Assalamualaikum to all active readers...cewahhh, ayatku...
Alhamdulillah admin masih bernyawa sampai sekarang, masih diberikan nikmat untuk melihat, mendengar, merasa dan sebagainya. Sekarang ni pun duk syok makan bihun segera (makanan orang bujang je...hehe)...apa pun, itulah rezeki admin pada malam ni. Nak save duit la kita student ni kena fikir duit tu nak guna untuk pembelajaran pulak tapi jangan sampai tak makan tau..
Kali ni entry admin tu haa....SEJARAH MEMATANGKAN KITA...tak silap admin la ada kan lagu mengenai benda ni...segan la pulak nak nyanyi kan...huahua...HAA!!! Jangan terkejut, hehe...ni excited punyer pasal tengok shoutbox tadi ada orang komen "entri sume best best,suka" (from tikah)..
Subhanallah, tq tikah (sila terharu nama anda ada dalam entry admin..hehe)
Bagi pengomen tegar shoutbox admin yang lain, tq jugak for all of you. Komen-komen positif macam ni la yang lagi menaikkan semangat admin untuk menyediakan entry yang lagi mantop dan berguna untuk korang..
So, selepas sesi 'terharu' admin tadi jom admin ceritakan peristiwa apa yang berlaku dalam hidup admin yang buatkan admin terfikirkan entry sebegini. Minggu ni admin sangat la busy with all the assignments and macam-macam la, dengan role play nye, presentation and I have to think about my quiz..(sape yang suka kuiz angkat kaki -_-.......)
Jadi student Art mana tak busy awak....tapi admin tak kata student sains tak banyak keje, diorang lebih kepada latihan Math, kuiz dah jadi lumrah hidup kan? Sape-sape yang jadi student pun rasa ada je benda yang nak distresskan.
Dalam keadaan haru biru ni, admin nak kena fikir sekali tasmiq untuk usrah admin (subjek wajib UIA)...dengan surah Isra' sebanyak 18 ayat admin tak hafal, akak fasi admin kata esok (maknanya hari Jumaat ni) dah nak bagi semua markah tasmiq dan sebagainya. Mana tak berkejar admin hafal 9 ayat je terus tasmiq entah apa-apa, tergagap-gagap..
Ayat Allah kot, tak best la hafal cincai cam gitu kan...Ya Allah, ampunkan la hambaMu ini...lalai sangat dengan homework lain sampai assignment untuk usrah yang berdue date kan hari ni, nak ber page kan lebih kurang 15 tak disiapkan lagi..
Kelam kabut admin ngan kawan-kawan seusrah buat kerja semalam. Macam mayat bernyawa (loya buruk admin, sila layan..haha)....setiap kumpulan usrah yang besar ada 2 usrah kecil...bila belajar dibawah ustaz, kami digabungkan. Kumpulan admin, Hannan (maksudnya cinta,cewahhh) terdiri daripada 6 orang..3 dari usrah kecik yang lain..
Bila sampai pada masalah nak dibuat assignment diorang tak bagi komitmen yang sepatutnya..apa tak mengamuknya si admin ni pun panas jugak...assignment tu dibuat la oleh 3 orang makhluk Allah ni termasuk sekali dengan roommate admin si Afiqah..
Hari ni jumpa kat library meletop-letop depan kawan tak sedar yang seorang ahli kumpulan ada kat belakang....dalam hati "haaa...bia ko terasa.."...masyaallah, bila syaitan dah menguasai diri tu...PANGG!! Tampar diri sendiri...
Admin sedar kesilapan admin dan dapatkan penjelasan dari pihak diorang, kenapa call tak berjawab dan sebagainya. Menangis la kawan tu admin buat..huhuhu...mintak maaf sangat-sangat. Jangan ikut perangai admin ni..
Kawan admin yang lagi panas dari admin tu lagi la tapi ok je lepas tu...so, main point admin...admin dapat rasakan bila perkara sebegini berlaku of course lepas tu kita tak akan bia kan sejarah tu berulang kembali..sape yang nak sakitkan hati orang lain? Admin tak sanggup...sape yang nak gaduh-gaduh? Admin tak sudi dan tak kuasa...
Salah satu doa kita tak dimakbulkan Allah sebab kita tak minta maaf pada orang yang kita buat salah dan kita tak memaafkan orang lain..korang semua jangan jadikan ayat ni sebagai hujah korang nak orang lain maafkan kesilapan korang dengan mudah ok? Hal yang melibatkan hati kena bagi ruang dan masa..setuju tak?
Admin ngan kawan-kawan pun sedar kesilapan masing-masing, pesan admin bila terjadi perkara macam ni dengar dari kedua-dua belah pihak...dengar pesan bakal lawyer and peloyar brurk ni..haha..Alhamdulillah rasanya ukhwah kami lagi bertambah mesra dan lepas ni akan lebih berhati-hati dalam berkata-kata. Walaupun petang tadi adalah last sesi perjumpaan because after this we gonna sit for our final semester exam, but it can'y be our big problem untuk terus menyebarkan cinta antara sesame ahli..Tu sebenarnya moto and objektif group kami.
For my Hannan member, walaupun korang tak tahu blog ni wujud, tq so much for being part of my life..rasanya bila dikenang kembali pengalaman pahit tu ia lagi manis untuk simpanan waktu tua...hehe...
Dalam masa yang sama admin syukur dapat lagi peluang nak habiskan hafazan surah al-isra' sebab tadi akak fasi admin kata last tasmiq hari rabu ji, Nampak tak Allah tolong..ni admin punyer cerita korang pulak? Admin harap kisah admin ni jadi renungan untuk kita bersama. Dalam entry ni ada maksud tersiratnya..
Wallahualam....setakat ni dulu...thanks for those who read this whole entry..rajin-rajinkan la komen ye...admin terima je yang positif dan negatifnye..wassalam..
*betul tak?
No comments:
Post a Comment