority quranic verse. Bagi ayat quran lain admin salah tafsir pulak (T^T). Rasa nak menjerit pun ada. Sebenarnya admin takut kalau lecturer yang ajar admin subjek tu kata admin tak tumpukan perhatian masa kelas dia. Ye la, sebenarnya admin ada buat silap jugak masa kelas tutor dia. Dia tanya soalan lain, admin jawab lain pulak. Hisy...hisy..hisy..

Tapi tadi dah energized balik bila menghadirkan diri dalam kelas Leadership and Management pagi tadi (kelas kokurikulum admin). Kitorang dalam kelas suppose to present whatever topic that we choose untuk markah presentation dalam kelas. So, ada la seorang brother ni bercerita tentang barakah. Apa-apa yang kita buat, exam terutamanya walau usaha dah tahap dewa, kalau tak dapat barakah tak guna jugak. Mungkin kita sendiri tak dapat A. Memahami konsep barakah tu sendiri perlu ada dalam setiap diri pelajar. As long as we study hard, respect others, mintak la dengan Allah keredhaanNya. Mana tahu kita tak dapat perform well in exam, ehh tup...tup dapat A paper yang kita jangka akan fail. Not impossible ok. So, tu la kata-kata smangat daripada admin untuk kembali reflex apa yang admin buat hari ni untuk mendapat barakahNya and peringatan untuk pembaca setia admin jugak.

Enough for today. Tetiba korang rasa admin banyak pulak membebel untuk hari ni kan. Hehehehe. Seperti yang admin janji pada entry yang lepas, admin akan post my new cerpen. Jadi sudi-sudi la baca ea. Kepada yang membaca cerpen admin and komen admin ucapkan bebanyak terima kasih. Rasa macam bersemangat untuk create the new one. So, please enjoy the short story below.


KEMBALI 'MENDENGAR' TUHAN

    Hidup umpama roda yang sentiasa berputar.  Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah. Betullah kata-kata pujangga yang suatu ketika dahulu digunakan untuk menggambarkan kehidupan. Ramai yang menggunakan kata-kata hikmah itu untuk dijadikan nasihat bagi sesiapa yang merasakan kegagalan dan kemenangan. Ia memberi makna, tidak selalu hidup kita ini akan selalu dikelilingi dengan nasib yang baik. Kadang-kadang kita juga akan dihujani dengan kepayahan dan pahit getir.Namun pada tahun 2040 ini, ia menyaksikan 'kebenaran' di sebalik kata-kata itu. Tidak ramai yang percaya kata-kata itu menimbulkan rasa takut yang suatu hari nanti kita akan melalui saat dimana islam itu jatuh.
    Zaman ini manusia sibuk benar dengan bangunan-bangunan yang mereka bina, perniagaan yang semakin rancak dan ekonomi yang semakin membangun. Manusia terlampau sibuk memikirkan pasang surut 'saham dunia' ini dan ada juga yang berfikir bagaimana untuk terus selamat daripada tenggelam dalam arus pembangunan kini. Begitulah juga keadaan keluarga Sam. Ayahnya begitu sibuk dengan perniagaan dan begitu juga ibunya. Setiap tahun ayah akan berpindah ke rumah baru, seolah-olah kedudukan dan kebesaran rumah mereka diukur melalui keuntungan perniagaan ayahnya. Kali ini kereta mewah ayahnya dipandu secara automatik ke arah sebuah rumah agam yang mewah. Kata ayahnya, rumah itu telah diubah suai menjadi lebih gah. Pekarangan rumah itu dihiasi dengan pancutan air di tengah-tengah halaman rumah.
    Mata Sam melilau melihat sekitar rumah itu dari dalam perut kereta. Ayah sibuk dengan telefonnya, bercakap tentang perniagaannya. Ibunya disebelah sibuk dengan komputer ribanya. Barangkali mengemas kini data-data, mengira keuntungan yang ayah dapat hasil titik peluhnya dan duit keluar masuk keluarga. Sam menongkat dagunya di cermin kereta. Sekali lagi matanya memandang ke atas, mengira berapa tingkat rumah itu ada. Ibunya keluar dengan tas tangannya dan mengarahkan pembantu rumah mereka mengangkat segala jenis beg di bonet kereta. Sam masih tetap pada posisinya sehinggalah ibu melaung kuat ke arahnya, memaksa dia membuka pintu kereta dengan malas. Sam rasa penat setiap kali mereka berubah tempat tinggal. Sam juga benci bila dia tidak dapat mengenal lama budak-budak sebaya dengannya di sesuatu tempat.
    "Sam, ambil beg kamu dan bawa masuk ke bilik. Bilik kamu di wing west ye." Ibu sempat lagi berpesan supaya dia mengemas sendiri beg pakaiannya di dalam bilik yang sudah ibunya tetapkan. Sam sekadar mengangguk. Malas untuk bercakap banyak dengan ibu bila mata ibunya itu dari tadi tidak berubah posisi mengerling ke mana-mana kecuali pada tab di tangannya. Sam mengheret beg berodanya ke arah barat rumah itu. Geseran roda pada lantai rumah itu menghasilkan bunyi seperti orang mencakar cermin. Ayah menegurnya agar dia berhati-hati mengheret beg itu sambil tangannya menutup sebelah telinganya. Sam tidak peduli teguran ayahnya dan berlalu menuju ke biliknya.
    Sam tolak kuat daun pintu yang berukir corak bunga itu. Di dalam bilik itu dihiasi dengan lampu mewah dan katil bersaiz king. Ada sebuah rak buku penuh dengan pelbagai jenis buku tersusun rapi di sebelah ruangan bilik persalinannya. Sam menghempapkan dirinya ke atas katil empuk yang besar itu. Sebelum ini sudah dia minta dengan ibunya supaya memberinya katil yang lebih kecil. Apalah gunanya sangat katil sebesar itu dengan badan budak 10 tahun sepertinya. Hanya memenuhi suku daripada katil itu. Matanya memandang syiling berwarna emas itu. Setelah bosan, dia bangkit menuju ke arah rak buku. Tangan kecilnya menyentuh buku-buku itu sehinggalah dia mencapai satu buku yang berada di bawah dan paling hujung rak itu. Dia membelek-belek buku itu. Satu pun dia tidak faham. Dengan tulisan berangkai dan titik-titiknya. Tetapi entah kenapa Sam rasa tulisan itu cantik.
    Sam mendakap buku itu erat ke dada sebelum dia memanjat duduk di tingkap biliknya yang besar itu. Dari situ, dia boleh lihat sisi pagar rumahnya yang mula-mula mereka masuk tadi.Tebal juga kabus pagi itu. Entah kabus ataupun jerebu, dia rasa sama sahaja. Sekali lagi dia membelek helaian buku itu. Kenapa sebelum ini dia tidak pernah nampak tulisan asing ini? Bahasa perancis ke? Bukan. Ataupun bahasa Tamil? Bukan juga. Sam mengeluh dan sambil itu tangannya mencapai bunga-bunga kecil berwarna biru yang meliar di dinding luar bilik itu. Dia memandang ke arah pagar yang mulai hilang diselimuti kabus. Dari kejauhan dia nampak kelibat seseorang. Sam mengecilkan matanya dan sekali lagi dia nampak seseorang berdiri di luar pagar rumahnya. Eh, kali ini dia nampak seorang budak lelaki yang lebih kurang sebaya berselindung di sebalik orang tua yang berpakaian putih itu.
    Matahari muncul dari arah timur perlahan-lahan menerangi kawasan rumah itu. Sedikit pancaran matahari mengenai matanya menyebabkan matanya perit seketika. Ketika itu juga dia nampak dua orang lelaki itu beransur pergi dari situ. Sempat lagi budak yang tidak dikenalinya itu berpaling dan tersenyum. Sam mengenyeh-ngenyeh matanya beberapa kali. Ingin kepastian dia bermimpi, berkhayal ataupun bukan. Sekali lagi budak itu berpaling sebelum wajah suci itu dilindungi lengan baju orang tua di sebelahnya.

    15 tahun sudah berlalu dan Sam masih dirumah yang sama. Entah mengapa dia rasakan rumah itu istimewa lantas dia memujuk sedaya upayanya agar ayahnya membeli rumah itu sebagai harta tetap bagi keluarganya. Masih terbayang-bayang wajah budak lelaki yang melemparkan senyuman kepadanya saat kali pertama berada di situ. Dengan susunan perabot dan katil yang sama, Sam membuka luas tingkap kaca itu sekali lagi. Pagi ini sama seperti saat pertama kali terpandang wajah budak itu. Berkabus, sejuk dan tenang. Jarang sekali dia ingin menghirup udara sesegar ini sewaktu dia belajar di London tak lama dahulu. Sam masih mendakap buku asing yang menarik minatnya semasa dia kecil dahulu. Ingin sekali dia mencari seseorang untuk mengajar dia bahasa asing ini. Sedang asyik mengimbas memori lampau, ada tubuh seorang lelaki berada di luar rumah itu sekali lagi. Sam berpaling ke arah pintu pagar itu. Kali ini dia hanya nampak sesusuk tubuh badan dan kali ini lelaki itu jauh lebih muda jikalau ingin dibandingkan dengan orang tua 15 tahun yang lalu.
    Apabila diperhatikan lagi, dia menangkap senyuman yang sama dia terima suatu ketika dahulu. Kali ini tidak seperti dahulu, dia melompat ke luar tingkap dan menuju ke arah lelaki itu yang baru sahaja ingin mengorak langkah pergi.
    "Nanti! Kau, 15 tahun lepas..." Sam bersuara, menyoal untuk mendapatkan kepastian. Lelaki berkulit cerah di luar pagar itu berpaling seraya mengangguk.
    "Ya, saya. Alhamdulillah saudara membesar dengan baik sekali."
    Sam tersenyum. Dapat bercakap dengan 'kawan khayalannya' terasa bagai mimpi. Tapi perkataan itu, alhamdulillah? Mengapa begitu asing di telinganya? Setahunya tidak pernah dia berjumpa dengan mana-mana perkataan itu sebelum ini. Mahu di surat khabar ataupun kamus dan buku-buku.Sam berfikir sejenak sebelum matanya terpacak pada sebuah buku yang dipegang oleh lelaki di hadapannya. Matanya membulat. Buku itu buku yang sama dia jumpa dan teliti sepanjang dia hidup. Sentiasa dibawa hingga merantau ke negara orang putih semata-mata ingin memuaskan kesangsiannya.
    "Itu...buku apa itu?" Sam menuding jari ke arah buku yang dipegang pemuda itu. Sam membuka pintu pagar yang memisahkan mereka dan mendekatinya.
    "Oh, ini buku Allah, al-quran." Jawab lelaki itu tersenyum. Masya Allah, mungkin inilah sebab datuknya mengasingkan dia dari dunia luar. Dibawanya ke suatu tempat belajar ilmu agama, diasuh dan dididik tentang agama Nabi Muhammad s.a.w. Sehingga sekarang manusia masih alpa. Masih lagi Islam tidak bergerak ke puncak. Dia masih ingat kata-kata datuknya yang menyuruhnya menyambung perjuangan mereka agar manusia kembali bertuhankan Allah.
    "Allah? Al-quran? Buku kau sama dengan aku. Sudah lama aku mencari maksud yang terkandung dalam buku ini. Mungkin pertemuan kita 15 tahun dulu menjadi jawapanku pada hari ini. Siapa namamu?" Sam sedikit teruja. Rasa ingin tahu tentang al-quran rasa membuak-buak dalam hatinya. Memandangkan sekarang dia sudah bertemu dengan orang yang memiliki buku yang sama dengannya, mungkin dia dapat belajar sesuatu daripada kawan yang baru dikenalinya itu.
    "Namaku Riyadh al-Fatah, dan kamu?"
    "Aku Sam." Nama yang diberi ibu bapa Sam. Walaupun berbangsa melayu dan didalam kad pengenalannya tertulis Islam, tidak pernah dia tahu apa itu Islam.
    Sam mengajak Riyadh masuk ke rumah agam yang besar itu. Sejak hari itu, Riyadh mengajar Sam tentang Islam. Agama yang selama ini terselindung, pupus dimamah usia dunia yang semakin menenggelamkannya dari pengetahuan manusia. Hanya kerana semua manusia sibuk dengan hal keduniaan, azan-azan tidak lagi berkumandang. Masjid-masjid juga tiada yang dikunjungi, yang ada pun dilitupi hutan belukar. Subhanallah, sedih hati Riyadh bila mengimbas kembali pengalamannya menjelajah pelosok negaranya ini. Tempat rumah agam yang selalu dijenguk arwah datuknya dahulu tempat para ulama berkongsi pendapat tentang islam. Tetapi akhirnya lupus, diganti dengan rumah agam mewah ini. Kata arwah datuk, segala memorinya tentang Islam terbayang di sini. Namun sejak bertemu Sam, dia rasakan masih ada harapan untuk dia terus mengembalikan Islam supaya dikenali orang. Bak kata-kata Hang Tuah, tak akan melayu hilang, bukan itu sahaja yang perlu diambil kira. Namun, Islam terlebih dahulu perlu dibangkitkan semula.
    Setelah beberapa lama mereka bertemu dan berkongsi ilmu, Sam merasakan hidupnya yang dahulu sepi kembali terisi. Pernah juga dia bertanya kepada Riyadh mengapa tidak ada seorang pun di negara mereka ini mengenal Islam. Riyadh memberi jawapan, kerana nenek moyang kita dahulu menjadi alpa dan leka. Sibuk ke hulu ke hilir mencari kemewahan sehinggakan al-quran jarang disentuh, kalimah Allah jadi jarang disebut. Maka, hilanglah ingatan anak cucu cicit mereka tentang Islam dan Islam menjadi agama minoriti bahkan tidak dikenali orang.
    Mendengar kata-kata Riyadh itu, Sam berazam untuk menyebarkan dan meneguhkan islam kembali. Misi dia dan rakannya bermula buat kali pertama. Sam sedaya upayanya menarik kembali ibu dan ayahnya kembali bertuhankan Allah. Sam memegang bahu sahabatnya. Mereka duduk di balkoni menikmati kesegaran alam selepas solat dhuha sebentar tadi.
    "Riyadh sahabatku, aku sudah membuat keputusan untuk mengikuti perjuanganmu."
    Riyadh tersenyum. Dia gembira kerana dapat menyakinkan Sam tentang perjuangannya.
    "Alhamdulillah syukur sahabatku. In sya allah, kita bakal mendengar kembali perkataan Allah di bibir masyarakat kita."
    "In sya allah, dan ini bakal jadi misi kali pertama kita iaitu mengembalikan Islam ke puncak roda. Bukan ke puncak roda, namun hingga ke langit ke tujuh agar tidak akan lagi pernah runtuh." Sam bersemangat. Laungan Allahuakhbar bergema di rumah itu, menyaksikan dua pemuda ini berusaha menghulurkan tali menuju Allah...kembali.

Saturday, 31 October 2015

CERPEN R.I.P

Bismillah hirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua! Setelah beberapa hari admin tidak menyibukkan diri dalam menulis blog ni, hari ni admin kembali. Hari ni simple je, sebab admin nak share ngan korang cerpen yang admin ada tulis. Memang dari sekolah menengah dulu lagi bergiat aktif menulis cerpen ni dan admin juga ada beberapa karya iaitu novel dalam proses pembikinan. Macam nak buat filem pulak..hehe. Ramai la kawan-kawan admin bertayakan karya admin tu bila nak sudahnya. Ni serba salah jadinya.
Nak jadi seorang penulis bukan senang ye korang. Kena ada banyak idea, lakar kronologi dulu and paling penting bahasa yang kita nak sediakan pada pembaca-pembaca sekalian alam.
Tak lama dulu ada pembaca blog admin bertanyakan sama ada admin ni ada tulis cerita seram ke tak? Kalau ikutkan pengalaman memang tak ada. So, disebabkan itulah admin beranikan diri buat cerpen R.I.P ni. Ala-ala seram and tak sangat. Cuma admin harap yang korang dapat bagi komen untuk cerpen admin ni. Actually, this is my second cerpen that I wrote. Admin tengah consider untuk buat satu buku koleksi cerpen dan ini yang ke dua.
Sebab apa admin pilih yang kedua untuk postkan dulu? Sebab admin rasa yang ni lebih menarik dari  yang pertama punya. Apa pun korang baca and komen ok? Tq sis/bro (^;^)


 R.I.P (Reaper in progress)

    Bunyi tali di tiang bendera berlaga, membuatkan kulit Hanan rasa seram sejuk. Ditambah pula malam ini anginnya bertiup agak kuat. Dia memandang suasana langit. Gelap. Tidak nampak tanda-tanda mendung hendak hujan dengan keadaan yang dingin ini. Dia menatap jarum jam di tangannya. Sudah pukul 11 malam. Warna langit yang hitam pekat, mustahil untuk dia menafsir hujan itu akan turun atau tidak. Tapi dia dapat rasa deruan angin yang semakin kuat menyentuh badannya itu tanda malam ini hujan akan turun membasahi bumi.
    Hanan memukul kepalanya tiba-tiba. Dia tidak mahu berharap hujan turun saat itu. Payung tidak ada dipegangannya. Hanan mengambil kesempatan yang berjalan seorang diri itu untuk menikmati lentokan pohon-pohon yang berada di sepanjang jalannya menuju ke blok asrama perempuan. Alangkah bagusnya kalau dia dapat menikmati hari-hari tenang begini selalu. Dia menyentuh lengan kananya sebelum menutup mata menahan sakit. Teruk juga dia dipukul tadi. Sejak hari pertama "The Witches" datang dalam hidupnya, dia selalu menjadi mangsa budak-budak perempuan jahat itu melepaskan rasa geram.
    Ya, pelajar-pelajar perempuan, rakan sekelasnya yang sangat sesuai dengan jolokan nama 'The Witches'. Mereka sering membuli pelajar-pelajar lain yang lemah. Dia pun menjadi mangsa buli mereka. Ini semua gara-gara ayahnya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar. Kenapa dengan itu? Dia masih ingat masa mula-mula 'dikerjakan' oleh mereka.
    "Aku benci tengok kau hari-hari datang sekolah dengan ayah kau. Aku benci bila ayah kau yang miskin tu sayangkan kau." Kepalanya ketika itu dihentak beberapa kali ke lantai. Kesan parut di dahi masih lagi tidak hilang sampai sekarang. Hanan berhenti di bawah sebuah pokok dan bersandar di situ.
    "Apa salah aku ada ayah penyayang. Dia tak kaya. Tak kan sebab itu aku kena buli. Aku benci! Aku benci! Aku harap sangat ada orang yang peduli dan hukum mereka tu!" Tanpa sedar Hanan melempiaskan rasa hatinya pada malam itu sambil mendongak langit. Tidak semena-menanya guruh mula kedengaran. Lantas, dia berlari ketakutan. Mungkin Allah murka dengannya. Sepatutnya dia berdoa memohon perlindungan dari yang Maha Kuasa.
    Tubuh badan Hanan sayup-sayup hilang daripada sudut pokok itu. Pap! Bunyi tapak kaki menapak jatuh ke tanah. Susuk tubuh seseorang berambut panjang duduk bercangkung di bawah pokok yang tadi Hanan rehatkan badan kelihatan. Dia kemudian bangkit daripada duduknya dan tersenyum. Separuh mukanya ditutupi rambutnya yang panjang sehingga ke paras pinggang. Hanya sebelah mata sahaja kelihatan. Dia tersenyum lagi, kali ini menampakkan gigi. Mata mula kelihatan merah.  Gigi diketap geram. Dari jauh dia masih nampak susuk badan Hanan berlari ke arah blok asrama perempuan.
    Tanpa berlengah lagi, dia ambil tongkat yang berada di sisinya dan berlalu pergi dari situ. Siapa dia? Tiada siapa yang pernah tahu. Tapi dia selalu ada memerhatikan pelajar-pelajar perempuan di situ.
    ****************************************************************
Kelas akan bermula tidak lama lagi. Hanan tunduk memandang meja. Siapa hari ini yang akan menjadi sasaran geng mencuci tandas dan dikurung dalam bilik stor selama 1 jam. Dia telah mengalaminya semalam. Dia pejam matanya kuat-kuat. Betapa susahnya dia meloloskan diri dari situ. Nasib baik dia dapat membuka kunci bilik stor itu dengan menggunakan clip rambut dipakainya.
    "Hey geng! Sihat semua?" Ha!! Itu dia! Suara perempuan yang dibencinya tetapi mustahil untuk dilawan. Mata Hanan terbuntang luas. Dia memandang ke belakang kelas. Sebelum dia mengunci mata dengan mata perempuan sihir itu, dia terlebih dahulu memandang ke luar tingkap kelas. Kerongkongnya terasa kering. Air liur yang ditelannya rasa tersekat-sekat. Dia berharap yang perempuan itu tidak menegurnya.
    Tangan dilingkarkan ke bahu Hanan. Dia terkejut, matanya tertutup rapat.
    "Oh, kau hidup lagi rupanya. Macam mana kau keluar semalam?" Perempuan itu ketawa. Mengilai persis seperti langsuir yang menyakitkan telinga. Hanan buka matanya tetapi tetap tunduk memandang lantai. Dia nampak perempuan itu bertepuk tampar dengan geng sehati sejiwanya. Mungkin lucu sangat mengunci orang di dalam bilik stor. Di malam hari dan seorang diri. Hanan tersentak apabila mejanya dipukul kuat.
    "Hoi, aku tanya ni! Kau pekak ke!??" Mata perempuan itu liar memandang wajah Hanan. Hanan tergagap-gagap hendak menjawab soalan itu.
    "Em...em...em..sa...sa..saya ke..ke.." Tangan perempuan itu mencengkam kuat bibir Hanan. Dia rasa sakit namun tak mampu untuk mengaduh kesakitan.
    "Eh, dah la. Kau ni kan, sakit telinga aku dengar gagap kau. Burung kakaktua pun lagi lancar la bercakap dari kau. Betul tak geng? Hahahaha." Kelima-lima ahli The Witches ketawa. Mengiakan kata-kata perempuan gila yang bernama Alma itu.
    "Eh, kotor la air liur kau. Hisyss...." Alma mengesat tangannya dengan hujung tudung kawannya.
    "Weh, kotorla ba****ng." Mereka ketawa lagi. Kemudian bertukar serius. Sudah! Upacara memilih mangsa malam ini akan bermula.
    "So, boleh kita start pilih kambing kita buat game Escape malam ni?" Mata Aby melilau dalam kelas itu. Semua mereka yang berada di kelas itu membisu. Cuma seorang sahaja yang nampak bersahaja. Syazlin si budak gemuk montel dalam kelas Hanan sibuk menghabiskan sisa-sisa burger dagingnya. Mata Alma terpacak ke arah Syazlin. Dia tersengih menampakkan gigi taringnya yang menakutkan itu.
    "Ok geng. Kita pilih si montel ini. Amacam? Setuju?" Geng yang lain nampak sedikit was-was. Mana tidaknya Syazlin anak penolong hal ehwal pelajar di sekolah itu. Mati mereka kalau sentuh anak perempuan penolong pengetua mereka.
    "Tapi Al..." Raihana kawannya cuba menghalang.
    "Kenapa? Takut kena buang sekolah sebab bapak dia ni?" Alma mencengkam kuat baju Syazlin dan memaksanya untuk berdiri. Syazlin separuh menjerit dengan mulutnya yang penuh dengan burger itu.
    "Don't worry girls. Kau tahu kan siapa bapak aku?" Dia memukul-mukul kepala Syazlin dengan tangannya. Budak montel itu menangis tetapi raungannya disekat oleh tangan kawan-kawan Alma. Siapa tidak kenal dengan ayah Alma, pihak atasan bahagian pendidikan di daerah itu. Cikgu mana yang berani melawan? Pengetua pun di bawah kaki ayahnya. Raihana nampak yakin semula apabila Alma memberi jaminan sebegitu.
    Sebelum Syazlin dipukul dengan lebih teruk, kehadiran cikgu Matematik kami, Cikgu Lin menapak masuk ke dalam kelas. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. Cikgu Lin lihat ada sisa burger di atas lantai dan melihat keadaan Syazlin yang senget benget tudungnya, dia mengacu-acu rotan yang dipegangnya ke arah Alma.
    "Hey, awak buli orang lagi ke? Awak tahu kan kalau awak sentuh anak penolong pengetua kita ni dia akan mengamuk nanti!" Alma menutup lubang telinga dengan jari.
    "Ahh, Rai, cikgu ni bising betul la. Berkudis telinga aku dibuatnya."
    Raihana mengangguk dan tersengih. Kawannya yang seorang lagi menapak ke arah Cikgu Lin. Emil namanya. Anak orang kaya sekolah itu.
    "Kenapa cikgu risau sangat ni. Sebab dia anak penolong pengetua? Kalau cikgu pentingkan pangkat, cikgu sepatutnya sayang lebih dekat Alma. Alma anak Dato'..."
    "Shhhh....cukup la kat situ, cikgu faham." Alma memotong percakapan Emil. Dia memandang mata cikgu itu seperti orang psiko. Mendengar perkataan Dato' di depan barulah Cikgu Lin diam membatu.
    Alma mengetuk perlahan kepala Syazlin sambil berbisik ke telinganya. Pasti ingin mengingatkan dia tentang 'tugasan' malam ini. Alma meninggalkan tempat Syazlin dan duduk di kerusinya yang berada di belakang kelas. Tidak semenanya Syazlin menangis kuat. Hanan menggelengkan kepalanya. Apa nak jadi dengan sekolah ini. Cikgu-cikgu lemah dengan pangkat bapa-bapa para pelajar. Mereka yang miskin ini ditindas-tindas dan dipersalahkan.
************************************************************************
Hanan melalui kawasan stor tempat dimana dia dikurung semalam. Ada sehelai kertas tertampal pada pintu itu yang tertulis, 'JANGAN BUKA, KALAU TAK MALANG AKAN MENIMPA.' Itu taktik 'The Witches' untuk menakut-nakutkan para pelajar daripada menolong orang yang menjadi mangsa buli mereka di situ.
Kedengaran bunyi sendu Syazlin menangis di dalam. Dia tak mampu menolong. Tetapi dia ingin tahu keadaan kawannya itu. Dia memandang roti yang dibelinya tadi sebagai snek untuk dia belajar nanti malam. Dengan melihat kiri kanan dia menghulurkan roti dari celah bilik stor itu.
    "Syazlin, makan roti ni. Sorry saya tak dapat tolong awak keluar tapi sekurang-kurangnya makan la ni ya?"
    Syazlin bergerak menuju ke pintu stor itu. Dia gembira apabila melihat makanan. Sekurang-kurangnya dia tak merasa takut lagi.
    "Terima kasih. Oh, Hanan." Syazlin mengintai disebalik celah-celah pintu kayu yang berlubang itu. Hanan tersenyum dan cepat-cepat dia berlalu pergi dari situ. Tanpa sedar malam cepat berlalu.
    Dia melalui jalan itu sekali lagi. Jalan dimana dia memaksa dirinya kuat untuk berjalan menuju ke asrama sambil mengambil peluang meluahkan isi hati di bawah sebatang pokok. Tak semena-menanya sedang dia berkhayal, hujan lebat turun dan mula membasahi tubuhnya.
    "Ala, tak bawak payung!" Lama Hanan berhenti berteduh di bawah pokok yang sama. Tiba-tiba Hanan terdengar bunyi orang mengerang kesakitan. Seorang pelajar lelaki melayang jatuh ke arah padang bola yang terletak tidak jauh dari asramanya. Selalunya padang itu yang dia rentasi untuk cepat sampai ke asramanya.
    Hanan buat tak tahu. Biasalah, budak sekolah lelaki selalu sahaja bergaduh. Tetapi kali ini seorang lagi melayang dari arah pagar sekolah menengah yang menempatkan pelajar-pelajar lelaki berhampiran kawasan itu. Dan kali ini sekali lagi. Dalam tiga empat orang dalam keadaan mukanya lebam-lebam dan berdarah. Hanan jadi takut. Siapa yang memukul mereka sebegitu rupa? Pembuli ke? Jadi bukan sekolahnya sahaja yang mengalami fenomena jajahan pembuli?
    Kali ini Hanan tersentap apabila melihat susuk tubuh badan seseorang berpakaian serba hitam menuju ke arah mereka. Mukanya bertopeng dengan rambut panjang paras pinggang yang diikat satu. Dia tidak pasti orang itu lelaki atau perempuan. Hanan berani tiba-tiba mendekat dan menyembunyikan diri di belakang semak samun berdekatan. Hujan yang turun lebat membatasi penglihatannya.
    Dia terkejut apabila dia dapati susuk tubuh badan itu menyerupai perempuan. Perempuan ke? Tenaganya kuat. Lelaki ni. Siapa dia ni? Dari mana dia datang. Orang itu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menekan sesuatu seperti punat pada alat itu. Sebatang besi panjang halus berkilat keluar dari alat itu. Nampak seperti sebatang kayu kecil. Dengan sekelip mata besi itu dilibasnya dan memotong kepala salah seorang lelaki itu. Darah keluar memancut-mancut dari kepala yang terputus itu.  Hanan terkejut. Jeritannya ditahan. Dia dapat rasakan air matanya mula keluar dan larut bersama air hujan. Dia perlu bersembunyi. Dia tidak mahu menjadi mangsa seterusnya.
    Seorang lagi ditikam perutnya menggunakan besi nipis itu berkali-kali. Bukan, itu bukan besi. Ia seolah-olah sebilah pedang tapi matanya halus dan ayunannya lagi pantas. Melihat kawan-kawannya mati dengan darah membasahi padang itu dia merayu agar tidak diapa-apakan. Namun lelaki itu melayang ke udara dan mencengkam kepala pelajar lelaki itu sebelum menikam belakangnya dengan senjata itu kemudian dihiris pahanya tadi sehingga putus kakinya. Kemudian, keempat-empat mereka terbaring kaku dengan mata terbeliak.
    "R.I.P" Itu yang kedengaran dari mulut orang itu. Dengan tenaga yang dia ada mustahil dia seorang perempuan. Tapi suara yang dia dengar bukan suara lelaki tetapi perempuan! Hanan lemah. Baju sekolahnya habis kotor terkena lumpur. Hanan ingin beredar tetapi tak semenanya kakinya terpijak ranting kayu. Kuat pula itu. Nasibnya malang kerana hujan mulai renyai-renyai, tidak membataskan pendengaran perempuan itu daripada menoleh ke arahnya yang bersembunyi. Hanan sudah terketar-ketar. Mungkin selepas ini dia mangsanya.
    "To..tolong..le..lepaskan saya..." Sebelah matanya tersembunyi di sebalik rambutnya.
    "Shhh....." Dia membawa jari telunjuknya ke bibir Hanan sebelum dia membelai kepala Hanan. Seperti seorang gimnastik, dia beredar pantas dari situ, bergayut dengan kaki ke atas menggunakan pokok-pokok itu. Setelah perempuan misteri itu beredar pandangannya gelap tiba-tiba.
************************************************************************
Hanan terjaga daripada tidurnya yang lena. Dia berada di atas katil. Oh, mungkin semalam dia bermimpi ngeri. Badannya terasa panas membahang. Dia alihkan tuala di atas kepalanya dan bangun dari katil. Selepas itu, kawan-kawan satu dorm dengannya pantas meluru ke arahnya.
    "Hanan, kau ok tak? Pak cik tukang kebun jumpa kau kat padang on the way ke asrama tau tak? Kau pengsan."
    Hanan terkejut. Jadi semalam itu bukan mimpi ngeri? Hanan memeluk lututnya. Bayangan perempuan yang bertopeng tidak hilang dari ingatannya.
    "Hanan, kau kenapa? Hanan.." Sofia menggoncang tubuhku sebelum kawan yang lain bising di tepi katilnya. Ada yang berbisik-bisik sesuatu. Hanan memasang telinga.
    "Semalam aku dengar pembuli besar dekat Sekolah Menengah Lelaki High Tower kena bunuh semalam. Badan diorang kena kerat-kerat. Anggota badan diorang kena gantung kat tiang bendera. Eee...seram betul." Hanan terdengar perbualan daripada rakan-rakan sebiliknya bercerita tentang pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah High Tower yang dia lihat semalam. Perempuan semalam...macam mana kalau dia jadikan Hanan sebagai mangsa seterusnya. Otaknya bagaikan tidak dapat mencerna sepenuhnya perkara yang dibualkan oleh mereka berdua tadi.
    Tiba-tiba, ada pengumuman dibuat di asrama sekolah.
"Perhatian kepada pelajar puteri, Nur Hanan Jannah binti Saifuddin. Sila hadirkan diri anda ke pejabat warden sekarang juga. Ulang suara..."
    Jantung Hanan bagaikan berhenti berdegup. Kali ini apa pula sampai dia dipanggil ke pejabat warden dengan keadaan macam ni. Ataupun perempuan itu dah tahu dia bersekolah di mana? Tak mungkin!
    "Hanan, nak aku temankan kau ke?" Pertanyaan Sofia menghentikan lamunan panjangnya.
    "Tak, aku ok. Aku pergi dulu." Hanan mencapai tudungnya di dalam almari dan perlahan-lahan menapak keluar menuju ke pejabat warden asrama. Dalam perjalanan ke sana, dia nampak ada kereta polis di halaman asrama mereka. Dia mula rasa tidak sedap hati. Namun begitu, kakinya tetap menuju ke arah pejabat warden.
    Di dalam pejabat itu, ada dua orang pegawai polis sedang serius menyoal siasat pekebun di asramanya.
    "Ha, budak inilah yang saya jumpa terbaring di padang semalam." Tukang kebun itu menuding jari ke arahnya. Lutut Hanan terketar-ketar.
    "Hanan, mari duduk di sini. Pegawai polis nak soal kamu sesuatu."
    Hanan hanya menurut kata-kata ketua warden asrama dan duduk di kerusi berhadapan dengan pegawai polis itu.
    "Cik Hanan, saya Inspektor Ghazali dan ini Inspektor Aina. Kami dimaklumkan Cik Hanan dijumpai terbaring di padang sekolah semalam, betul?" Hanan mengangguk laju.
    "Emm, sebenarnya padang tu tempat yang sama mayat-mayat empat orang pelajar Sekolah Mengah High Tower dibunuh sebelum digantung di tiang bndera sekolah."
    Hanan terkejut. Dia sudah mengagak bahawa saat ini akan tiba jua. Dia terbayang-bayang wajah bertopeng yang membelai kepalanya tiba-tiba semalam.
    "Kenapa awak berada di tempat kejadian? Kenapa pengsan? Atau sebenarnya awak adalah Reaper?"
    Hanan menggeleng laju. Dia tak mahu dituduh sebagai pembunuh.
    "Inspektor Aina, mind your manner!" Inspektor Ghazali bersuara.
    "Sorry tuan."
    "Emmm...reeaapper? Siapa dia?" Hanan memberanikan diri untuk bertanya.
    "Sebenarnya kami dah lama buru dia. Dia menggunakan nama samaran sebagai Reaper. Difahamkan dia membunuh mangsanya yang merupakan pembuli di sekolah-sekolah menengah. Pelajar-pelajar semalam itu juga kalangan pembuli."
    Jadi, betullah perempuan misteri itu hanya membunuh pembuli. Tetapi kenapa? Dia ingatkan perempuan misteri itu yang menjadi pembuli mereka semalam. Ngeri!
    "Kalau boleh saya nak Cik Hanan bekerjasama dengan kami. Cik ada nampak apa-apa semalam? Maksud saya sebelum pengsan?"
    Hanan berfikir sejenak. Macam mana kalau dia merahsiakan perkara itu. Dia sangat berharap yang pembuli di sekolahnya juga dihapuskan. Semua orang kan berasa gembira. Dan tiada lagi kes buli. Tetapi dalam masa yang sama patutkah seseorang diragut nyawanya oleh manusia lain tanpa belas kasihan.
    "Emm...tak apa la." Inskpektor Ghazali nampaknya mengalah dengan kebisuan Hanan.
    "Kejap, dia sebut perkataan R.I.P sebelum bunuh mereka berempat." Akhirnya Hanan bersuara. Perempuan misteri itu tak layak menggelarkan dirinya Reaper kerana pencabut nyawa manusia hanya satu, iaitu Malaikat Izrail. Dan dia hanya bertindak dalam lingkungan kuasa Allah. Siapa dia untuk mencabut nyawa si pembuli walaupun hatinya bergetar seketika untuk menghapuskan para pembuli sekolah tapi bukan dengan cara ini.
    "Memang tak syak lagi. R.I.P, Reaper In Progress."
************************************************************************
    Malam itu Hanan tidak dapat melelapkan matanya. Dia diberi MC selama dua hari. Dia mengambil kesempatan itu untuk bermalam di rumahnya. Dia ingin melupakan perkara yang berlaku kepada dirinya itu. Hanan memejamkan matanya dan tiba-tiba dia mendengar bunyi tapak kaki menapak ke biliknya.
    Cepat-cepat dia membuka lampu biliknya. Tapi tiada sesiapa. Mungkin hanya gerak hatinya. Dia menutup kembali lampu biliknya dan menapak ke katilnya dan kemudian...zappppp!! Perempuan itu di depan matanya. Hanan ingin menjerit tetapi mulutnya ditutup rapat olehnya.
    "Shhhh....aku tak bunuh kau."
    Hanan terjelepok jatuh ke lantai. Apa mahunya perempuan itu padanya.
    "Ke...kenapa kau cari aku? Macamm..mcam mana kau tahu rumah aku?"
    "Shhh, to many questions. Aku Reaper jadi aku tahu. Bila-bila masa pun aku boleh cabut nyawa kau." Perempuan itu ketawa perlahan di sebalik topengnya.
    "Tak...kau bukan Tuhan. Kau bukan Tuhan nak tentukan siapa yang akan mati dan siapa tak." Kali ini Hanan berani. Reaper seperti memperlekehkan kuasa Allah sebagai Pencipta.
    "Huh, Tuhan? Mana dia semasa mereka-mereka semua dibuli? Mana Tuhan kau masa kau dibuli Alma?"
    Hanan terdiam. Imannya rasa tergugat. Dia pun mula berfikir di mana Allah semasa dia dibuli.
    "Aku...aku..tapi kau tak patut bunuh mereka. Sepatutnya mereka diserahkan kepada guu..." Belum habis Hanan bercakap, Reaper memotong kata-katanya.
    "Guru disiplin? Oh, atau polis? Dan yang paling hebat Tuhan kau?"
    Hanan terdiam.
    "Dengar ye Hanan. Kau boleh bagitau polis pasal aku tetapi mereka tak akan berjaya menangkap aku. Sepatutnya mereka bersyukur dengan aku sebab aku dah hukum orang-orang yang membuli pelajar-pelajar sekolah. Harapkan cikgu, semua itu tak boleh diharap. Mereka melutut di bawah pangkat seseorang yang lagi besar kuasanya daripada mereka. Polis, apa yang mereka buat tentang kes buli? Kerana sikap jahil dan endah tak endah mereka, yang lemah terus merasakan kesakitan."
    "Tapi....kita masih ada Tuhan. Kita boleh memohon perlindungan daripadaNya. Mesti ada sebab kenapa semua ini berlaku."
    "Hahaha..tuhan lagi. Aku boleh jadi Tuhan kau. Nak aku hukum Alma? Aku ada kekuatan itu. Bukan ke kau yang berhajat di bawah pokok malam itu untuk melenyapkan mereka?" Reaper ketawa. Kali ini lebih kuat.
    "Mac...macam mana kau tahu."
    "Aku berlindung di balik langit hitam, bersembunyi di celah-celah ranting pokok. Bergerak menggunakan haluan angin."
    "Jadi kau ada kat pokok..poko.."
    "Ye, dan aku akan tolong kau asalkan kau sudi tolong aku."
    "Kenapa aku?"
    "Sebab kau ada hati sebagai seorang Reaper. Roti yang kau berikan pada Syazlin, rasa bersalah kau untuk membebaskan dia daripada cengkaman pembuli-pembuli jahanam."
    Hanan terkedu. Jadi Reaper selama ini mengintip dirinya sejak dia berteduh di bawah pokok itu. Ya Tuhan, inikah balasan bagi mulut celuparnya. Dan kini, Reaper menghulurkan tangannya untuk berganding bahu membanteras gegala buli di sekolah.
    "Jom, kita sama-sama hukum pembuli-pembuli. Sejak kebelakangan ini, pembuli terlalu banyak untuk aku handle. Ikut aku dan kita hukum Alma."
    Hati Hanan tergugat lagi. Kalau diberi peluang dia memang ingin Alma keluar dari hidupnya serta merta.
    "Deal?" Reaper masih menunggu jawapan Hanan. Dia keluarkan senjata yang tempoh hari Hanan nampak dia gunakan untuk menamatkan riwayat pembuli-pembuli itu.
    Hanan ingin mencapainya tetapi bunyi mesej di telefon bimbitnya kedengaran. Hanan mencapai telefon itu lantas membuka mesej yang dihantar oleh Syazlin.
    'Hanan, awak dah ok? Saya dengar awak sakit. Saya doakan awak cepat sembuh. Terima kasih untuk roti haritu (^_^)'
Pap! Hati Hanan tersentak. Apa yang dia fikirkan? Ini bukan jalan yang terbaik. Dia tak ingin jadi Reaper. Akhirnya Hanan dapat jawapannya.
    "Maaf, aku tak mahu."
    Reaper mendengus lalu dia bangkit dari katil Hanan.
    "Well, kau memang tak takut kan. Aku boleh je bunuh kau sekarang. Sebab kau saksi pembunuhan tu."
    "Aku..aku tak takut dengan ugutan tu. Aku rela mati dari menjadi pendosa seperti kau." Berani sungguh Hanan. Hakikatnya memang dia takut tetapi sanggupkah dia relakan dirinya untuk menjadi pembunuh seumur hidupnya. Dia percaya bukan itu caranya untuk menghukum pembuli-pembuli pelajar sekolah.
    Reaper nampak tangan Hanan yang memegang telefon bimbit itu terketar-ketar. Dia tersenyum sebelum matanya bertukar garang. Tangannya menekan butang yang sama dia tekan pada hari pembunuhan itu yang ada pada senjata di tangannya. Hanan menutup matanya sebelum dia rasakan ada hirisan kecil di pipinya. Dia menekan darah yang keluar daripada luka di pipinya. Beberapa helai rambutnya yang terpotong gugur ke lantai.
    Dia nampak Reaper keluar daripada tingkap biliknya dan bergayut di pokok belakang rumahnya. Hanan berlari ke arah tingkap itu.
    "Kenapa kau tak bunuh aku terus."
    "Sebab kau bukan pembuli. Aku reaper bagi pembuli-pembuli licik itu."
    "Nanti, Tuhan...Kau tanya aku kenapa Tuhan tidak bersama aku ketika aku dibuli dan dikurung di stor?"
    "Ye, aku ada tanya. Memang Tuhan tak ada dengan kau masa kau kena buli kan."
    "Kau salah. Allah ada bersamaku. Aku mendapat petunjuk daripadanya bagaimana untuk membuka pintu stor itu. Aku mendapat ilham itu yang tiba-tiba muncul di kepala aku. Tak mungkin aku dapat berfikir melepaskan diri dengan hanya clip rambut yang selama ini aku tak pakai. Hanya hari itu, hari itu tak seperti biasa aku pakai. Allah menunjukkan kekuasaaNya."
    Reaper terdiam lama duduk di dahan-dahan pokok.
    "Dan kau percaya itu sebagai ilham? Orang-orang yang licik ini jika tidak dihapuskan dengan tangan orang yang sedar tentang kemelaratannya, tetap tidak akan selesai. Bagi mereka yang hanya berdiam diri, aku yang sedar ini, hanya ini cara yang terbaik." Sebaik sahaja dia habis berbicara, dalam sekelip mata dia menghilangkan diri.
    Beberapa minggu kemudian, seperti apa yang Reaper katakan kepada Hanan, kes-kes buli semakin menjadi-jadi. Kali ini, dia mendapat khabar bahawa Alma dan kawannya turut menjadi mangsa Reaper itu. Entah kenapa, dia sedih walaupun rasa sedikit lega. Mungkin kerana dia rasa mereka tidak patut dihukum begitu. Persoalannya, betul ke pembuli-pembuli itu 100% salah mereka? Adakah betul kata-kata Reaper cikgu-cikgu sudah tidak mahu peduli soal buli. Hanya masuk ke kelas dan menulis nota di papan hitam. Dunia, perlukah ia dibanteras melalui keganasan, meragut nyawa yang licik? Dari bawah mejanya dia menyentuh senjata Reaper. Perlukah dia meneruskannya? Tapi dia yakin masih ada cara lain untuk ini.
    "Tuhan, beri aku ilham." Bisik hati Hanan.





* Title in proses untuk buku koleksi cerpen admin ialah 'PUZZLE'. Admin nak pembaca semua berfikir kalau korang berada di tempat watak utama, apa pilihan yang korang akan buat. TQ for reading.