ABOUT LIFE

berkongsi cerita tentang
kehidupan........


Nuffnang

Tuesday 10 September 2013

ANNUAL GRAND DINNER TAK JADI!!

Bismillah hirrahmanirrahim...

Setelah sekian lama admin tak letak entry ni haa apa lagi, admin sambung balik la coretan  blog APABILA HATI BERBICARA ni..

Entry kali ni melahirkan rasa tak puas hati admin dengan  plan AGD Green Attache Club yang tak jadi (Tu nama kelab yang admin sertai, ala-ala nature club gitu)..

Kitaorang sebagai committee bersungguh-sungguh plan untuk rancangan ni, nak raikan hari-hari, i mean kenangan terakhir bersama ex-comittee..siap jemput madam lagi, adviser kelab kitaorang...

Bila tiba pada hari yang dijanjikan, admin pakai la jubah hitam (tema kitaorang masa tu hitam, macam dull kan tapi nampak elegan la)...admin ditugaskan untuk konfemkan nama ahli yang nak turut serta dalam program ni...(liat masing-masing nak kasi nama, sakit hati rasa)

Semua dah settle hari rabu tu...lupa nak bagitau yang kejadian ni berlaku pada rabu lepas...kitaorang naik bass uia yang kecik punyer..mula-mula start jalan dah rasa tak best je bas ni...tapi nak buat maca mana, bersyukur la ada pengangkutan nak ke tempat yanag kami rancang. Oh ye, kitaorang decide nak pergi makan kat restoran De' Manggis, restoran yang menyediakan steamboat (admin dah lama nak makan sebenarnya...)
                             
                                  * Masih melekat rasanya steamboat di ingatan admin...huhu...

Bas masa tu bertolak dalam pukul 7 petang sebab masing-masing kelas habis pukul 6, termasuk la admin.
Semua orang berhenti sembahyang dan berbuka puasa (kan masih dalam bulan syawal, semua nak jalankan puasa sunat 6 tu). Lokasi pilihan ialah di R&R, Sungai Buluh..cantik jugak tempatnya.

Lepas semua dah selesai sembahyang and so on apa lagi cepat-cepat naik bas dan teruskan perjalanan.....nak dijadikan cerita sikitttttt lagi nak sampai bas pun rosak...huwaaaa.....

Melepas admin nak makan steamboat, masing-masing dah lapar. Nasib baik masa bas rosak tu dekat je dengan kawasan restoran. So, we choose Tempayan Restaurant to eat..

Emmmm...terpaksa la ubah plan asal but AGD tak jadi kitaorang success jugak lepas semua dah kenyang dan kasi sedikit hadiah penghargaan untuk madam dan ex-committee kelab GAC...

Apa pun admin dapat conclude kat sini yang kita manusia cuma merancang, yang menentukan Allah S.W.T jua....tak apa, lain kali admin dapat la makan steamboat tu...dengan husband lagi sweet kan..haha (admin tiba-tiba menggatal...just for laugh)...wassalam

                                           
*Hai.....admin dapat tengok gambar steamboat ni je setakat ni..huhu...insya Allah ada rezeki dapat la merasa..Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

No comments:

Post a Comment